AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Saturday, October 31, 2009

*Engkau Laksana Bulan*

Tajuk di atas tiada kaitan dgn apa yg ingin aku ceritakan..heeee so sila tukar emosi anda sekarang...:)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Subhanallah...Allahu akbar...itulah yg aku ucapkan tatkala melihat keindahan ciptaan Yg Maha Esa. Sungguh menakjubkan dan mengkagumkan aku...cantik dan indahnya bulan dikelilingi pelangi yg berbentuk orbit. Puas aku capture guna dua camera...not so good la gambar yg dicapture. Inilah yg aku rasa paling ok utk dijadikan kenangan...alhamdulillah. 


                       



                                

Yg berbentuk bulat tu colornya seperti pelangi...biasan cahaya kot. Bagi aku ianya teramat cantik...lain dari kebiasaan yg kita lihat.


Adakah anda juga dapat menyaksikan keindahan bulan ini di tempat anda? Subhanallah...indahnya ciptaan Tuhan...:)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, October 30, 2009

*Malang is not Durian*

Within a week...a lots of things happened...bad things...bad days...soooo bad!!!

Last Sunday...cermin depan altima (nama kereta kami) retak...dah mcm sarang labah2 aku tgk...nak naik kereta pun mcm takut2 jer coz bahagian yg retak tu betul2 bahagian seat aku. AUFA2 aku da tak benarkan duduk depan...takut la mana taukan...malang bukannya mcm durian (sorok mcmanepun tetap berbau!!!). Belum bawa gie workshop lg...next week kata my hubby. Berapa la yg akan terbang tu....hari tu aku ada jg survey di internet harga cermin depan kereta sejenis altima ni...fuhhhh cecah 8ratus...kesian hubby...Apakah yg menjadi sebab keretakan cermin tersebut??? Tanya Aufa....:) 


   Kesian Altima...retak menanti belah...mcm sarang spider



 Selang dua hari selepas kejadian...hari Selasa time maghrib...spek mata hubby pulak patah...gara2 si comel qistina...rasanya baba (hubby) da letak spek mata tu atas rak buku...boleh juga si kenit tu capai...so skrg baba da hilang 2nd eyes la...time driving jer pakai spek mata tu...tangkai spek tinggal sebelah...aduiii duit lagi...pun belum buat lg spek mata baru...baba kata next week...mama buat2 x faham pulak yer...kan baba da kata next week nak buat semua...heeeee....kesian baba...again...Anak2 mama ni nakal yer..nanti mama babab baru tau...




Wednesday 28, 9:15pm...seorang kanak-kanak perempuan yg sangat comel dan cerdik telah ditimpa kemalangan di rumahnya sendiri. Kemalangan itu telah menyebabkan bibir kanak2 yg berusia 2 tahun itu pecah dan bengkak. Kanak2 itu dikatakan suka sgt melompat2 di atas sofa dan memanjat grille. Allahu Rabbi...bertuah betul la anak mama  ni...benjol kat dahi pun x hilang lg...da tambah satu lg tanda. Aufa Qistina ni mmg la berani yg amat n x serik...masa malam kejadian mamanya yg cemas semacam...dia nangis sekejap jer...da siap sapu ubat terus bergelak ketawa seolah2 tiada apa yg berlaku. Tgk aje la pic dia tu...padahal baru jer lepas jatuh...Karakter Qistina mmg berbeza dgn kakaknya, Aufa Irdina. Dia ni nampak jer lembut, ayu n pemalu...tp sebenarnya boleh jadi superwoman ni...



Malang masih lg tidak berbau... thursday 29, Aufa Irdina pula ditimpa malang. Alahai kesian betul...aufa ni sangat aktif. Body tough n tinggi...look like a boy. Maybe aku teringinkan baby boy time ngandungkan dia dulu...hmmm. Tapi hati n emosi penuh dgn ciri2 kewanitaan..so xde la risau sgt..hehe. Back to da story...time tu aku sdg masak. Aufa dgn riangnya berlari2 di dlm rumah...then terlanggar bucu dinding. Aku ingatkan biasa2 jer...so aku juz baca bismillah je la kat dahi yg benjol tu. Time makan...ternampak mcm ada darah kat dahi...aduhh melecet la pulak...aufa ni bila tgk mama pegang botol minyak...serta merta nangis. Penakut!!! cam mama...huhu. Petangnya pulak...aku bawa la AUFA2 ni main kat luar rumah. Sambil2 tu dok berborak dgn kaknor (jiran sebelah rumah). Qistina cam biasa la dok melekap kat aku...malu...tp dlm diam2 merengek suh aku amik moon. Ya Allah..mana la mama boleh amik moon tu adik...macam2 ek keletah anak2 ni. Aufa biasa la...berlari2 kegembiraan n again...terjatuh...dahi benjol lg terkena gate. Besar pulak benjol kedua ni...kesian betul la...Aufa apa lagi..meraung la dia...huh...dugaan betul la minggu ni.



Bila da berturut2 malang menimpa...mula la aku nak fikir yg bukan2. Semalam mengeluh juga aku ni kat hubby...(x baik mengeluh kan)...hmmm. Aku cuba mempositifkan diri...cakap kat hubby...maybe Allah nak ingatkan kita tentang sesuatu yg kita dah lupa...maybe kita da jauh dariNya...maybe itu..maybe ini..macam2 andaian la boleh jadi! 


Moralnya...apa pun yg berlaku..kalau boleh jgn mengeluh. Terima dgn redha dan ambil ikhtibar. Tapi manusia mmg alpa...itulah MANUSIA..kalau nak tau or maybe dah tau...perkataan manusia ni diambil dari perkataan "nasiya" yg bermaksud "lupa or alpa". So hati kita kena kuat utk melawan dan merubah sifat semulajadi manusia ni...:) 


Sekian...Wassalam...:)




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, October 29, 2009

WISE THOUGHTS N WISDOM

" Tercipta engkau dari rusuk lelaki...Bukan dari kaki untuk dialasi...Bukan dari kepala untuk dijunjung...Tapi dekat di bahu untuk dilindung...Dekat jua di hati untuk dikasihi...Engkaulah wanita hiasan duniawi "

Hari ni (dah bertukar "semalam" coz x sempat publish) aku telah mendengar luahan daripada 2 insan yg amat hampir dgnku. Dua kisah berbeza namun emosinya sama...luka dan kecewa. Kedua-dua insan itu bergelar isteri...kedua-duanya bercinta selepas kahwin...dan kedua-duanya pilihan keluarga. Sedikit sebanyak aku terkesan dgn luahan mereka. Sedih...kecewa...luka...hancur...remuk...itulah yg dapat aku gambarkan tentang perasaan mereka.


Bila seseorang sudah menganggap dirinya 'zero from mistake'...org lain xkan boleh melebihi dia. Apa yg aku perhatikan...lelaki dan ego sudah sebati. Perempuan pun ada ego...tp tak semantap ego lelaki. Bila menjadi ketua...usah bertindak seperti ketua...maksudnya jgn la merasakan semua keputusan di tangan suami...berbincang dgn isteri...kdg2 isteri jg punya idea yg lebih bernas dan boleh diguna pakai. Dikesempatan ini aku ingin memberi kredit kpd suamiku...coz dia yg ajar ilmu ni kat aku sejak dulu lg...(baru 4 thn kawin...;p). Kdg2 isteri bkn berniat nak melawan kata suami...juz nak mempertahankan diri yg sering disalahkan dlm byk perkara. Bagi aku...kebanyakan wanita yg sudah berkahwin akan meletakkan ego mereka di bawah tapak kaki suami. Means that even suami yg sebenarnya silap...isteri yg akan minta maaf. Tak salah rasanya jika suami pun turut sama menyatakan rasa maaf...sebagai tanda perdamaian dan mengukuhkan lg ikatan. Entry ini mungkin berbaur protes...harap maaf yer kaum adam. Aku relatekan dgn kisah 2 sahabat ni...so ambil ikhtibar dan tauladan. (aku pun kena amik ikhtibar ni...hmmm)



Apakah perasaan anda jika pasangan anda meluahkan yg dia sebenarnya takde 'feel' pd anda? Kahwin pun atas dasar pilihan keluarga...wajarkah begitu? Dah ada ikatan baru nak berterus terang...apakah?? Aku mmg terlalu simpati dgn nasib sahabat aku ni...kenapa ada jg lelaki mcm ni dlm dunia ni ek...Aku bukan nak bongkar kesilapan demi kesilapan kaum adam...tp inilah yg telah dilakukan oleh mereka kpd sahabat aku. Mereka dah hampir setengah tahun berkahwin...mula2 tu ok jer...ntah di mana silapnya si suami luahkan mcm tu pd isteri. Aku sendiri dpt rasakan betapa remuk dan pilunya hati sahabat aku menghadapi dugaan hidup. Apa pendapat dan pandangan anda dalam hal ni? Sahabat aku ni sekarang dalam proses menenangkan diri...tp aku respek dgn semangat dan kekuatan dia. Aku hanya mampu memberi sedikit kata2 semangat agar dia x rasa sepi dan sendiri menghadapi dugaan itu. Huh...sebaknya hati ni... 


Hidup tanpa dugaan mmg tak adventure...tp dgn dugaan yg mcm sahabat2 aku lalui ni...aku sendiri x confident adakah aku mampu mengharunginya..." Allah doesn'nt give more burden than we can bear "...Aku amat percaya pd hikmah disebalik kejadian...setiap apa yg berlaku...x kira baik atau buruk..pasti ada sumthing yg berguna utk diri kita. Aku bg contoh yer...tentang diri aku la ei...last 2 years aku telah mengorbankan kerjaya aku demi nak dekat dgn hubby...time tu aku dok mlaka n hubby dok kuantan...aku yg naturally manja ni mmg susah nak berjauhan dgn org yg aku anggap pelindung...sebelum kawin dgn mak abah...now dgn hubby. So i decided to resign...time tu aku mmg frust n aku tau ada org lain yg turut frust dgn decision aku...what to do...bila aku da dekat dgn hubby...mula2 tu tension sgt2 coz x keja...lama la jugak ketensionan ni mengganggu hidup...tiap2 hari aku fikir knp aku buat mcm tu..knp x fikir panjang...knp..knp..knp...(aku mmg setaraf dgn ahli falsafah coz otak aku ni terlalu aktif berfikir..;p..tu yg asyik sakit kepala)...dgn izin Allah Taala akhirnya aku ketemu dgn hikmah di sebaliknya...now aku dpt lihat n observe perkembangan anak2 sendiri...aku dpt didik mereka mengikut acuan yg aku inginkan...hubby pun selalu support aku...katanya berkat didikan mama anak2 dah pandai mcm2 perkara...alhamdulillah syukur sgt2...now i'm happy with my life.



Moral of the story...PERCAYA PADA HIKMAH ALLAH TAALA...apapun yg berlaku dlm hidup kita...even kita ditimpa kemalangan or lumpuh...percayalah ada hikmah yg kita belum jumpa or tak nampak...carilah hikmah tersebut...then we'll happy n redha...mcm tu jg la dgn sahabat2 aku yg berhadapan dgn masalah tu...anggaplah ujian yg dtg sebagai tanda yg anda akan bertemu dgn jalan penyelesaian. All the best...:)



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, October 28, 2009

**LaCinta**


Lautan...adakala pasang menutupi pantai...adakala surut menerjah mentari...adakala tenang membuai rasa...adakala gelora menghempas pantai...


Itulah perumpamaan cinta...pasang surut tenang gelora...Pabila cinta singgah di hati...andai dibiarkan akan menutupi ruang hati...ibarat lautan pasang. Cinta ternoda akan menyebabkan sang pencinta hanyut...ibarat lautan dilanda tsunami...menghanyut dan merosakkan segalanya. 

"Pertama kali di landa perasaan cinta...tahun 1997...juz a memory...no heart feeling...;p Aku tak menganggapnya 'cinta monyet' krn time tu aku dah 17 tahun...da boleh kawin da...haha. Actually aku berazam nak tamatkan zaman menengah tanpa cinta di hati...but Allah is the best Planner of all. Selama setahun menjalinkan cinta...kami hanya berhubung melalui surat n telefon. At last aku minta putus...aku rasa aku tak boleh get along with him anymore. Memang aku dah lukakan hati dia...coz aku pun first love dia gak...susahnya nak develop rasa cinta time tu...memang benarlah cinta aku ketika itu ibarat lautan...mula2 pasang...tenang...akhirnya surut. Dia pun dah bahagia sekarang...alhamdulillah..:) "

Lautan yang tenang bisa bergelora andai dilanda badai... Begitu jua adanya cinta. Adakala cinta mengundang gelora di hati...menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan kewarasan fikiran. Therefore..bercintalah di atas landasan yang ada...landasan apakah??? hmmm fikirkan...everybody knows that..;) Setenang2 manusia boleh berubah disebabkan gelora cinta. Sehinggakan ada yang sanggup terjun ke 'lubang cacing' kerana cinta...;p

" Aku bertemu dgn cinta kedua semasa bekerja sambilan di LHDN Kuala Lumpur...tahun 1999...sambil2 nak tunggu result ipt...hmmm kisah ni aku namakan "BENCINTA". Time keja brother ni dok pandang2 jeling2 kat aku yg control ayu nih..ishhh sampai aku jd benci dgn dia...yelah..kalau dah tiap2 hari mcm tu..sampai susah aku nak fokus pd keja...rasa nak nangis je tau...(itulah aku...sikit2 nak nangis..cengeng!) Tahap kebencian aku pd dia akhirnya bertukar menjadi cinta...ntah mcmane aku pun x pasti...(cover line ok). So jangan benci kat orang...akhirnya kita akan suka pd dia...like me..;) Sepanjang kisah percintaan yg kedua ni...memang tidak dinafikan aku mengharapkan pengakhiran yg baik. "Luckily"...mungkin Allah menyayangi aku...akhirnya hubungan "BENCINTA" ini tamat pada bulan februari 2002...hubungan ini telah dilanda badai yang menyebabkan aku mengambil keputusan utk berundur...semoga dia berubah demi kehidupan yg lebih baik dan diredhai...dan aku juga perlu berubah agar lebih berhati2 dalam mencari cinta yg diredhai (pd ketika itu)"


Apalah gunanya cinta andai tiada nilai setia...sesetia ombak dan pantai. Apalah gunanya cinta andai bergelora sepanjang masa...lautan jua ada tenangnya. Oleh yg demikian...jadilah sang pencinta yang benar2 setia. Sang pencinta yang tetap teguh mempertahankan cinta walau berjuta halangan dan rintangan...sang pencinta yang sentiasa ada bersama di ketika susah dan senang. Lautan tenang...adakala bergelora, lautan pasang...adakala surut. (Jodoh pertemuan adalah ketentuan Tuhan)

" *Senyum seindah suria yg membawa cahaya...senyumlah dari hati duniamu berseri* tersipu2 gadis itu...malu kononnya bertentang mata dgn si jejaka yg sedang berada di atas stage. Time tu si jejaka jd performer utk satu program. Si gadis kebetulan menjadi committee for that program. * ..nak tanya sket...awak da ada yg punya ker?...*hmmm sy br jer single*...ada org nak kenal dgn awak ni* wah..berterus terangnya gadis itu...! Sape la gadis tu ek....;p maka bermula la episod kenal mengenal antara si jejaka dan si gadis. Bermula pada Mac 2002 mereka menjalin ikatan...menyulam madah...yg penuh bunga2...jiwang karat masing2!! Saling mengenal hati budi...agar tidak lg tersilap pilihan. Si gadis merasakan yg dia dah jumpa mr right...namun dugaan Allah maha hebat. Lautan yg disangka tenang akhirnya mula bergelora. Gelombang yg agak besar hingga menghempas pantai...meluluhkan perasaan si gadis. Namun kali ini si gadis sungguh kuat melawan gelombang dan badai...terus bertahan dalam derita...kerna yakin si jejakalah cinta sejatinya...berkat kesabaran dan kesetiaan maka kedua2 mereka disatukan sebagai suami isteri pada 9 Disember 2005"

Kisah di atas merupakan kisah benar yg tiada kaitan dgn sesiapa...coz itu kisah antara aku dan suamiku..hehe. Semoga bahagia hingga ke syurga...amiin





 Begitulah cinta yg diibaratkan seperti lautan...tetap ia di situ walau pasang...surut...tenang...gelora. Itu adalah tafsiran cinta bagi aku. Patutlah aku suka laut...ada kaitan rupanya...:)

Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan rasa cinta yg indah ini sementara jantung masih bernadi...Terima kasih Tuhan kerana menemukan aku dgn cinta sejati...Terima kasih Tuhan kerana menyedarkan aku bahawa hanya kepadaMu cinta yg abadi...TERIMA KASIH.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, October 26, 2009

Akulah *AnaK PenoreH GetaH*

Sedari kecil aku dibesarkan dgn penuh kasih sayang oleh mak abah. Aku dibesarkan dgn penuh disiplin krn mak adalah seorang yg amat berdisiplin dlm mengurus n mengatur perjalanan hidup. Aku diberi mandi, makan n tidur pada waktu yg sama setiap hari sehingga lah aku pandai mengurus diri. Aku jg diajar berdikari krn pd ketika aku kecil...family aku boleh la dianggap sbg family susah n baru merangkak2 utk memperbaiki taraf kehidupan ke arah yg lbh selesa n sederhana. Seawal pagi selepas subuh mak abah sudah bersiap2 utk pergi menoreh getah...milik orang lain. Kami sekeluarga dibesarkan n disekolahkan hasil titik peluh sepasang penoreh getah...iaitu mak abah. Bayangkanlah bagaimana perit n jerih mak abah mencari rezeki demi membesarkan 11 orang anak...terlalu sedih utk dikenangkan. Namun aku bersyukur krn itulah yg membakar semangat aku utk terus membahagiakan mereka dlm kejayaan2 aku dlm apa jua bidang yg aku ceburi. 


Aku adalah anak ke-10...mempunyai 5 org abang, 4 org kakak n seorg adik lelaki. Kiranya aku ni anak bongsu perempuan la...aku mmg manja n kuat merajuk pd suatu ketika dulu (sekarang ade la perubahan..;p). Aku juga seorg yg penakut...teramat penakut. Sebab tulah aku x pegi sekolah tadika coz aku takut nak pegi sekolah. So aku hanya belajar di rumah dgn kakak yg bernama Noor Sarifah aka kakpah. Dialah yg mengajar aku ABC, 123, alif ba ta. Bila da nak masuk tahun satu...aku mmg berkobar2 nak pegi sekolah. Maklum sajalah..da berani sket...heeee. Dan aku ingat lg...mak tanya nanti nak pakai baju sekolah yg macamane...nak pakai skirt or baju kurung? Ishhhh sungguh tidak percaya dgn jawapan aku pd ketika itu...aku nak pakai baju kurung n tudung...;p Time tu tahun 1987...biasanya murid tahun satu akan pakai skirt...aku ni lain la pulak. Hmmm so mak n kakak ikutkan sj permintaan aku..kalau tak nanti aku merajuk pulak...teruk diorg kena pujuk aku...;)


1st day ke sekolah..aku tengok hanya aku seorg sj murid tahun satu yg bertutup litup. Nasib baik aku ni istiqamah...meneruskan misi ke"alim"an aku...heh. Aku ditempatkan dlm kump B di dlm kelas. Masa tu...sape2 yg parentsnye guru or keja best2 (keja gomen) akan ditempatkan di kump A. Siapalah aku ni...dah la x sekolah tadika...anak penoreh getah...ade hati nak duduk kump A...tp xpe...1st exam aku dpt no 4. Ehem2...time tu barulah aku tau yg aku ni boleh la tahan smartnye...kui3. Exam akhir tahun pun dpt no 4...time tu barulah cikgu Rahmah (guru kelas aku) nak pindahkan aku ke kump A...huh..xde maknenyer. Hmm...tahun demi tahun aku memperkasakan ilmu di dada...memberikan sedikit kebanggaan buat mak abah dgn prestasi pelajaran aku yg agak cemerlang la jugak...tahun 3 aku telah terpilih menjadi pustakawan sekolah. Kiranya aku ni murid pertama dalam kelas aku yg diberi jawatan. Huh..time tu betapa bangganya aku..ala budak2 lg mane la tau...pulak tu kena pakai baju color biru...lg lah suka..lain dr kawan2. Sampailah ke tahun enam aku menjadi pustakawan. Aku pun aktif bersukan gak. Bola jaring (centre), bola baling (centre), olahraga, badminton, chess..fuh..atlet jugak aku ni ek..hahaha. Oklah...cukup la kenangan di sekolah rendah. Aku akhiri dgn memori yg paling manis dlm hidup aku bergelar PELAJAR CEMERLANG utk dua sessi persekolahan (pagi n petang). Aku ingat lg dgn bangganya aku tunjuk result UPSR kat abah...aku x dpt hadiah pun..abah juz usap kepala aku n say congrats...itu dah memadai abah...:) 


Disebabkan aku adalah pelajar cemerlang Sek Keb Ayer Limau...so aku telah ditawarkan utk memasuki High School. Time tu aku nak pegi sekolah arab...;) baik la konon...Bila tiba hari mendaftar...maka pergilah aku ke High School Melaka. Of course la Female High School coz diorg asing boys n girls. Sampai sana...unfortunately nama aku xde dlm list. Alamak!!! mcmane ni...Aduiii rupa2nya nama aku dlm list Boy High School. Ya Allah...adakah namaku spt lelaki??? NOR SALFARIZAN...aku rasa "NOR" tu da menggambarkan yg aku ni pompuan. Patut la dlm offer letter x letak nama abah. Cehhhh...sampai skrg sedara mara dok ulang benda ni..buat malu jer!! Tp aku teramat gembira time tu...cuba teka knp??? haaaaa sebab aku akan dihantar ke sekolah yg aku idam2kan...Maahad Al-Ehya El-Karim Tanjung Bidara. Alhamdulillah...mungkin berkat doa mak yg inginkan salah seorg anak perempuannya bersekolah di sana. Hmmm....mak...orang da tunaikan hajat mak...:)


1992-1998....aku berada di alam menengah. Da besar rupanya aku...aku berubah menjadi seorg yg pemalu, pendiam...tp kuat ketawa. N mcm bese la...anak org susah...dilemparkan ke kelas yg corot...kiranya dlm kelas aku tu sumernya anak2 yg ibu bapanya hnya bekerja yg bese2 jer...mcm tu diskriminasi dulu2..underestimate anak org susah...tp time tu mane la aku nampak benda2 ni...time exam aku berjaya dpt no 1...aku ingat lg guru kelas aku cikgu rosnah siap dtg kat kelas nak kenal aku yg mane satu agaknya...hehehe...Selepas itu bermula la episod aku berada di kelas A...alhamdulillah aku bersyukur sgt dgn kurniaan Tuhan...memang aku mudah menghafal,mengingat n menerima information. Kira otak matematik la aku ni...coz sekolah arab mmg kejenye asyik menghafal je...mcm2 yg kena hafal...


Proses perkembangan diri, minda n watak bermula sewaktu kita di sekolah menengah...am i right? i think so...coz di saat umur belasan tahun kita mula mengenal dunia sebenar...siapa kawan2 kita..how we manage ourselves...n how we met our 1st love...gulp...1st love...sape ek...;)


Aku dulu x stay in hostel...berulang alik naik keta sewa...so segala tindak tanduk n pergerakan aku diobserve oleh mak abah. Aku x boleh keluar sewenang2nya tanpa tujuan. Setakat nak bersiar2 di bandar melaka bersama rakan taulan..lupakan! memang xkan dapat...mak abah mmg x bg...disiplin adalah prinsip hidup mak abah dlm mendidik anak2...jgn ponteng sekolah...walaupun demam...kena pegi sekolah..huhu...homework mesti siap n x blh tgk tv waktu mlm...seb baik aku mmg x suka tgk tv...so xde masalah utk itu...kakak aku je la yg terpaksa menunggu mak abah tido...pukul 6 ptg kena mandi...sapa2 yg mandi time maghrib mmg nk kena la tu...strict kan...hmmm mcm tu la kami di didik...sapa tak solat kena cubit dgn mak...maghrib kena berjemaah...lawak tul la...sape2 yg malas berjemaah buat2 la nak mandi time tu...memang akan kena ceramah(leter) dgn mak..nak tau tak...kami ni kalau buat silap jer..memang akan kene dgr leteran mak waktu mak tgh mandi n cuci baju..time tu xde washing machine..aduii satu kg leh dgr leteran mak tau..malunyer la...hmmm...duit belanja pun x semewah org lain...cukup2 utk beli air n makanan...nak berbelanja mewah...belum tiba masanya...coz mak abah nak kami faham betapa susahnya mencari rezeki...semua sama rata...



Hasil didikan yg penuh disiplin...alhamdulillah anak2 mak abah yg 11 orang ni semuanya jd "orang"...walaupun x lah seberjaya org lain...at least x menyimpang ke jalan yg tidak diredhai itu sudah dikira berjaya...thanks mak abah atas didikan ala2 askar tu...hehe



                         

Skrg mak abah da tua..tp tenaga n semangat mereka masih kuat eventhough usia yg membatasi. Mak da menjangkau usia 67 tahun n abah 70 tahun...baru jer berhenti menoreh getah setelah mendapat desakan daripada anak2nya...skrg hanya mengembala lembu2 yg juga bukan milik abah sepenuhnya. Abah bela lembu sejak aku kecil lagi...kiranya da hampir 30++ tahun abah mengembala lembu selain drpd menoreh getah. Abah kata...itulah hobi abah yg sukar utk distopkan. Memang la kakak2 n abang2 aku kesiankan abah...suruh abah duduk berehat di rumah n beribadah. tapi tidak bg aku. Aku terlalu hormati hobi n pendirian abah yg terlalu obsess dgn hobinya. Abah ckp..walaupun dia pergi membawa lembu2nya makan rumput di ladang...at the same time dia akan berzikir. Bagus abah...buat la selagi terdaya. Nasib baik skrg abg aku yg merupakan guru di mlaka...dgn rela hati nak take over menjaga lembu2 abah tu..alhamdulillah may u'll be blessed abg lim...dia mmg anak yg bertanggungjawab n sungguh aku respect.


Begitulah secebis kisah anak penoreh getah spt aku. Kena selalu sedar diri n perbaiki diri. Banyak yg aku nak citer...but my kids sudah mula menunjukkan aksi2 yg menyebabkan aku harus stop di sini. InsyaAllah..will continue later. okay!!


Apa yg baik jadikan tauladan n ikhtibar...apa yg buruk jadikan sempadan. Akulah *AnaK PenoreH GetaH*



                         mak...terima kasih atas didikan dan doamu...



       mak abah...anak2 mu sedang berusaha utk membalas segala jasa n pengorbananmu...

 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, October 24, 2009

Friday, October 23, 2009

*Let It Be & Let It Go*

Life is full of test. Whatever happened don't ever look back. Learn from that mistakes and always bear in mind that Allah doesn't give more burden than we can bear. 

Let it be...there's something behind the test that we never know unless we face it first. We'll fell regret and hopeless...let it go...refer to Allah The Creator of that test...He knows the best.




Let it go...it'll make u stronger than before. Let it be...it'll make u think and act rasionally. Don't blame other people becoz it'll make u feel guilty...juz let it be & let it go... 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, October 20, 2009

Tanah==Air==Api==Angin

Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.

Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas

Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.


Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.


Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, October 19, 2009

AUFA IRDINA BT MOHD ZAKI





13 November 2006 @ 08:30 pm @ Hospital Besar Melaka ;
AUFA IRDINA selamat dilahirkan ke dunia oleh sy… lama jg sy dok dlm labour room…anak sulung kan…admit jam 9.30 pg…due date 10hb..tp aufa xnak kuar lg…x puas kot dok dlm perut mama… time tu baru buka 1cm sy da gie hospital…takut…so kena la thn ward 3 hr then br bersalin…normal delivery

Alhamdulillah…ntah brp kali ucapan tahmid tu sy ulangi tatkala aufa berjaya dilahirkan..syukur jg my hubby dpt masuk ke labour room utk menemaniku dan menyaksikan sendiri detik2 kelahiran aufa…eventhough dia x gie kursus pun… yg manisnya…nurse2 kat situ kata…sy lah patient yg paling bagus yg mereka pernah incharge…hehe…ntah…maybe x byk karenah kot…;p

Saat membesarkan aufa mmg mengujakan sy…sy mmg suka kan anak2 kecil…bila da ade anak sendiri mmg sy jaga mcm puteri diraja la… aufa seorg baby yg mudah utk dijaga…x byk karenah n senang nak bawa berjalan ke mana2…coz naik keta terus tido…






Bila aufa berusia 4 bln…sy terpaksa meminta pertolongan mak utk menjaga aufa sementara sy mengajar..at first mmg berat nak tinggalkan aufa but I have to…nasib baik sepanjang mak menjaga aufa…dia x meragam…kalau tak kesian jg kat mak…nak anta ke nursery mak x bagi..risau katanya…hmmm…tq very much mak for ur caring n concern…I love u mak…


Aufa 9 bln…sy mula menjaga aufa full time…coz sy dah pun berhenti mengajar…n time tu I’m preggy for a 2nd baby…sy tekad utk x menyesali segala decision yg telah dibuat n percaya kpd hikmah disebalik kejadian…at the same time I’m really happy coz dpt melihat perkembangan aufa from time to time..

Aufa mula meniarap seusia 4 bln…merangkak 7 bln…berjalan setahun…perkembangan yg normal…tp ape yg sy perhatikan…aufa seorg yg cukup bijak…dia mudah mempelajari n mengingati sesuatu dgn pantas…berbeza dgn kanak2 yg pernah sy damping…bkn nak memuji anak sendiri…:p…but that’s the reality…maybe masa ngandungkan dia sy suka sgt baca surah luqman…dlm byk2 surah al-Quran…surah luqman akan menjadi surah wajib…ntah…sy sukakan intipati surah luqman…sarat dgn nasihat…ade jg manfaatnya sy amik jurusan bahasa arab di uia dulu..sedikit sebanyak faham jg isi kandungan al-Quran…

Bln 11 ni aufa akan menjangkau usia 3 thn…da besar da dia…hmmm…semakin bijak menutur kata…semakin pandai membawa diri n berdikari…semakin pandai memilih kawan…dia suka muzik…ok ker tu…mama n baba dia pun lebih kurang jer…asyik2 minta sy belikan dia violin…huh, nanti yer aufa…nanti mama belikan…skrg blum blh lg…

Aufa skrg da pandai :
1) Kira 1-10 in malay n English…arab dlm proses..
2) Baca ABC…dgn iringan muzik buatan sendiri…hehe
3) Baca alif baa taa…pun dgn iringan muzik mama…;p
4) Menyanyi….antaranya…I love u…old mc Donald…baa baa black sheep…pussy cat…jujur amanah…mari kita bersenam…hmmm byk lagi la…lagu2 zikir pun layan jg dia…
5) Berkata-kata….mama…are u all right…mama…jgn gaduh2…adik..come on let’s go…very good…ahsanti…Alhamdulillah

…subhanallah…bye baba…see u…take care…oh no….
6) Bila sy sakit…mesti dia akan Tanya..mama..are u all right? Nk gie doctor? Can u imagine…how sweet she is..
7) Bila sy marah2 dia or adik dia or baba dia…nak tau ape dia ckp….mama…x baik gaduh2…hmmm
8) Bila dia selesai buat ape2..mesti dia nak sy ckp kat dia…very good…ahsanti…(nakkan pujian la tu)
9) Bila adik dia nangis or takut..dia pegi kat adik n peluk..n ckp…adik…xde ape2…kakak ade…terharu sungguh bila dgr dia ckp mcm tu…
10) Bila tgk citer sedih kat tv…muka dia tetiba jer berubah…sedih skali la tu…aufa…aufa…
11) Bezakan square…triangle…circle…has
il didikanku…
12) Rindu…kalau babanya lambat balik or out station…mula la dtg kat mama n said…mama…aufa rindu baba…kesiannya dgr..huhu
13) Kenal sumer kartun2 kat tv…mickey,Minnie,goofie,Do
nald,dibo,pocoyo,bob,noddy,wonderpets,diego,dora,spongebob,ultraman,hagemaru….byk tul kartun…ayat2 english sumer blaja dr kartun2 ni la…
14) Memilih baju…skrg ni nak pakai baju powerpuff girl jer..jenuh la mama
15) Sebelum makan wajib baca doa..kalau tak baca xnak makan…good girl

Inilah antara perkembangan positif aufa…bukan niat menunjuk2…Cuma sy ingin abadikan perkembangan dia dlm bentuk tulisan…I wanna share with u my experience in growing my kids…yg baik jdkan tauladan..yg buruk tlg perbetulkan n jdkan sempadan…doa sy semoga anak2 kita akan menjadi “someone” in future…someone yg akan membanggakan kita…someone yg akan mendoakan kita…someone yg akan memelihara warisan kita n yang paling penting…agama Islam…amiin












Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, October 17, 2009

WARKAH KEKASIH

Khas buat sayangku yg kucintai...

 "Tirai 2006 telah melabuhkan cerita suka duka, pahit getir, harapan, kepastian, kekecewaan, kehidupan kita berdua. 2006...datangnya insan yg kita nantikan setelah kian lama menanti...2006 membawa segala cerita pahit getir dalam meneruskan kehidupan,cerita suka duka, senyuman, gelak tawa, riang, air mata, mengenalkan diri kita masing-masing...

Kita zahirkan cinta pada setiap kali pertembungan mata...melambangkan betapa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Marah tak beerti membenci...rajuk tidak beerti membebani...jauh tak beerti memisahkan...diam tak beerti melepaskan...sibuk tak beerti melupai...masa tak beerti membatasi.

Cinta yg kupohon pada Ilahi agar dikurniakan kesetiaan yg abadi. Doa yg kupanjatkan agar hati mendiami ketenangan...kerana onak dan duri tidak pernah melupakan seharian hidup ini.

Kita akan tercabar...mungkin teruji...tetapi yg pasti kita tetap mendaki...gunung yg masih jauh puncaknya...lembaran 2007...hanya halangan di tengah pendakian...jangan sekali2 toleh ke bawah...betapa gayatnya terasa...goyah pendakian...

Antara kita...jangan sekali2 melepaskan tali ikatan...kerana jatuhnya amat dalam, gaung yg kita tak tau ape di bawahnya (akhirnya). Harapan...agar ikatan tali yg sedia ada meliliti diri kita...tetap tersimpul erat...walau makin usang tali itu...andainya terputus...pantas hulurkan tangan memaut...agar dapat kembali bersama...berkongsi pada tali yg ada...hanya ibarat bagi hidup, cinta, harapan kita berdua...

Dan berjanjilah pada diri kita...memastikan tali itu tidak terputus...walau antara kita ada yg jauh ketinggalan...dan tertinggal...."


Yg amat menghargai + mencintaimu.....

Suami-kekasih-bapa kpd anakmu

Yg suka...Yg duka...Yg rindu...Yg kecewa...Yg terguris...Yg menangis...Yg sakit...Yg disakiti...Yg mencintai...Yg pahit...Yg getir...Yg serik...Yg terjatuh...Yg bangun...Yg tersenyum...Yg berjuang...Yg menulis...Yg amat menyayangimu....MOHD ZAKI BIN AHMAD

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

LOVE & RESPECT

**Dan antara kesedihan itu ialah apabila engkau mencintai seseorang, akan tetapi si dia yang engkau cintai itu mencintai orang lain selainmu. Ataupun (kesedihan itu ialah) apabila engkau menghendaki perkara yang baik untuk seseorang, sebaliknya dia mahu menyakitimu** ( Syair Imam Syafie)

**Cinta hadir kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan...Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati...Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disaki...ti sebelumnya...Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan**

"Allah sentiasa memberi yang terbaik, namun adakalanya Allah memberikan sesuatu yang buruk bagi mencapai kebaikan itu"

Diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W : sebaik-baik ubat adalah al-Quran".

 

 

 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, October 7, 2009

Muhasabah diri....

aku adalah insan yg mempunyai 1 akal 9 nafsu... bagaimanakah akal yg satu itu berupaya utk melawan desakan 9 nafsu...bagaimana harus aku mendidik jiwa agar sentiasa bergabung tenaga dgn akal utk menentang kehendak dan kemahuan nafsu...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, October 3, 2009

The story is continued....

Salam....
orait..i'm free now...so we continue da story...:)

Bila sy buka sliding door...sy tny kat adik tu..."ni bkn rumah adik...rumah adik kat mane?" wah! direct to da point jer sy...dia juz wat isyarat mcm nak menulis...actually dia x blh berckp...i thought so...coz butir2 percakapan dia mmg x blh difahami unless dia wat isyarat tgn...

So sy pun cpt2 amik pen n kertas..bg kat adik tu..moga2 dia blh write something about his home or his family...unfortunately...dia juz conteng2 mcm my kids slalu buat...huh..what to do??? i pun beranikan diri buka grille n panggil kak nor(jiran sebelah rumah)...nasib baik kak nor ade..thanks kaknor

Kak Nor citer...Rupa2nya dia mmg slalu jer berjalan sorang2...rumah dia di taman seberang jln raya utama...juz imagine how he accrossed the road...bahaya betul...actually mak dia akan kurung dia..takut dia kuar sorang2..mcm yg terjadi hari ni...SO kaknor pun minta husband dia anta kanak2 down syndrome nie balik rumah...dia taknak!!! sy suruh dia pakai selipar pun dia taknak..duduk jer kat buaian depan rumah sy...aduii...husband kaknor pun pegi la ke taman sebelah utk informed to his mother...beruntungnya dpt jiran mcm kak nor...:)

About 15 minutes later...mak si kanak2 ni pun sampai...puas dah si mak ni cari anak dia di merata tempat...ape yg sy tgk si mak ni garang betul dgn anak dia...dah la budak tu down
syndrome ...mane la tau ape2...what a pity!...budak tu pun mcm takut2 jer dgn mak dia...mak dia suruh balik baru la dia ikut...kesian pulak sy tgk!!!

Fuhhh lega rasanya bila da settle problem...n terfikir about DOWN SYNDROME...knp ek jd mcm tu? dr segi sains...down syndrome ni disebabkan oleh kecacatan kromosom...sy pernah la juga dgr org kata...kalau bersetubuh semasa haid...hasilnya adalah anak down syndrome..wallaahua'alam...lg pun bersetubuh semasa haid kan haram hukumnya...na'uuzubillahi min zalik...

oklah...enough for today...see u in da next entry...take care...bye




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Assalamualaikum n salam sejahtera

Still in raya mode ; Eid Mubarak 1430H....:) Actually today i got an invitation of open house...tp segan la nak pegi...x la jauh sgt...sebelah rumah jer...;p my hubby xde...busy with convocation at ump...sorry ei kak nor

Pagi td..dalam jam 10:30 tetiba jer ade org try nak buka grille...so suspen...yelah time tu br je bgn tido...my kids yg br bgn..i awal2 da bgn tido..;p...continue da story...bayang2 mcm budak kecik...hmmm ni mesti silap rumah ni...sy pun gie la jenguk...aduhhh...kanak2 sindrom down...yg kelakarnyer boleh pulak sy lari mcm org ketakutan...hahaha...time tu sy fikir agaknya jelmaan ker..mane la tau...mula la perasaan takut tu dtg...(i mmg penakut)...kelam kabut amik tudung...at da same time thinking what i'm supposed to do...(tuk-tuk-tuk)...aduhhh dia ketuk sliding door pulaaak... sy pandang anak2...aik diorg mcm x takut jer! mama lak yg over!

Alhamdulillah perasaan belas kasihan tetiba menyelubungi diri...melebihi perasaan takut...hmmm sy pun pegi kat pintu n buka sliding door (grille xnak buka)...strategy to protect myself n kids...hehe...sy pun tny la adik tu...

(alamakkk baju melayu hubby lom iron...dia nak pakai mlm ni...n i lom solat asar...take a break key...bila da free nanti i'll continue da story....sorry)

wassalam...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...