AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, July 30, 2010

~*khutbah terakhir Rasulullah SAW*~

Baca dan amati pesanan demi pesanan yang dititipkan oleh Rasul Junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW kepada ummat yang amat Baginda sayangi :
 
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan... Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu . Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru . Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya . Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya . Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu"
 
Hayati juga nasyid ini yang menceritakan saat2 pemergian Rasulullah SAW :

pemergianmu by inteam

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*siksaan bagi orang yang meninggalkan solat*~

Sebagaimana yang kita sedia maklum sebagai Muslim, solat atau sembahyang merupakan ibadah fardhu ain yang wajib kita tunaikan 5 waktu sehari semalam. Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas seorang insan itu mengaku sebagai Muslim.  Solat juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah Taala di Akhirat kelak. 

Kaabah : qiblat ummat Islam
 
Orang yang tidak sembahyang akan disiksa dengan 15 siksaan ; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 siksa tatkala hendak mati, 3 siksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 siksa lagi di hari Qiamat.

6 SIKSAAN KETIKA DI DUNIA :

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.

2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang soleh daripada mukanya.
 
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
 
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
 
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
 
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.
 
 
3 SIKSAAN KETIKA HENDAK MATI :

1. Dia mati dalam kehinaan.
 
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.

3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.


3 SIKSAAN KETIKA DI ALAM KUBUR :

1. Disempitkan kuburnya.

2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya di dalam bara api itu.

3. Allah mengerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu ‘SHAJKUL AKRAK’ dan ular itu akan berkata, “Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari Qiamat.

 
3 SIKSAAN DI HARI QIAMAT :

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.

2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.

3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Apa yang membawa kamu ke neraka?” Mereka menjawab, “Kami tidak sembahyang.”


Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu, seksanya umpama:-

Subuh:

Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.
 
Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.
 
Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.
 
Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.
 
Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.
 
Ada petikan cerita yang di tulis oleh Nur Majidah bt Yahya yang saya ambil dari portal rasmi Jabatan Agama Islam Perak mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan solat :
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,
"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,
"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya :
1.Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya..

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, July 29, 2010

~*luahan rasa sempena Ramadhan*~

Esok genap 4 bulan usia kandungan nie...harap2nya hilanglah segala alahan yang ada nie. Sungguh tidak larat! Sampai ke hari nie still takde selera nak makan..that's why badan nie tak bertenaga. Aduhai...moga Allah mengampunkan segala dosa2 hambaNya ini...ameen.


Tak berapa hari jer lagi Ramadhan al-mubarak akan bertamu. Tak sabar menanti ketibaannya...saya tengok semua pun rasa begitu...al-maklumlah dalam tempoh sebulan makhluk Allah yang bergelar iblis n syaitan akan diikat agar tidak mengganggu perjalanan ibadah makhluk Allah yang bergelar insan...Ya Rahman Ya Raheem...Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...sentiasa memberi peluang kepada insan untuk mendekatkan diri kepadaMu, menyucikan diri, menambah amalan dan mendidik diri tanpa ada gangguan kecuali gangguan nafsu yang sedia ada menghuni dalam diri insan...Terima Kasih Ilahi....

Oleh kerana saya dalam tempoh hamil sekarang, so saya mempunyai keistimewaan untuk melengkapkan jadual puasa saya selama 30 hari tanpa rehat! Tapi......sungguh merisaukan jika tenaga dan kesihatan saya terganggu sepanjang Ramadhan nanti...terlepaslah peluang saya untuk meraih seberapa banyak amalan n ibadah untuk dijadikan bekalan di Akhirat kelak...moga diri ini diberi kesihatan yang selayaknya...ameen.

Oh ya!! Saya ada satu lagi azam sempena Ramadhan kali ini...errrmmm saya nak belajar makan KURMA. Pelik kan! memang saya tak boleh nak telan buah kurma, kismis n prun. Memanglah rasa rugi yang teramat sebab kurma kan makanan istimewa Nabi Muhammad SAW, dan banyak khasiat lg!

Harap2 dapat juga khatam 30 juzu' al-Quran, solat terawih dan qiyamullail. Ada member2 saya yang dah berpuluh2 kali khatam al-Quran..kagumnya dgn mereka...saya sendiri...errrmmm adalah berkali2..tapi belum sampai puluh2 lagi... :)




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, July 22, 2010

~*perempuan di sangka lelaki*~

Tiba2 jer teringat satu kenangan yang sudah 18 tahun berlalu, namun kenangan itu memang sentiasa segar di ingatan. Masa tu saya berusia 12 tahun, penghujung tahun 1992. Ceritanya begini.........................

Pada tahun 1992 saya telah terpilih sebagai pelajar cemerlang Sekolah kebangsaan Ayer Limau, Masjid Tanah Melaka kerana memperoleh keputusan terbaik dalam UPSR dan peperiksaan akhir tahun. Jadi saya pun ditawarkan untuk memasuki sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah yang ditawarkan adalah Sekolah Tinggi Melaka. Pada mulanya saya memang taknak pergi ke sekolah tersebut, hajat di hati nak sama2 dengan kawan baik saya  pada ketika itu untuk bersekolah di Sekolah Menengah Arab Al-Ehya El-Karim Tanjung Bidara, Melaka. Namun begitu, kuasa veto bukanlah di tangan saya..keluarga menyuruh saya menerima tawaran untuk meneruskan pengajian di Sekolah Tinggi Melaka.

Tibalah hari yang dinanti..hari pendaftaran ke sekolah baru, alam baru. Malangnya mak abah tak dapat menghantar saya ke sana kerana pada hari tersebut mak abah pergi ke Kedah untuk menghantar kakak yang baru sahaja mendapat tawaran ke Institut Perguruan Darul Aman. Jadi, yang menghantar saya pada hari tersebut adalah abang saya dan sepupu saya yg juga seorang guru. Kami pun terus pergi ke Sekolah Tinggi (P) Melaka yang terletak di Durian Daun, Melaka. Setibanya di sana kami terus ke bahagian pendaftaran. Malangnya nama saya tiada dalam senarai pelajar baru yang akan mendaftar masuk. Masa tu saya kecil lagi..semuanya abang dan sepupu yang uruskan. Tugas saya hanya mendengar dan mengikut arahan. Jadi bila dah takde nama kami pun pergi ke Sekolah Tinggi (L) Melaka...manalah tahu kot2 nama saya tercampak ke sekolah lelaki. Hahaha..memang betul pun! Nama saya tersenarai di bahagian pendaftaran Sekolah Tinggi (L) Melaka...aduhai macamana la boleh silap! Patutlah dalam surat tawaran hanya ada nama saya sahaja...tiada bin atau binti..malah nama abah saya pun takde!!. Kan dah jadi cerita hangat!!! Bayangkanlah kalau saya seorang jer pelajar perempuan di sekolah tu...mati saya dibuatnya! Ataupun tak pasal2 saya jadi tomboy pulak! (walaupun memang pada waktu itu saya memang kelihatan boyish..lasak!)

Kalau kamu lihat nama penuh saya...NOR SALFARIZAN...agak2nya macam nama lelaki ker??? Dah sah2 ada NOR kat depan tu kan dah menunjukkan nama perempuan. Memang saja jer tau diorg nie...memang sampai sekarang semua orang tak pernah lupa dengan peristiwa ini. Sampai sekarang pun ada juga yang mengusik2 saya dengan cerita kenangan nie...hehehe. Tapi saya sedikit pun tak marah...

 MEKAR di hati...

At last, hikmahnya dapat juga saya bersekolah di Mahad Al-Ehya El-Karim (MEKAR), lagipun saya turut ditawarkan untuk bersekolah di sana memandangkan saya juga pelajar cemerlang untuk sekolah agama. Hehehe..itulah antara kenangan yang takkan saya lupakan.....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, July 21, 2010

sebelum beli harga lain, bila bayar harga lain pulak!!!

Baru2 nie sy mengikut suami pergi ke Kuala Lumpur selama tiga hari. Kami menginap di 'rumah hinggap' kami yg terletak di Pandan Indah....rumah kakak saya...hehe. Bila dah berada di KL...memang tak lengkaplah kalau kami tak menjelajah tempat2 'wajib' kami setiap kali datang ke KL...hehe. Antara tempat wajib kami adalah Jusco Wangsa Maju dan Alamanda Putrajaya. Walaupun takde apa2 pun nak beli kami akan tetap pergi ke sana untuk mencuci mata dan menguruskan kaki...hahaha.

 kami yg shy2 cat! ;D

Actually bukanlah tempat2 ini yg menjadi topik saya untuk entri ini. Tapi saya ingin kongsikan pengalaman yang berkaitan dengan membeli, membayar, harga barang dan sikap. Ada 3 cerita yang ingin saya kongsikan di sini yang berlaku pd saya sepanjang saya berada di KL selama 3 hari :

1. Berlaku di Carreour Ampang. Harga sepasang baju bayi yang hendak di beli adalah RM25 pada tanda harga. Tapi bila discan di kaunter pembayaran harga baju itu menjadi RM55...barcode yang sama dgn yang telah dilabelkan pada baju. Kami hanya perasan perbezaan harga ini setelah pulang ke rumah dan meneliti  resit pembelian. Bayangkanlah...kami dah rugi RM30!! Memang tak munasabah langsung!! Jadi, keesokan harinya adik saya pun pergi semula ke Carrefour Ampang untuk menuntut kerugian kami..(sebab baju baby tu baju anak dia..so dialah yg kena pergi..hehe). Alhamdulillah...kami dapat semula RM30 itu... :)

2. Berlaku di Carrefour Ampang juga. Harga sepasang baju tidur kanak2 yang hendak dibeli adalah RM29.90. Anak budak tu....(sapalah agaknya ye???? hehe) ada 2 orang..jadi kenalah beli 2 pasang baju. Jumlahnya RM59.80. Bila nak bayar di kaunter..malangnya ada masalah pulak! Barcode tak boleh nak scan...so cashier in charged pun contact PIC untuk settlekan problem yang ada. Agaknya lama sgt menunggu...(mmg lama pun!)...si cashier tu pun panggil staff yg kebetulan lau di situ untuk membantu dia mencari baju yang sejenis dengannya utk di scan. Lebih kurang 10 minit jg menunggu..then barulah ok. Bila balik rumah n check resit...aiyooo problem lg!!! Rupa2nya harga yang di scan x sama dengan harga sebenar baju yang saya beli. Harga yang si scan adalah RM19.90x2= RM 39.80. So saya untung RM20!!! Tapi...saya tak refer pun pada Carrefour....jahat tak saya??? Saya anggapkan itu harga yang perlu mereka bayar kerana saya menunggu lama...hehehe...

3. Berlaku di Parkson Alamanda Putrajaya. Semasa di kaunter pembayaran saya tengok cashier tu macam ada buat silap. Instinct saya selalunya tepat tau! betul...hehe. So saya tunggu dia settlekan semuanya n saya bayar n saya pun segera tengok resit. Memang betul!!!! Cashier tu terlupa or terlepas pandang..kalaulah saya buat dunno jer memang rugilah Parkson RM30!!! Well, saya pun bukannya orang jahat..n taknak ulangi sikap jahat saya...dengan jujurnya saya pun pergi semula ke kaunter n terangkan pd mereka...settled!!!


Pengajaran buat saya n mungkin untuk kamu. Teliti setiap apa yang kita ingin lakukan, apa yang orang sekeliling kita lakukan dan semua yang ada kaitan dengan kita. Insha Allah kita takkan rugi...hehehe.


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, July 15, 2010

~*macam-macam cerita (2 macam jer..;p)*~

Cerita 1

Malam tadi baru mula makan Salindah, produk khas untuk ibu mengandung hinggalah bersalin. Nasib baik boleh beli satu2..coz ada kedai yang tak jual satu2. Saja nak cuba dulu coz dah tak tahan dengan alahan yang betul2 mengganggu plus kesian dengan Aufas yang agak terabai...(suami pun!.;p ). Sebelum membeli produk Salindah nie saya ada la buat research sikit2 coz sebelum nie saya biasa menggunakan produk Sendayu Tinggi. So bila sampai ke kedai jamu yang terletak di Kuantan Parade saya terus merujuk kepada pembantu kedai tersebut. 
Saya : Dik, kat sini produk Salindah boleh beli satu2 tak?
P/K : Boleh kak...akak dah berapa bulan?
Saya : Akak dah 3 bulan...
 P/K : Kalau macam tu akak kena ambil B2. Sekejap yea...
 Malangnya B2 sudah kehabisan stok. Mujurlah saya dan suami ternampak ada satu kotak Salindah yang masih belum dibuka di barisan hadapan kedai itu. Hehehe..kami dah malas nak cari ke tempat lain, dengan rela hati Tauke kedai meminta pembantunya membuka pek yang baru...bagus betul Tauke tu..pandai jaga hati custumer..;p

Then, nak dijadikan cerita...si pembantu kedai nie merujuk harga di booklet Salindah. B2 harganya RM38...so saya yang penuh dengan semangat inkuiri meminjam booklet itu untuk mendapatkan sedikit info yang mungkin saya belum tahu lg. Huh!! nasib baik saya tergerak hati nak pinjam booklet tersebut..rupa2nya pembantu kedai tu salah bagi ubat!! Supposed saya kena makan B1 bukan B2. Adoiii bahaya tau kalau salah bagi ubat nie...B1 untuk usia kandungan 12 minggu hingga 23 minggu...kandungan saya baru 13 minggu. sedangkan B2 untuk usia kandungan 24 minggu! Kalaulah ada yang main beli jer tanpa betul2 merujuk pada booklet tersebut..kan bahaya tu!! Nak jer sound pembantu kedai tu..tapi saya belum biasa nak sound2 orang nie..hehe..so juz bgtau jer baik2 dgn dia yg dia silap bagi ubat...harga B1 RM46...bagi RM50 kat Tauke kedai dia pulangkan balance RM5...isshhh salah kira ker nie...keluh hati saya. Rupa2nya Tauke tu ada niat nak sedekah...errmm murah rezeki... :)

**Kalau beli satu2..harganya mahal...satu set tu mencecah RM439. Kalau beli 1 set harganya RM370..jauh beza kan..nampaknya saya kena beli 1 set la gini...jika ada yang nak tahu lebih lanjut tentang produk Salindah, boleh klik link ini.


Cerita 2

Selepas membeli produk Salindah, kami pun bergegas pergi ke klinik al-Farabi yang terletak di Pekan Jaya Gading. Sebelum turun dari kereta saya ingin mengeluarkan IC dari wallet supaya taklah kalut nanti. Alangkah terperanjatnya bila IC saya takde dalam wallet! Allahu Rabbi..mana pulak letaknya IC ku ini??? Suami pun check dalam wallet dia..takde juga! Aiyooo...fikir punya fikir......baru teringat lebih kurang 2 minggu lepas saya ada kepilkan IC dalam satu fail untuk difotostat...tapi tak jadi nak fotostat. Then terus terlupa nak ambil IC n simpan semula dalam wallet. Punyalah sakan saya berjalan sepanjang 2 minggu nie..rupa2nya tak bawa IC...kalaulah ada apa2 yang berlaku kan susah! Nasib baik juga kami tak pergi jalan2 luar dari Kuantan...Errrmmm sudahnya tak pergi pun ke klinik..postpone..hari nie insha Allah kalau takde aral yang melintang....

Kad pengenalan dolu2..mak abah saya punya IC mcm nie la dulu...
yg dalam IC nie sebijik mcm rupa abah saya... :)

 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, July 13, 2010

~*hanya yang pernah mengalami akan memahami*~

Sekarang ini saya seperti mahu menangis akibat penangan alahan yang begitu melemahkan badan. Dua pengalaman lepas saya hadapinya dengan bertemankan famili di kampung..kali nie hanya bersama suami yg memang sibuk dgn kerja dan anak2 yang 24-7 bersama saya. Alahan yang saya alami untuk kali ketiga ini berbeza sungguh dengan 2 pengalaman lepas...kali ini saya tidak muntah2...cuma terasa mual n pening, tenaga agak berkurangan dan cepat penat. Selera makan memang tertutup...kecuali buah2an dan sayur2an. Pernah saya meminta suami untuk membelikan paru (tak tahu negeri lain panggil apa benda nie), kononnya saya teringin sangat nak makan untuk menambah darah yang mengikut perkiraan saya ada kemungkinan saya ada masalah dengan darah (mengandung yang pertama mengalaminya), tapi...hanya suku saja daripada paru tersebut saya makan...selebihnya saya tak boleh nak terima. Sudahnya..sampai ke hari ini ada lagi tersimpan paru itu dalam peti ais! Saya hanya bergantung pada susu, milo dan roti...

Saya berasa sangat kasihan pada puteri2 kesayangan saya tu..waktu mereka banyak dihabiskan dengan bermain sesama mereka tanpa perhatian mama mereka. Saya pula banyak habiskan masa di dalam bilik sambil berbaring, kalau takpun saya akan duduk di meja mengadap laptop. Kerja2 di rumah pun banyak yang tertangguh2. Sungguh tidak larat...cepatlah tiba minggu ke-14. Mengikut pembacaan saya, menjelang minggu ke-14 kehamilan, alahan akan beransur2 hilang dan selera makan akan kembali normal. Memang merisaukan saya kerana dalam minggu ini saja berat badan saya berkurangan sebanyak 2kg (tapi still gemuk jg!). Tapi kan..yang menjadi tanda tanya adalah..bila suami ajak keluar jalan2, terus saya segar n sihat! serius! Tapi sekejap je la...tak lama lepas tu 'penyakit' ni datang semula...

Orang kata kalau alahannya tak sama dengan yang lepas2, adakah bermakna saya bakal mendapat seorang putera??? Ermm sama2 kita tunggu ya... :) Actually saya sengaja larikan fokus saya kepada 'penyakit' ni..tu yang terluah perasaan pulak petang2 yang redup nie...btw memang berjaya mengalihkan perhatian n taklah rasa macam nak collapse. Okay lah..nothing's more to say..done2 terus blank! hehe...nak berehat sekejap sebelum solat asar n tunggu suami pulang.....babai semua... Jaga diri hiasi peribadi... :)

errmmm sama2 kita layan lagu shahir nyanyian Aufa Qistina dan dibackup oleh Aufa Irdina..;p



tak tau macaman nak adjust klip nie supaya tak senget..

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*trimester kedua kehamilan*~

Trimester Kedua


Minggu ke-13

Tahniah! Anda telah memasuki trimester ke-dua dimana pada mereka yang mengalami morning sickness mula berkurangan.

Pertumbuhan bayi pula sangat cepat ketika ini. Panjang bayi telah berganda daripada panjangnya di usia 7 minggu. Ianya berukuran lebih kurang 2½ hingga 3 inci panjang dan beratnya pula mencapai 13-20 gram dan secara kasarnya besarnya sebiji buah peach. Satu perubahan yang menarik adalah kepala bayi sama besar dengan badannya. Ini menunjukkan pertumbuhan otak bayi amat pesat waktu ini. 

Pada minggu ke-21 nanti, kepala bayi satu per tiga daripada badannya dan apabila lahir kelak kepala bayi satu per empat daripada badannya. Wajah bayi ketika ini hampir menyamai seorang manusia sekarang dimana matanya sudah mula membentuk dan wajahnya mula terbentuk. Genitalia luar pula membentuk dan ketika ini bayi boleh dibezakan samada lelaki atau perempuan. Peti suara bayi juga mula terhasil ketika ini. Tangan bayi juga mula membentuk struktur dimana 27 ketul tulang disatukan menjadi bentuk tangan. Bagitu juga dengan kaki bayi dan juga jari-jemari mula membentuk termasuk tumit bayi.


Minggu ke-14

Kini anda mula merasa bertenaga daripada minggu-minggu di trimester pertama. Trimester kedua adalah masa yang amat santai dan merasa lapang menikmati kehidupan kehamilan anda. Semoga rasa loya dan keletihan yang dilalui semasa trimester pertama menjadi satu kenangan dan inilah masa anda seronok menikmati kehamilan anda.

Di trimester pertama fokus adalah lebih kepada pertumbuhan kepada sistem-sistem badan janin yang pelbagai dan trimester kedua lebih memberi fokus kepada pertumbuhan janin. Proses pembentukan bayi akan menjadi lebih aktif pada ketika ini. Dalam satu bulan ini, bayi anda akan menggandakan panjangnya dan menggandakan sehingga empat kali ganda berat badannya. Telinga bayi telah berpindah daripada bahagian leher ke bahagian kepalanya. Matanya juga beransur-ansur berpindah kedudukannya daripada bahagian sebelah kepala ke bahagian hadapan muka bayi. Leher bayi mula panjang dari asalnya dan dagunya tidak lagi menyentuh dada. Seksual bayi juga berkembang. Ia menjadi lebih ketara bagi menceritakan samada bayi tersebut bayi lelaki atau perempuan.

Saiz bayi kini sebesar penumbuk anda pada kira-kira 4 inci atau 9cm panjang manakala beratnya pula mencecah 25 gram. Ada alat-alat khas yang boleh mendengarkan jantung bayi anda.


Minggu ke-15

Sekarang perut anda sudah mulai membuncit dan akan kelihatan seperti ibu-ibu hamil lain. Mungkin anda juga merasa kurang selesa dengan perubahan tersebut.

Bayi kini berukuran 4½ inci panjang dan beratnya pula kurang 2 auns. Kulit bayi ketika ini lutsinar dan ditutup dengan rambut lembut yang dipanggil lanugo. Bayi anda bergerak aktif tetapi anda masih belum merasai pergerakan tersebut sehingga beberapa minggu lagi. Pada masa ini bayi anda mungkin menhisap jarinya!

Matanya masih lagi dalam proses pergerakan ke bahagian tengah muka yang masih luas jaraknya. Cuping telinga mula membentuk dengan pesat. Tulang-tulang juga mula terbentuk. Jika satu sinar X dibuat, rangka bayi anda boleh kelihatan. Bayi anda akan menyamai rupa manusia dalam beberapa hari ini.


Minggu ke-16

Kini anda mungkin mula serius mencari pakaian hamil di pusat membeli-belah. Ketika ini juga adalah masa untuk anda membezakan pergerakan bayi ataupun angin di dalam perut anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya tentang perubahan kulit dan rambut anda yang mengalami sedikit perubahan.

Bayi anda sedang berenag di dalam satu kolam kecil cecair amnion (Kira-kira satu cawan bendalir yang telah terkumpul pada peringkat ini). Bendalir ini memainkan satu peranan penting dalam pembentukan bayi anda iaitu untuk system pulmonari. Cecair amnion itu membolehkan bayi anda menghirup utero memasuki paru-paru bayi. Bendalir tersebut memberi perlindungan untuk bayi sebagai antiseptic untuk menyekat pertumbuhan bacteria. Oleh itu bayi dapat dilindungi sebelum ia dilahirkan. Tali pusat bayi terlekap di bahagian bawah badan bayi. Kakinya lebih panjang daripada tangan dan ini boleh dilihat di mesen pengimbas (ultrasound). Sesetengah wanita dapat merasakan pergerakan bayi pada ketika ini tetapi mungkin agak keliru dengan rasa angin dalam badan. Panjang bayi kini mencapai 11.5cm manakala beratnya 80gram.


Minggu ke-17

Sekarang anda sudah berada pada pertengahan trimester kedua. Anda mungkin mencari beberapa maklumat yang berkaitan dengan kehamilan seperti kaki kejang dan sebagainya. Ini adalah satu proses biasa semasa kehamilan. Anda juga mungkin merasakan sesak nafas dan sembelit dalam beberapa tempoh masa ini.

Bayi anda kini berukuran 11-12cm panjang dan beratnya mencecah 100gram. Anggaran besarnya sebesar tapak tangan. Lemak atau tisu adipos mula membentuk dalam permulaan minggu ini dan hingga ke beberapa hari berikutnya. Lemak adalah penting untuk pengeluaran haba dan metabolisme. Air dalam badan bayi kini sebanyak 89 gram. Jika bayi anda adalah bayi perempuan, tiub fallopian sedang terbentuk. Jika sesetengah daripada ibu hamil masih belum merasa pergerakan bayi, anda akan merasainya tidak lama lagi. Pergerakan ini mungkin tidak dirasai setiap hari tetapi semakin hari anda akan merasa kekerapan pergerakan tersebut.


Minggu ke-18

Kebanyakan wanita hamil tidak sabar-sabar untuk melakukan ultrasound bagi melihat perkembangan bayi anda. Sebaiknya kosongkan pundit kencing anda sebelum melakukan ultrasound bagi mendapatkan imej yang jelas kerana pundit kencing yg dipenuhi air memaparkan imej gelap dan kadang-kadang menghalang imej bayi.


Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini memasuki 14cm panjang manakala beratnya pula kira-kira 150 gram. Bayi anda menyambung pertumbuhannya tetapi pertumbuhannya sedikit perlahan. Bayi kini mempunyai rupa bentuk manusia normal. Bulu badannya menjadi lebih kesat. Bulu matanya pula mula tumbuh pada kelopak mata bayi. Bibir mula terbentuk. Tunas rasa mula terbina. Tidak kira jantinanya, bayi kini mula membentuk puting pada bahagian atas dada. Ketebalan plasenta kini kira-kira setengah inci dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia akan menjadi 1½ inci tebal.

Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda sepatutnya naik sekitar 4.5 – 5.8 kilogram. Bagaimanapun ianya berbeza dari individu kepada individu lain. Jika didapati berat badan anda tidak naik sperti julat tersebut, cepat-cepat lah rujuk kepada doktor anda. Anda masih ada separuh lagi masa kehamilan untuk berat badan meningkat naik. Pilihla makanan yang mengandungi nutrisi yang baik. Mungkin anda akan kerap merasa lapar daripada sebelum kehamilan. Dengan itu ambillah makanan ringan yang berkhasiat setiap 2-3 jam dimana ia mampu membekalkan makanan yang cukup untuk bayi anda.

Pengambilan nutrisi anda.
Zat besi adalah penting semasa kehamilan. Kira-kira 30mg sehari zat besi diperlukan bagi memenuhi keperluan yang semakin bertambah disebabkan peningkatan isipadu darah dalam badan. Elakkan minum kopi, the atau coca-cola sewaktu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi kerana ianya mampu menghalang badan daripada menyerap zat besi yang diperlukan. Jika anda merasa letih, kepeningan atau sembelit atau anda senang jatuh sakit, itu bermakna anda mungkin kekurangan zat besi. Satu cara mudah untuk mengenalpasti samada anda kekurangan zat besi atau tidak, cuba periksa bawah mata anda. Jika anda cukup zat besi, ianya patut bewarna merah muda gelap. Bahagian bawah pada kuku anda juga patutnya bewarna merah muda.

Biasanya hanya 10 – 15% zat besi yang anda makan akan diserap oleh badan. Zat besi diperlukan setiap hari bagi mengekalkan zat besi di dalam badan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah ayam, daging merah, organ dalaman haiwan (Hati, buah pinggang, jantung), kuning telur, bayam, kubis dan tauhu. Gabungan makanan zat besi bersama vitamin C mampu memastikan badan menyerap zat-zat tersebut dengan lebih baik. Contohnya gabungan makanan salad bayam dimakan bersama dengan jus oren. Jika anda mengambil makanan yang kaya dengan zat-zat anda tidak memerlukan ubat-ubatan sebagai makanan tambahan. Tetapi ianya harus berbincang dengan doktor supaya ia dapat mengimbangkan keperluan nutrisi badan.

Minggu ke-19

Anda mungkin telah biasa dengan perubahan bentuk tubuh badan baru. Namun mungkin ada yang merasa bimbang jika perut anda terlanggar dengan apa-apa objek sementara anda belajar untuk mengimbanginya. Jangan bimbang dengan bayi anda di dalam tubuh anda kerana ianya dilindungi terhadap perlanggaran atau lebam-lebam.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran kira-kira 6 inci atau 15cm panjang dan berat kira-kira 200 gram. Pada peringkat ini, kalenjar minyak sedang mengeluarkan verniks iaitu satu lapisan putih yang mengelilingi badan bayi sebelum ia dilahirkan.


Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda pada masa ini antara 3.6 – 6.3kg. Daripada berat ini, hanya 200 gram sahaja berat bayi anda. Selebihnya adalah plasenta kira-kira 170 gram, pundit amnion kira-kira 320 gram, berat uterus kira-kira 320 gram, berat buah dada anda lebih kurang 180 gram setiap satu. Selainnya adalah pertambahan darah di dalam badan anda. Jantung anda pula sedang bekerja dua kali ganda mengikut keperluan darah yang sedang meningkat. Uterus dan kulit anda memerlukan dua kali ganda darah daripada sebelum anda hamil dan keperluan untuk buah pinggang pula sekitar 25 peratus.

Pengambilan nutrisi anda – Penggunaan herba semasa kehamilan.
Mungkin sebelum ini anda pernah menggunakan herba-herba dan botanicals, pil-pil atau serbuk untuk merawat penyakit. Kini setelah anda hamil, langkah yang bijak ialah meninggalkan kesemua herba-herba tersebut tanpa nasihat doctor. Mungkin daripada anda percaya bahawa herba-herba adalah selamat dan oleh itu anda terus menggunakannya tetapi ia boleh mendatangkan bahaya pengambilan semasa hamil. Bebarapa herba boleh mengganggu usus-usus serta bayi. Oleh itu setiap pengambilan herba mestilah mendapat nasihat doctor terlebih dahulu.


Minggu ke-20

Tahniah! Anda telah memasuki separuh masa kehamilan! Keseluruhan kehamilan adalah 40 minggu. Kehamilan anda kini tidak boleh disorok lagi. Malah anda mungkin mendapat perhatian daripada orang awam jika anda ke bank, naik LRT atau sebagainya kerana mereka akan memberi laluan kepada wanita mengandung. Itupun jika mereka mempunyai perasaan sedemikian.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai panjang hampir 16cm dan beratnya pula dalam 260gram. Kulit pada badan bayi mulai tumbuh kepada dua lapisan epidermis dan dermis. Epidermis adalah lapisan kulit luar manakala dermis adalah lapisan kulit yang lebih dalam. Verniks pula memberi perlindungan pada bayi daripada cecair amnion dimana bayi anda akan berada disitu untuk beberapa bulan lagi. Rerambut pula akan mula tumbuh sekitar minggu 12-14 dan ianya tumbuh daripada epidermis. Rambut yang mula tumbuh adalah sekitar atas bibir dan kening bayi. Rerambut ini ada digantikan dengan rambut yang lebih tebal iaitu follicles yang baru. Bayi anda kini mampu membuat beberapa pergerakan dan mula menggengam tangannya, membuat geselan dan pelbagai pergerakan yang masih belum dapat dikawal oleh otaknya.

Apa yang berlaku pada anda?
Dibahagian abdomen anda mungkin terdapat garis gelap ‘linea nigra’ diantara pusat ke bahagian pubis anda. Ia biasanya memanjang keatas ekoran daripada pembesaran uterus anda. Garisan ini adalah disebabkan oleh perubahan hormone dan akan hilang selepas bersalin nanti. Perkembangan uterus anda menjadi tidak sekata pada waktu ini dan biasanya akan lebih nalar selepas minggu ke-20.

Pengambilan nutrisi anda – Pemanis buatan
Ada sesetengah wanita mengamalkan diet dengan mengambil pemanis buatan. Aspartame dan saccharin adalah pemanis buatan yang biasa digunakan di dalam makanan atau minuman.

Aspartame adalah kombinasi phenylalanine dan aspartic acid, kedua-duanya adalah asid amino. Kandungan itu mungkin boleh mengganggu keselamatan kandungan. Anda perlu bijak menggantikan makanan yang tidak mengandungi pemanis. Hadkan semua pemanis tiruan.

Saccarin pula tidak digunakan secara meluas sebelum ini. Bagaimanapun sesetengah makanan atau minuman mengandungi saccarin. Penggunaannya semasa kehamilan adalah tidak begitu selamat dan jalan yang terbaik adalah mengelak semua pemanis buatan.


Minggu ke-21

Apabila anda berada dalam separuh masa kedua kandungan, bolehlah anda travel kemana-mana yang anda suka sebelum bayi lahir.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran 7½ inci panjang atau 18cm daripada kepala ke punggung dan 10 inci atau 25cm daripada kepala ke kaki. Beratnya pula sekitar 300gram. Dari takat ini, bayi akan mula menumpukan beratnya daripada saiz panjangnya. Bayi akan dua kali ganda lebih panjang nanti tetapi beratnya tetapi beratnya akan meningkat sehingga 12 kali ganda sebelum kelahiran. Bayi membesar dengan perlahan tetapi sistem-sistem organ bayi akan mula matang.

Pada masa ini, sistem penghadaman bayi sudah mampu untuk menelan cecair amnion. Setelah menelan, bayi akan menyerap banyak air dan lebihan air tersebut akan disalurkan ke usus besar. Para pengkaji percaya, dengan menelan cecair amnion tersebut kemungkinan dapat membantu dalam pertumbuhan dan pembangunan sistem penghadaman bayi untuk berfungsi dengan baik apabila kelahirannya kelak. Kajian menunjukkan bayi mungkin menelan cecair sebanyak 500ml dalam tempoh 24 jam. Nutrien penting yang terdapat dalam cecair amnion akan disalurkan kepada bayi.

Apa yang berlaku pada anda?
Dengan bertambahnya pertumbuhan uterus, bahagian lain dalam tubuh juga terus bertambah dan berubah. Anda mungkin mendapati kaki anda bengkak. Tambahan berat anda pula seharusnya dalam lingkungan 4.5kg – 6.3kg. Lilitan pinggang anda juga sudah membesar dan saat ini anda tidak berupaya menyembunyikan ’perut’ anda dari orang lain. Kadang-kadang anda mungkin merasa panas dari hari-hari biasa akibat perubahan metabolik dalam badan. Kerapkan mandi boleh mengurangkan rasa panas tersebut.

Pengambilan nutrisi anda – Mengidam
Sesetengah wanita mengalami keinginan sesuatu terhadap makanan – mengidam. Mengidam ini telah lama wujud dan ianya dianggap sebagai satu tanda yang tidak khusus/tidak wajib dalam kehamilan. Mengidam ini boleh jadi baik dan boleh jadi buruk. Jika makanan yang anda idamkan itu satu makanan yang berkahsiat, makan dalam kadar sederhana dan jika anda mengidam makanan berlemak, kandungan gula yang tinggi, makanan rapu, berhati-hatilah! Makan sedikit tetapi jangan terlalu membiarkan makanan itu masuk kedalam badan tanpa kawalan.

Cuba gantikannya dengan sesuatu yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan dan cubalah melawan kehendak untuk makan yang tidak baik. Perubahan hormon dan perubahan emosional menyebabkan perasaan mengidam itu timbul. Kadang-kadang sesetengah makanan yang anda biasa makan sebelum hamil, menjadi tidak sesuai atau boleh membuatkan anda sakit perut. Keadaan ini adalah biasa. Hormon-hormon tersebut boleh menjejaskan saluran pencernaan yang boleh bertindak balas terhadap sesetengah makanan.


Minggu ke-22

Sebagaimana perut anda mengembang, fikiran anda juga tidak lari daripada memikirkan insiden-insiden seperti terjatuh dan sebagainya. Berhati-hatilah dalam setiap pergerakan anda sebelum sesuatu insiden buruk berlaku.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 350 gram dan panjangnya pula lebih kurang 7 inci panjang iaitu 19cm. Bayi terus berkembang. Kelopak mata dan keningnya membentuk dan kukunya juga dapat dilihat. Cecair amnion bertukar setiap hari di dalam badan atau sebenarnya tiga kali cecair tersebut ditukar setiap jam. Bayi anda akan menelan cecair amnion dan menyerap masuk ke dalam badan dan diserap keluar melalui tali pusat dan dan plasenta. Selebihnya bayi membuang air kecil ke dalam cecair amnion tersebut. Bayi menggunakan cecair amnion tersebut sebagai ‘air mandiannya’ dan sebagai minumannya. Sementara nutrisi diperolehi daripada cecair amnion tersebut, sebahagian besar nutrisi datang daripada plesenta.

Apa yang berlaku pada anda?
Proses pembesaran perut anda tidak menyukarkan anda ketika ini. Anda dapat duduk, berjalan dan membongkok tanpa rasa janggal. Minumlah lebih banyak air sepanjang kehamilan ini kerana ia dapat membantu badan anda yang memerlukan lebih cecair bagi membantu pengedaran darah. Jika anda melihat air kencing anda jernih, bermakna anda cukup minum air dan jika sebaliknya, minumlah air dengan lebih banyak lagi. Jika anda hendak tidur, berbaring secara latar akan membuatkan anda rasa pening disebabkan oleh berat uterus kepada arteri anda dan ia boleh menyebakan BP anda menurun. Bagi mengelakkannya, berbaringlah dengan cara mengiring ke kiri atau kanan dan gunakan kaedah mengiring ini ketika melakukan senaman di atas lantai. Elakkan berbaring secara mendatar atai meniarap semasa hamil.

Pengambilan nutrisi anda – Minum Air
Air sangat penting semasa hamil. Jangan mengabaikan kerana hakikatnya air membantu badan anda memproses nutrisi, membina sel-sel baru, menaikkan isipadu darah dan mengawal suhu badan. Kajian menunjukkan bahawa setiap 15 kalori dalam badan kita terbakar, badan memerlukan 1 sudu tambahan air. Untuk 2000 kalori yang terbakar, tubuh memerlukan lebih kurang 2 liter air. Peningkatan keperluan anda pada masa ini menjadikan anda memerlukan lebih banyak air.

Enam atau lapan gelas cawan sehari adalah baik untuk tubuh ketika ini tetapi ia tidak termasuk minuman ringan. Susu, jus sayuran serta buah-buahan dan juga teh herba adalah pilihan lain selair air kosong. Teh, kopi dan minuman bergas tidak dikira dan seharusnya anda perlu elak daripada minum minuman seperti itu. Natrium dan kafien di dalam kandungan minuman tersebut bersifat diuratik.

Air kencing anda adalah satu barometer yang bagus untuk memeriksa pengambilan air anda. Jika ia bewarna kuning yang lembut ke jernih, ia menunjukkan anda mengambil air yang mencukupi. Jika ia bewarna kuning tua, anda perlu menambahkan pengambilan air. Usah tunggu anda dahaga baru minum kerana pada waktu itu anda telah pun kehilangan 1% cecair dalam badan. Sebaiknya anda sentiasa minum sepanjang hari.


Minggu ke-23

Anda kini dapat merasakan pergerakan bayi dengan lebih jelas lagi berbanding sebelum ini. Kadang-kadang fokus anda terhadapat pertumbuhan bayi anda membuatkan anda lupa sebentar kepada kerja harian anda. Maklumlah, pertumbuhan bayi adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan difahami.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada ketika ini berat bayi anda menjangkaui 455 gram dan kira-kira 8 inci panjang atau 20cm. Bayi anda kini seperti saiz anak patung kecil. Mata bayi lebih besar dan berbenjol pada peringkat ini. Ini kerana otot di sekitar muka belum lagi diisi dengan cukup. Bayi sedang mula menambahkan berat badannya serta otot mukanya. Apa yang mengangumkan adalah walaupun anda telah melalui separuh masa kehamilan, bayi masih lagi seberat 1 paun.

Apa yang berlaku pada anda?
Doktor akan memantau tambahan berat badan anda serta pertumbuhan janin setiap kali lawatan ke klinik. Setiap wanita mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza antara wanita hamil dengan wanita hamil yang lain. Apa yang penting, setiap pertumbuhan dapat dilihat secara terus menerus mengikut waktunya. Ini termasuklah perubahan saiz bayi, cecair amnion, plasenta dan lain-lain. Anda mungkin akan mengalami sakit belakang, regangan di perut akibat otot-otot uterus yang mengembang semasa kehamilan. Ia adalah normal dan banyakkan berehat.


Minggu ke-24

Peringkat ini anda masih dalam peringkat yang baik di dalam kehamilan. Perut anda semakin kelihatan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini seberat 540 gram dan lebih kurang 8½ inci panjang atau 21cm. Menurut kajian penyelidikan, terdapat 124 juta saraf yang berhubung di dalam tisu otak ketika bayi masih berada di dalam 6 bulan kandungan. Ini menjadikan bayi anda seorang bayi yang sangat pintar di dalam tubuh anda. Berikannya makanan yang terbaik melalui pemakanan anda!

Apa yang berlaku pada anda?
Jantung anda kini sedang mengepam untuk dua orang dan ianya bekerja kuat sebelum anda hamil lagi. Untuk pengetahuan anda, kadar jantung anda meningkat lebih kurang 10 degupan setiap minit semasa kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Pemilihan Makanan
Makanan memang menjadi satu isu besar pada wanita hamil. Ada yang makan makanan pelik seperti makanan eksotik dan sebagainya. Sesetengahnya mungkin OK untuk dimakan tetapi apa yang penting, makanan biasa iaitu ayam, sayuran, ikan, buah adalah pilihan yang terbaik. Elakkan memakan makanan yang pedas.

Elakkan makan makanan yang penuh dengan garam, kalori yang banyak, berlemak, makanan bergoreng, makanan rapu dan makanan yang bergula. Kadang-kadang amat susah untuk kita menjaga makanan kita apabila berada diluar rumah. Biasanya wanita bekerjaya jarang mengamalkan makanan berkhasiat apabila waktu kerja kerana kesukaran mendapatkan makanan yang betul-betul berkhasiat dan lebih kepada makan makanan segera. Kadang-kadang pemilihan makanan yang betul susah diamalkan apabila makan di gerai-gerai memandangkan mereka banyak menggunakan bahan perasa dan sebagainya. Cara terbaik adalah anda patut lebih memilih dan berhati-hati. Pastikan anda mengambil sayur dan buah-buahan dalam menu harian anda.


Minggu ke-25

Kehamilan kadang-kadang meletihkan, kadang-kadang mungkin kita mengeluh tetapi sesuatu yang pasti ia tidak akan menjemukan! Kerana selalu terdapat sesuatu yang baru untuk dipelajari, merasai dan mengalaminya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda sekarang meningkatkan kemahiran pernafasannya iaitu menarik dan menghembuskan cecair amnion. Latihan pernafasan ini hanya berjalan semasa bayi tidur dan tidak sepanjang saat-satnya berjaga. Kajian ada menunjukkan fetus menarik dan menghembus nafasnya sepanjang tidur.

Berat bayi kini kira-kira 700 gram dan panjangnya 9 inci iaitu kira-kira 22cm. Jika bayi dilahirkan sekarang, bayi anda mempunyai peluang untuk hidup. Dengan kaedah perubatan kini seperti alat bantuan udara, monitor dan ubat-ubatan bayi anda mampu untuk terus hidup. Tetapi disebabkan ianya lahir dangat kecil dan ringan kira-kira 2 paun, ia tidak boleh keluar daripada inkubator sehingga berbulan-bulan lamanya bagi mengelak sebarang jangkitan dan sebarang masalah lain.

Apa yang berlaku pada anda?
Keadaan fizikal anda sudah menunjukkan bahawa anda hamil dan tidak dapat disembunyikan lagi. Pada ketika ini uterus anda sudah sebesar bola sepak. Kadang-kadang merasa kebas dan kekejangan pada tangan dan kaki. Ini adalah kerana peningkatan cecair dalam badan anda dan memberi tekanan pada sistem saraf. Tidak perlu bimbang kerana ini bukanlah masalah yang serius. Ia akan hilang setelah melahirkan bayi nanti dan kadar cairan dalam badan akan berada pada tahap normal semula.

Pengambilan nutrisi anda – Makanan Seimbang
Keperluan makanan haruslah seimbang dengan makanan yang kita makan. Peringkat kehamilan ini memerlukan dos vitamin harian yang mencukupi. Sesetangah wanita memerlukan suppliment tambahan seperti hamil pada awal remaja yang badannya tidak cukup kuat untuk hamil, wanita yang kurang berat badan, wanita yang mempunyai satu diet yang kurang bagus sebelum hamil, wanita yang hamil kembar, vegetarian, mempunyai tabiat makan yang buruk, mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu, mereka yang tidak suka minum susu dan sebagainya sepatutnya mengambil supplimet bagi membantu penambahan keperluan kehamilan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa vitamin tambahan. Jangan mengambil mana-mana ubatan tambahan tanpa nasihat doktor. Gantikan sumber mineral dan vitamin yang diperlukan badan dengan mengambil makanan berzat.


Minggu ke-26

Pusat anda sedikit terjojol, mood anda pula selalu berubah-ubah dan tekanan waktu kehamilan adalah satu perubahan yang biasa sewaktu hamil.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai satu lapisan lemak khas yang bertindak seperti satu penebat haba dan akan melindungi bayi dari kesejukan apabila lahir kelak. Lemak ini dikenali sebagai ‘brown fat” kerana warna seperti ini dilihat di kawasan tengkuk, buah pinggang dan belakang tulang dada bayi. Ia adalah satu jenis lemak yang istimewa yang mampu melindungi bayi dan mengekalkan bayi dalam kepanasan dan ia dijumpai dalam bayi-bayi yang baru lahir.

Berat bayi kini adalah sekitar 2 paun atau 900 gram manakala panjangnya pula adalah 9¼ inci dimana lebih kurang 23cm.

Apa yang berlaku pada anda?
Perut anda akan membesar hampir setengah inci iaitu 1cm setiap minggu mulai sekarang. Dengan diet yang sihat, tambahan berat anda pula sekitar 7.2kg sehingga 9.9kg. Kini perut anda sudah lebih besar. Anda juga mengalami sakit belakang, kekejangan pada kaki dan sakit kepada. Anda telah melalui dua per tiga masa hamil anda dan akan mengakhiri semester kedua ini. Jika sblm ini pusat anda seperti biasa, tetapi sekarang ia mulai terkeluar tetapi apabila sudah melahirkan bayi kelak, keadaan pusat menjadi seperti biasa tetapi akan mendapati ianya sedikit meregang dan kurang kenyal berbanding sblm kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Makan Ikan
Memakan ikan bagus terutamanya waktu hamil. Ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan pelbagai jenis ikan akan melahirkan bayi yang sihat dan lebih berat. Keadaan ini adalah bagus kerana bayi yang mempunyai panjang yang lebih di dalam rahim, akan lebih sihat dan kuat apabila dilahirkan nanti. Asid lemak Omega-3 yang terdapat di dalam ikan memainkan peranan yang penting terutama mengurangkan kadar kelahiran pra-matang. Ia juga menghasilkan satu hormon yang membantu menghalang darah tinggi yang biasa berlaku pada wanita hamil. Ikan adalah pilihan yang tepat dalam pengambilan protein kerana ia selamat, rendah lemak dan tinggi vitamin B, zat besi, zink dan selenium. Makan dalam jumlah yang banyak juga tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan.


Minggu ke-27

Minggu ini adalah minggu berakhirnya trimester kedua dimana anda akan melangkah ke trimester ke-tiga pada minggu hadapan. Dengan itu kelahiran bayi adalah menjadi focus utama anda pada waktu ini.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada umur ini, fetus mampu membezakan antara terang dan gelap. Penyelidikan menunjukkan bayi di dalam rahim mampu berpaling ke arah lain jika ada satu cahaya yang terang menyuluh pada perut ibu.

Bayi kini beratnya dalam 1kg dan panjangnya 15 inci atau 34cm.

INFO: http://viaemma.blogspot.com/

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, July 9, 2010

Wednesday, July 7, 2010

~*silence is golden*~

When there's nothing interesting
No idea
No conversation
Feel so sleepy
or
Feel so bored


"saying nothing is preferable to speaking"

"SILENCE IS GOLDEN"



Get ready to turn ur head "teleng" 90º left or right
Aufa Qistina juz awaked...;p


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...