AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Sunday, April 22, 2012

Prihatin

Sudah hampir seminggu kereta kami terbengkalai di 'ward'. Barang yang rosak takde pulak spare part...susah nak cari...sabar jelah...

So, buat sementara waktu ni terpaksa la Baba menyewa kereta kancil student UMP. Sehari RM70...now dah hampir menjejak seminggu...terbang RM500 juz untuk sewa kereta sahaja...nasib baik la kancil ni bodynya slim n comel...so minyak pun takde la banyak mana pun luak...tapi still terbang juga duit!

Hmmm...dalam keadaan financial yang terumbang-ambing sekarang ni...sangat menduga kami. Dah la saya sekarang tengah menunggu masa nak bersalin...jadi pulak macam-macam...fuhhhh!!!! Air mata ni tak usah cakap la...kalau tiba waktu sayu tu...berbaldi-baldi jg air mata ni...tapi tak pernah nangis depan Baba....malu! heheee....

Walau bagaimanapun, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri agar redha dan sabar dengan apa yg telah pun berlaku. Sabar...memang tak semudah apa yang dikata...tapi kita sendiri yang kena kuat dan didik diri supaya lebih sabar disamping mendapat sokongan dan dorongan daripada insan-insan yang mengenali kita. 

Saya sebenarnya rasa bersyukur sangat...(1000x sangat!)...dugaan dan ujian yang menimpa kami sebenarnya tak seberat mana pun..tapi bila ianya berkaitan dengan duit...memang akan nampak berat! Am I right? Yelah kan...dunia sekarang ni semuanya mesti ada duit...

Apa yang menyebabkan kami bersyukur? Bila ditimpa dugaan dan ujian, kami sebenarnya tak pernah bersendirian mengahadapinya. Kami sangat beruntung kerana dikurniakan family yang tidak pernah walau sekali meninggalkan kami di saat suka ataupun duka. Mereka sentiasa ada bersama kami menghulur bantuan tanpa berbelah bagi, menyuntik kata-kata semangat agar kami lebih cekal dan sentiasa bertanya khabar kami tanpa rasa jemu. Malah mereka sanggup berikhtiar untuk membebankan ringan kami dengan relahati. Di mana lagi kami nak temui semua itu...jika tidak dari family sendiri? 

Yang lebih membuatkan saya terharu...apabila Kakcik dan Bangcik kami yang tinggal di Batu Pahat sanggup meng-offer kami untuk menggunakan kereta mereka (mereka ada 2 kereta) sementara menunggu kereta kami siap...dan sanggup pulak tu nak hantar kereta tu ke Kuantan dan pulang semula ke Batu Pahat dengan menaiki bas. Mulianya hati mereka! Kakak saya yang di KL tu pun offer juga kereta dia...sementara dia belum confident nak drive sendiri..hehehehe...baru dapat lesen....

Sepatutnya hari ni la Bangcik datang hantar kereta...tapi..ada lagi insan yang amat prihatin, iaitu Mak Abah Kedah...yang dah pos kereta kelisa yg suatu masa dulu milik Baba...tapi sekarang tidak lagi...hmmm. So tengah malam or awal pagi esok Baba akan ambil kereta tu di Muazzam Shah...kebetulan pak sedara on the way balik ke Endau Mersing dari Kedah...so dia tolong la sekali...kerana itulah kita harus yakin dengan hikmah...hikmah di setiap ujian dan duagaan yng menimpa kita...pasti ada kemanisannya tanpa kita sedari. Dan inilah bahagian kami...di sebalik ujian dan dugaan yang diberikan olehNya...Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Ya Rahman Ya Rahim....tidak pernah sekali Engkau membiarkan kami terumbang-ambing dengan ujian dan dugaanMu...amat terasa kasih sayang yang Engkau curahkan kepada kami...terima kasih Ya Allah...semoga kami sentiasa dalam golongan hamba-hambaMu yang bersyukur....aameen...

Kepada insan-insan yang prihatin tentang susah dan senang kami di sini...hanya doa yang paling berhak dan berharga yang mampu kami berikan...semoga Allah mengurniakan kehidupan yang lebih bahagia, lebih berkat dan lebih tenang kepada kalian. Semoga Allah memperkenankan setiap doa kami kepada kalian....JAZAKUMULLAH KHAIRAL JAZAA'...AAMEEN...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

2 comments:

desperate mama said...

alhamdulillah a'la kulli haal... ijan nanti bersalin kat mana????

AufaZanKi said...

cadangnya nak bersalin di PRK MUIP...sbb anak2 nanti boleh stay sekali di ward, susah la fidza kat sini takde family...so Baba diorg tak payah la ulang alik nanti...kesian kat diorg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...