AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Wednesday, June 1, 2011

akhirnya dapat juga 'selekom'

Dulu Aufa pernah request 'selekom' a.k.a telekung dari Mama&Baba...Ada saya cerita di entri ini. Alhamdulillah tercapai juga impian dia. Tapi bukan Mama&Baba yang belikan telekung tu...Tok Aa depa yg hadiahkan telekung tu kat depa (wah! cakap utara la pulak!). Sayangnya Tok Aa depa kat depa noooooo......(tulis boleh la..kalau cakap..hancusssss!). Inilah telekung yang diidam2kan oleh Aufa.....................

diorg suka sebab ada gambar Barbie...tau dah!

Alhamdulillah bila dah ada telekung makin bersemangatlah Aufa2 nak belajar solat. Sebagai ibu, memang menjadi tanggungjawab saya untuk mendidik mereka perlahan2, memperkenalkan sedikit demi sedikit kepada mereka tentang ajaran Islam. Buat masa sekarang, mereka masih terlalu kecil untuk disuruh atau dipaka untuk solat...so syukurlah Aufa2 sendiri yang nak belajar. Kami hanya memberi galakan sahaja.
 
Tengahari tadi Aufa nak join saya solat Zuhur...so saya pun ajarlah diorang cara2 ambil wudhu'. 

mula2 cuci tangan, then basuh muka.....huhu rambut Aufa...mengerbang!


Finally, basuh kaki.....

Qistina also eager to learn...a very good start
kecil2 cili padi...well done darling!

Lepas ambil wudhu' masing2 dah tak sabar nak pakai telekung. Huhu...terharu la pulak dengan semangat diorang. Hopefully dah besar nanti jangan tinggal solat yea...

muslimah solehah

subhanallah...

isshhh...kenapa Mama tetiba  bergenang air mata tengok gambar nie...i love you sayang

bergambar macam nak pergi umrah jer....;p
sebelum solat...saja ambil gambar nie...kenangan utk mereka bila besar nanti...
baru habis berdoa...Mama doakan kalian sentiasa dalam lindungan dan redha Ilahi...ameen

Begitulah pentingnya didikan awal yang diterapkan oleh ibu bapa seawal usia anak2. Selain itu..sentiasalah berdoa dan sedekahkan kepada anak2. Mudah2an anak2 kita bakal menjadi insan yang terbaik buat kita dunia akhirat. Sama2 ingat-mengingati antara satu sama lain...moga entri ini memberi sedikit manfaat buat yang membacanya.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...