AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, April 24, 2012

Esok due!

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah pagi ni dapat jg baca surah maryam...dengan doa dan harapan semoga urusan bersalin dipermudahkan dan selamat...juga disedekahkan kepada anugerah cinta kami...semoga menjadi anak-anak yang terbaik dunia akhirat...aameen..


Actually this is sunset scenery...captured yesterday...Subhanallah!


Esok dah due date...setakat pagi ni belum ada rasa nak deliver lagi...contraction pun light saja...esok juga ada appointment dengan specialist O&G di Pusat Rawatan Keluarga MUIP...cadangnya nak deliver baby kat situ la...senang sikit kot...Aufa3 boleh stay di ward dengan Baba...tak perlu nak ulang alik dari UMP ke bandar Kuantan. Juz kena get ready duit ribu riban..hmmm moga segalanya dipermudahkan.

Selalunya kami dah get ready nama baby...tapi this time still searching lagi...any idea or suggestion? Actually, dah ada satu nama tu..lama dah simpan..tapi nama tu pulak macam lebih kurang sama dengan nama anak sedara di Melaka...hehehe...n dah berkenan dah dengan satu lagi nama ni hasil daripada baca kamus sepanjang weekend hari tu...Baba pulak kurang berkenan...aduiiii...to me nama ni memang penting sangat2...selain maksud yang bagus n baik...dengan nama juga saya boleh mendoakan anak2 saya everytime I call her name...itulah yg saya selalu buat...mean the name not juz say it...


Inilah padahnya bila anak semuanya gurl! hahaa
Aufa Kashfina...kami perhatikan macam dah terasa jer nak jadi kakak. Sehari dua ni asyik meragam jer...manja pun makin bertambah-tambah. Hmmm....walaupun manjanya tu lebih berpihak kepada Mama, tapi nama yang selalu disebut-sebut adalah Baba! Macamana tu? Heheee...bangun tidur jer sebut Baba...time mandi pun sebut Baba...kadang-kadang siap jerit macam Mak panggil anak..."Baba...."...lawak betul la! Memang setakat ni Aufa Kashfina la the champion dari segi manja...kalah Aufa Qistina! Tengah main-main...mesti dia akan cari Mama or Baba and lentokkan kepala...haih! Then sambun maain semula...pastu datang lagi lentokkan kepala...memang kena gomol la kan! Tapi...dia suka sangat dengan baby..kalau pergi klinik...nampak jer budak kecil even budak kecil tu nampak macam seusia dengan dia..tetap dipanggilnya baby sambil tersengih2! hahahaaa....macamana agaknya dia melayan adik dia nanti...habis la digomolnya! ;p




Teman segala teman
Aufa Irdina & Aufa Qistina...setakat ni makin terserlah sikap prihatin dan tanggungjawab sebagai kakak. Apa taknya...Mama diorang kan tegas! Yup...I admit it...memang saya agak tegas (taknak guna istilah garang...sebab garang lain,tegas lain...saya tegas kerana ingin mendidik dan mencorak peribadi mereka...Baba, please take note ya! hehehee )...tapi biasalah anak perempuan kan...manja terlebih! Marah sikit menangis...pastu lari kat Baba...tapi bila Baba tinggi suara dengan Aufa2...Mama pulak yang emo! Aduiii macam-macam hal...Mama diorang ni pun dah tua pun tak habis-habis lagi manja! kikiki...Aufa2 dah tak sabar nak jumpa baby. Hari-hari bertanya..."bila baby nak keluar?"...dan macam-macam soalan dah diorang tanya..."Mama...kalau nak ada baby kena kahwin dulu kan?"..."Mama...baby keluar kat mana?"..."Mama...macamana baby boleh jadi?"...yang peliknya...dekat Baba taknak pulak diorang bertanya! Mama ni la terkial-kial mencari jawapan yang sesuai dengan pemahaman n peringkat umur diorang.

Last but not least...once again...saya mohon doa kalian...doakan semoga segala urusan saya dipermudahkan ya...n I do always pray for you too... :) LOVE!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, April 22, 2012

Prihatin

Sudah hampir seminggu kereta kami terbengkalai di 'ward'. Barang yang rosak takde pulak spare part...susah nak cari...sabar jelah...

So, buat sementara waktu ni terpaksa la Baba menyewa kereta kancil student UMP. Sehari RM70...now dah hampir menjejak seminggu...terbang RM500 juz untuk sewa kereta sahaja...nasib baik la kancil ni bodynya slim n comel...so minyak pun takde la banyak mana pun luak...tapi still terbang juga duit!

Hmmm...dalam keadaan financial yang terumbang-ambing sekarang ni...sangat menduga kami. Dah la saya sekarang tengah menunggu masa nak bersalin...jadi pulak macam-macam...fuhhhh!!!! Air mata ni tak usah cakap la...kalau tiba waktu sayu tu...berbaldi-baldi jg air mata ni...tapi tak pernah nangis depan Baba....malu! heheee....

Walau bagaimanapun, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri agar redha dan sabar dengan apa yg telah pun berlaku. Sabar...memang tak semudah apa yang dikata...tapi kita sendiri yang kena kuat dan didik diri supaya lebih sabar disamping mendapat sokongan dan dorongan daripada insan-insan yang mengenali kita. 

Saya sebenarnya rasa bersyukur sangat...(1000x sangat!)...dugaan dan ujian yang menimpa kami sebenarnya tak seberat mana pun..tapi bila ianya berkaitan dengan duit...memang akan nampak berat! Am I right? Yelah kan...dunia sekarang ni semuanya mesti ada duit...

Apa yang menyebabkan kami bersyukur? Bila ditimpa dugaan dan ujian, kami sebenarnya tak pernah bersendirian mengahadapinya. Kami sangat beruntung kerana dikurniakan family yang tidak pernah walau sekali meninggalkan kami di saat suka ataupun duka. Mereka sentiasa ada bersama kami menghulur bantuan tanpa berbelah bagi, menyuntik kata-kata semangat agar kami lebih cekal dan sentiasa bertanya khabar kami tanpa rasa jemu. Malah mereka sanggup berikhtiar untuk membebankan ringan kami dengan relahati. Di mana lagi kami nak temui semua itu...jika tidak dari family sendiri? 

Yang lebih membuatkan saya terharu...apabila Kakcik dan Bangcik kami yang tinggal di Batu Pahat sanggup meng-offer kami untuk menggunakan kereta mereka (mereka ada 2 kereta) sementara menunggu kereta kami siap...dan sanggup pulak tu nak hantar kereta tu ke Kuantan dan pulang semula ke Batu Pahat dengan menaiki bas. Mulianya hati mereka! Kakak saya yang di KL tu pun offer juga kereta dia...sementara dia belum confident nak drive sendiri..hehehehe...baru dapat lesen....

Sepatutnya hari ni la Bangcik datang hantar kereta...tapi..ada lagi insan yang amat prihatin, iaitu Mak Abah Kedah...yang dah pos kereta kelisa yg suatu masa dulu milik Baba...tapi sekarang tidak lagi...hmmm. So tengah malam or awal pagi esok Baba akan ambil kereta tu di Muazzam Shah...kebetulan pak sedara on the way balik ke Endau Mersing dari Kedah...so dia tolong la sekali...kerana itulah kita harus yakin dengan hikmah...hikmah di setiap ujian dan duagaan yng menimpa kita...pasti ada kemanisannya tanpa kita sedari. Dan inilah bahagian kami...di sebalik ujian dan dugaan yang diberikan olehNya...Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Ya Rahman Ya Rahim....tidak pernah sekali Engkau membiarkan kami terumbang-ambing dengan ujian dan dugaanMu...amat terasa kasih sayang yang Engkau curahkan kepada kami...terima kasih Ya Allah...semoga kami sentiasa dalam golongan hamba-hambaMu yang bersyukur....aameen...

Kepada insan-insan yang prihatin tentang susah dan senang kami di sini...hanya doa yang paling berhak dan berharga yang mampu kami berikan...semoga Allah mengurniakan kehidupan yang lebih bahagia, lebih berkat dan lebih tenang kepada kalian. Semoga Allah memperkenankan setiap doa kami kepada kalian....JAZAKUMULLAH KHAIRAL JAZAA'...AAMEEN...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, April 21, 2012

Mengamuk!



Macam gitu la gayanya si manja Aufa Kashfina ni...minat sangat dengan kasut kakak Aufa...tak padan la size kaki tu dengan kasut kakak...hahahaaa....sampai menangis-nangis bila tak dapat sarung...alalalalaaaaa ciannya dia...... Mama memang cepat 'cair' dengan Kashfina...kesian punya pasal..pakaikan la juga kasut...tapi bukan kasut yang tadi...kasut kakak Qistina....ermmm terus senyap! then minta nak tengok cerita feveret dia...Barbie Mariposa...





Actually Kashfina suka tengok Bibble n Dizzle ni ajer....





Satu lagi aktiviti feveret Aufa Kashfina adalah.....menconteng dinding! Adui laaa....habis dinding rumah felo UMP ni dicontengnya. Bertambah-tambah comot la rumah ni...errrr masa masuk dulu pun memang rumah ni dah sedia ada comot...pihak UMP tak cat baru pun....duduk jer la kan...takkan nak demand pulak...


Actually ini port baru...port lama dekat ruang tamu...pantang nampak pen or color...terus nak 'belajar' sambil sebut satu-satunya huruf yang dia tahu...B...B...B....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, April 17, 2012

Mehnah & Tribulasi

Time-time gini la nak jadi...time dah hampir2 nak bersalin. Time dia adalah aset terpenting...time tu juga la dia nak rosak. Altima oh Altima! Adakah kamu merajuk sebab Aufa2 asyik menyebut-nyebut nak beli kereta baru? Hmmmm...tengah malam tadi jadinya..Baba baru nak balik rumah dari studio...nasib baik berlaku dalam UMP jer...





Patut la malam tadi berderet-deret status update berkaitan dengan sabar dalam ujian dari member2 FB...salah satu petunjuk untuk saya lebih cekal dalam menempuh MEHNAH & TRIBULASI....ceeeewah! saja highlight mehnah & tribulasi tu...popular masa zaman study di UIA dulu..lama dah tak guna frasa tu...

Antara status2 update itu adalah...

Ujian datang untuk mengingatkan... 
Tuhan melontar kita dengan batu-batu kecil (ujian), tetapi sekiranya kita masih alpa, Tuhan mula melontar kita dengan batu-batu besar. Jangan sampai dilontar dengan batu bata... untuk tersedar dari alpa. Dengarlah bisikan, jika tidak kita terpaksa mendengar jeritan!


Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini. Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran. Kita inginkan keindahan, tetapi Allah kurniakan kebenaran. Bukankah kesabaran dan kebenaran itu lebih berharga daripada keindahan dan kesenangan?

Terkadang,bila ujian menimpa diri kita,kita cepat mengeluh & mengalah,Kita seolah2 menyalahkan takdir atas ujian yg menimpa..tapi,sedarkan kita..ujian itu hadir untuk menguatkan kita,untuk meningkatkan keimanan kita,untuk menguji ketabahan kita..dan kerana kasihnya Allah pada kita..Sekalipun jiwamu teruk terluka,percayalah,Allah telah pun menitipkan penawar untukmu,kerana dalam setiap derita,pasti ada bahagia..InsyaAllah..

Kenapa perlu berdoa? Sedangkan Allah dah tetapkan semua ketentuan kita beribu-ribu tahun sebelum kita lahir?? kenapa kena doa mintak panjang umur, doa jodoh, doa murah rezeki?
Jawapan: Fahami konsep apa itu "Allah Maha Berkuasa".Contoh situasi, anda seorang chef di restoran. anda dah tetapkan tauhu sumbat yang anda buat akan diletakkan kacang. pastu ada seorang pelanggan datang, dia ada alahan pada kacang. dia mintak jangan letak kacang. anda sebagai chef mempunyai kuasa untuk melayan permintaan itu atau tidak. jika anda tunaikan permintaan pelanggan tu, bahagia dan seronoknya dia. kalau anda x tunaikan permintaan pelanggan tu, mudarat lah dia dan kecewa lah dia.begitu juga dengan doa. Allah dah tetapkan apa ketentuan untuk hidup kita. tapi dengan doa lah, Allah MAHA BERKUASA untuk menukar apa yang telah ditentukan olehNYA sendiri. kerana rintihan hambaNya itu dan pengharapan hambaNya adalah yg Allah mahukan. "Berdoalah kepada ku, nescaya akan aku perkenankan permintaan mu." (Surah Ghaffir, ayat 60)Dan apakah anda pernah terfikir, bahawa bacaan doa anda dan takdir anda berdoa itu pun sudah ditetapkan oleh Allah?

Dan ini adalah luahan hati saya pagi tadi....

Mehnah dan tribulasi silih berganti...moga lebih mendekatkan aku dengan Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...moga kasih sayang Dia padaku sentiasa mekar...Alhamdulillah 'ala kulli haal... 


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, April 16, 2012

Sukar bernafas

Bila dah makin dekat..otak ni memang tak fikir benda lain dah! Perasaan dah jadi macam rojak....nervous sangat2 even dah ada 3 kali pengalaman bersalin, excited pun ada sebab tak sabar nak dakap baby baru, plus risau kalau2 la ada bad indication during labour. 

Actually, saya sekarang ni dilanda masalah sukar untuk bernafas. And eventually this is my first time in my life facing this medical problem. Barulah saya tau dan faham bagaimana rasanya bila susah nak bernafas...rasa macam lemas sangat2...macam ada orang tekup muka kita ni. Oooooo....barulah saya mengerti apa yang Baba selalu rasa. First time jadi susah nak bernafas...masa tu dalam kereta. Tiba2 rasa lain...terus minta Baba berhenti tepi jalan bcoz rasa lemas sangat. Saya keluar dari kereta n try to calm down. Time tu mula la otak ni aktif mencari punca....aduiiii saya memang macam tu...tak menyempat2! Baba kata bila duduk tu perut menekan dada...so darah n oksigen kurang sampai ke otak. Ntah...Baba lagi arif la kot bab2 ni. Memang saya rasa berdebar sangat time tu....dada ni rasa sempit sangat...Allahu Rabbi...permudahkanlah segala urusanku Ya Allah...

Macam biasalah...bila jadi apa2...cepat2 saya meng-google, cari info. Ada yg kata itu adalah normal berlaku di akhir2 kehamilan. Errrr dah 3 kali pregnant takde pulak jadi macam ni...Ada juga info mengatakan masalah sukar bernafas ni disebabkan oleh anemia...last week ok pulak hb saya...13 g/L. Or maybe sebab tekanan darah...last week BP saya 90/60. Isshhhh...runsing la macam ni...dah la makin dekat dengan due date.

Petang ni insha Allah nak ke klinik al-farabi...Baba ada tanya doktor di klinik UMP tadi...respon doktor tu...biasanya ada masalah dengan darah. So, apa2 pun better refer to the doctor la kan.... hmmmm selagi tak bersalin selagi tu la hati ni tak tenang.....


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, April 14, 2012

She said....





Hi guys!
Tak lama lagi saya akan dapat adik baru
Tengoklah perut Mama...bulat macam bola!
Hehehehehe


Yeay!
Saya akan jadi kakak!
Saya suka sangat dengan baby
Tapi...saya belum puas bermanja dengan Mama...Baba...dan kakak2...
Sekarang ni pun saya makin manja pulak
So...saya harap saya masih dapat bermanja lagi
Mama...Baba...Kakak...please take note!





Agaknya macam ni la kot posisi baby dalam rahim Mama saya sekarang
Mengiring ke kanan....
Cute jer kan...like me!

Baby ni kalau stretching...bergerak-gerak perut Mama
Lasak & aktif macam saya juga dulu...Mama yang kata macam tu

Tapi...ianya sangat membahagiakan
Tak sabar nak jumpa baby baru ni
Moga selamat la hendaknya....

Mama...we love you so much!




*mama tulis bagi pihak Kashfina*

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 13, 2012

Contraction!

Perut ni dah mula ada contraction

Actually dah 2 minggu ada contraction

Tapi light ajer



Hari ni kuat sikit rasanya 

Contraction ni rasa macam senggugut tu

Orang yang biasa kena senggugut faham la kot

Tapi gandakan ia dengan 10...100...1000...n beribu-ribu lemon!

Macam tu la rasanya



Kemuncak sakitnya bila serviks makin membuka 

Membuka hingga 10cm

Hinggalah baby keluar

Berjam2 lamanya...



Hopefully this time taklah sesakit mana

Doakan saya ya...



Kalau dah sakit...

Memang tak sempat nak balik bersalin di Melaka

So, Baba kena la take over semua kerja2 Mama

Moga tak menyusahkan Baba




Yang penting...moga Baba dapat handle Aufa3

Especially Aufa Kashfina

Becoz dia belum boleh urus diri sendiri lagi

Aufa2 insha Allah boleh bantu Baba...

Tadi pun Kakak Aufa dah buktikan yang dia boleh diharapkan

Dia dah tolong tukarkan diapers Kashfina



Thank you Baba...Aufa3....in advance

:)



Aufa Kashfina dah nampak sisi penyayang pd dirinya...baguslah...bila nampak baby kemain suka! Tengok la nanti apa yang dia nak buat dgn new baby...

Kakak2 Aufa yang diasuh dgn sifat tanggungjawab sebagai kakak...moga kekal sampai bila2...tengok la tu...style tengok TV pun sama jer Aufa berdua ni...gambar candid ni...hehehe


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, April 12, 2012

38 minggu sudah!

BERAT BADAN.................... 75kg. Turun sikit daripada 2 minggu lepas. Tapi still berat juga ni...nak jalan jauh2 n lama2 dah mengah!


TEKANAN DARAH.......................... 90/60 mmHg. A bit low but it's still okay for pregnant woman...doctor yg cakap macam tu. Sebab time pregnant semuanya mengembang, so tekanan darah akan terganggu sikit...macam gitu la yg saya faham penerangan daripada doktor. Ia akan kembali normal selepas bersalin nanti...mudah-mudahan begitulah....errmmmm patut la saya selalu jer rasa pening, mual, cepat dahaga, mata berkunang2, susah nak bernafas...rupa2nya itulah simptom2 tekanan darah rendah.


URINE.....................albumin traced. Biasa terjadi di akhir kehamilan tapi perlu berjaga-jaga. Sebab itu adalah salah satu tanda praeklampsia. Menurut apa yang saya faham, praeklampsia semasa hamil ni tiada ubat yang spesifik...cuma perlukan rehat fizikal & mental yang secukupnya. Errmmmm...saya memang penat la lately...n still angkat barang2 berat lg. Risau la pulak....


HB............................alhamdulillah naik hingga 13.7 g/L berbanding 2 minggu lepas 9.2 g/L.


BABY.....................doktor kata baby dah turun. Bak kata Aufa2...."Baby cakap weeeee"...hahaha diorang ingat baby dah turun tu macam main slide agaknya! Semuanya okay...baby mengiring ke kanan....patut la sakit2 perut saya yg sebelah kanan ni..asyik ditendang2nya! Estimated weight around 2.6kg...kira okay la tu...tak payah la besar2 sangat yea baby...nanti senang Mama nak push n keluarkan kamu...hehehe....


Baby's delivery process....dah 3x experiences pun still nervous lorrr....moga dipermudahkan urusan kali ini...aameen...


Aufa2 asyik bertanya...tapi yang paling kerap bertanya adalah Aufa Irdina, kakak yang penyayang lagi mithali... "Bila baby nak keluar?"...."Baby keluar kat mana?"...."Nanti baby dah keluar macamana Aufa nak main...Aufa ada ramai adik"...masing2 siap pilih...sorang nak jaga Kashfina, sorang lagi nak jaga baby...."Nanti anak2 Mama dah banyak...taak muat la kereta...macamana Aufa nak tidur?"...haaaa hambik! semua pun dia fikir! kikiki...kami memang plan nak tukar kereta...nak beli MPV...tapi takde la MPV yg mewah2...yg biasa2 jer...sesuai dengan kemampuan sekarang. Moga ada rezeki untuk kami anak beranak...




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, April 10, 2012

Senyum seindah suria!

Assalamualaikum & Selamat Pagi



Senyumlah...seperti indahnya mentari pagi yang memberi cahaya kepada alam semesta



Senyumlah...seikhlas dan setulus hati agar serinya terpancar di riak wajah



Senyumlah...agar beroleh keriangan dan ketenangan sepanjang hidup



Kerana



Dengan senyuman...terjalinlah ikatan


**************************************************************


Pagi2 dah update blog...tiba2 dalam hati dok nyanyi lagu 'senyum seindah suria yang membawa cahaya'...ingat lagi tak lagu fofular tu? hehehehehehee

Itulah lagu pertama yang mempertemukan dua insan...kikikiki...segalanya adalah kenangan terindah

Anyway...selamat menjalankan apa jua aktiviti untuk hari ini...moga segala2nya berjalan dengan baik...apa jua yang berlaku pada hari ini...hadapi ia dengan senyuman...



yang ini...senyum nak tayang gigi namanya.... ;p

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, April 4, 2012

Cerita santai...

Hari ni saya masak ikan siakap sweet sour. Masa tengah menyiang ikan...ada jer yg menyebok n buat drama..."Eeee besarnya ikan! Ni mak ikan ker Mama?"...Aduiiii layankan ajer la. Bila dah siap masak...ada lagi drama..."Tadi Mama masak mak ikan kan? Kesian anak dia...nanti anak dia nangis cari Mama dia"...pulak dah! Time makan...lupa langsung soal kesian bagai...bertambah2 nasi...hehehe...baru dia tahu betapa sedapnya mak ikan siakap! 

Saya buat cekodok udang jg...makan dengan kuah kacang semalam. Kebetulan semalam buat cucur udang...Aufa2 tak makan langsung cucur udang bila diorang nampak ada udang. That's why hari ni saya blend kan udang tu...so that diorang tak nampak ada udang...makan la pulak! hehehe...taktik nak bagi anak makan...


get ready nak meround...

Time Mama sebok nak buat preparation untuk baby...Aufa2 pulak sangat pandai mengambil kesempatan. Kami memang dah lama tak shopping...sebab utamanya takut diorang minta macam2...betul...barang yang diorang nak bukannya murah! Mau mencecah ratus...kalau dah dua orang...fuh!!! Aufa2 ni minat pada Barbie...n satu lagi adalah playdough. Kalau dah lalu kat tempat mainan...aduhaiiii....sangat tidak sampai hati nak hampakan diorang....pedih n sedih hati Mama ni...Baba pun sama juga kot...tapi Baba lebih tabah...hahaha

Baru-baru ni....Aufa2 dah mengepau playdough. Dah la sebelum tu diorang dah beli Barbie mermaid...kesian punya pasal...tutup mata jer time bayar tu...*nampak benor nipunyer*...hahaha...

dah ada playdough..after this tak payah la nk mengendeng dough donut & karipap yang Mama buat yea...

Berkenan la tengok benda ni.....ada sesiapa nak belanja saya tak? RM150 jer....hehehe

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...