AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, March 29, 2012

Untuk Aufa-s

Tak dapat Barbie diamond castle...barbie mermaid yang dirembat oleh Aufa2 di ECM semalam. Tujuan utama ke sana nak shopping barang2 baby...sempat lagi diorang mengepau!


Barbie mermaid ni dah jadi peneman Aufa2 time mandi...suka sangat la diorang dapat main air! Kalau rendam mermaid ni dalam icy water...sirip dia akan berubah warna...tadi Mama diorang dah buat experiment...heheee Mama diorang yg excited sebenarnya! ;p Bila la Baba nak hadiahkan Barbie untuk Mama ni...kakakaka...memang saja nak cari gaduh dengan Aufa2!



Sementara saya sibuk membelek & memilih barang baby...Baba la yg melayan Aufa3. Untuk Kashfina...Baba carikan toys...dalam banyak-banyak toys nampaknya Kashfina berkenan dengan Patty...member si Pororo...kartun feveret dia. 




Happy sangat dia dapat toy! Asyik la dipeluk & dicium si Patty ni sambil ketawa riang. Issshhhh!!! Macamana la orang tak geram tengok dia! Comel & sweet bebenorrrr!!!!!

Sekarang Kashfina dah pun berusia setahun sebulan 18 hari...dah macam-macam perkara yang dia belajar hasil dari pemerhatian dia terhadap apa yang kakak2 Aufa buat. Meaning that, apa pun yg kakak2 buat dia akan ikut. Kakak2 suka baca buku...dia pun sama juga. Kakak2 suka menulis & melukis...dia pun ikut juga tapi advance sikit..habis dinding rumah dicontengnya! Dah la rumah ni memang dah comot...felo yang tinggal kat rumah ni sebelum kami pun punya anak yang suka conteng dinding agaknya. Kakak2 suka main mekap2 guna pencil color...dia ikut juga! hahaha...lawak betul la budak dobot ni! Bila nak makan..automatically dia akan angkat tangan n sapu muka...konon2 dah baca doa la tu...itu pun dia tengok Kakak2 buat. Cepat sangat nak tiru apa yang orang buat. Yang Mama dia buat n dia tiru adalah....bila nampak hanger dia akan ambil n terus buat2 nak pukul kakak...hahahaha....




Tapi kan...saya rambang mata tengok barang2 baby ni especially baju. Adoiiii...rasa nak borong semua! Tapi takkan nak ikutkan nafsu pulak kan...plus...macam la duit berkepuk2! Nak borong semua kononnya...hehehe...This time tak beli banyak pun...becoz barang2 Kashfina still boleh guna lagi...n barang2 Auni Mardhiah pun ada...anak kakak di kampung. Guna jer selagi boleh guna...baju2 Aufa Irdina yg masa baby pun still ada lagi...dah 6 tahun tapi tak lusuh langsung. Itulah untungnya kalau semua anak perempuan..baju boleh diturun-temurunkan...


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, March 23, 2012

Buang tebiat tengah-tengah malam!

Memang buang tebiat betul kan....mengemas rumah tengah2 malam! Hahaha...itulah yg saya buat tadi. Asalnya nak menyapu area ruang tamu jer...sakit betul mata ni tengok cebisan2 kertas...Aufa2 sekarang sibuk menggunting2 kertas...buat macam2 bentuk...lepas tu main gam...terpengaruh dengan siri Art Attack la tu! Tak bagi karang...rasa macam sekat minda diorang pulak...bila dah bagi...kita pulak la yang penat n sakit mata! Ditambah lagi dengan mainan la...buku la...segala macam ada kat ruang tamu. Aufa...Aufa...si Kashfina tu pun sama naik juga dengan kakak-kakaknya...adoi la...

Bila dah menyapu...melarat-larat sampai ke dapur & dalam bilik. Bukan setakat menyapu...buang habuk kipas syiling...lepas tu siap alih almari solek lagi tu! Tak sedar diri betul la Mama buyung ni!!! Heeee...macam ni la saya...kalau dah malas...semua kerja pun taknak buat! And kalau dah rajin...sampai tak sedar diri! kikikiki.... Baba pulak belum balik lagi...macam biasa la kan...tak habis2 dengan aktiviti student. 

Actually petang tadi kami keluar...maklum la hari ni kan hari gaji seMalaysia...lagi pun barang-barang dapur memang dah habis...so ke Giant la kami petang tadi. Makan-makan dulu di Pizza Hut...sedap la pula pizza baru ni...tapi ada rasa manis sikit. Then rushing beli barang..Baba ada aktiviti dengan student malam ni...itupun ada lagi yang tak beli...kena keluar awal dari Giant. Aufa2 dah gelisah...si kakak Aufa Irdina menangis tak dapat beli Barbie...haih! tak habis-habis dengan Barbie...Baba tunjuk Barbie yang murah taknak...katanya Barbie tu lembik! Hahaha..dah pandai bezakan...yang dia nak Barbie yang original tu...harga dah hampir2 mencecah ratus...memang tak dapat la kan...nasib baik tak nangis hentak-hentak kaki...dah besar kan..nangis cara orang besar la...kesian pun ada..sebab dia tengah demam...tapi tabahkan hati...hehee.... Aufa Qistina pulak risau sangat...takut Giant dah tutup! Nanti tak boleh keluar...adoi la...macam2 hal! Itupun saya dah pesan awal2...kalau nangis tak dapat mainan...tapi dia still ada rasa takut lagi...itu pun problem tu...nak kena pujuk betul2...nasib baik la dia juz ambil mainan doktor jer...harga pun rasanya tak sampai sepuluh ringgit... Aufa Kashfina juga la yang cool...so far Alhamdulillah dia tak pernah meragam lagi...n Aufa2 pun masa usia Kashfina sama juga la...tak tau la macamana gayanya bila Kashfina dah besar nanti...adakah sama dengan kakak-kakak dia? We juz wait & see... Begitulah ceritanya bila anugerah cinta kami ni...macam-macam ragam & karenah...


Wah! asalnya nak cerita pasal tebiat jer...dah melalut-lalut pulak saya ni...hehehe...maklum la dah seminggu tak bercerita dalam blog...Okay la...rasanya nak stop dulu sebelum ada idea lain pulak yang muncul karang. Nak tunggu Baba balik jer ni..n nak tidur.....


Last but not least....


Wajah suci murni anugerah cinta terindah kami di hari pertama menjenguk dunia...rasanya kan...yg keempat nanti ada iras siapa ek? Kalau Aufa Kashfina ada iras Aufa Irdina...mesti Aufa yg keempat ni ada iras Aufa Qistina...heheee....mari kita berteka-teki...;p

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, March 16, 2012

Setahun sebulan...amboiii semakin manja!

Makin hari makin manja...especially dengan Mama. Siapa pun tak boleh nak bermanja dengan Mama...dia sorang jer boleh! That's why asyik kena sakat jer dengan Baba...bila Baba cakap.."sayang Mama dia..." sambil peluk Mama...done2 menjerit..."na-nak..na-nak.." lepas tu cepat2 datang n peluk Mama. Berebut-rebut memasing! Kakak2 pun dah pandai nak mengusik2 dia...hehehe...sebabnya suka sangat tengok aksi dia time tu... D.O.B.O.T ! ! Macamana la bila baby dah lahir nanti...ermmm kesian kat dia...hopefully dia tak terasa disisihkan nanti...Mama kena bijak la...dulu time kakak2 boleh jer buat kan....





Dah pandai meminta kalau nak sesuatu. "Nak! Nak! Nak!". Tak kira la makanan ke...mainan ke...buku ke...handphone ke...selagi tak dapat selagi itulah dia akan sebut "Nak! Nak! Nak!" sambil pointing her finger. For this time being...dia pandai main sendiri...but still under observation. Dah pandai mengikut apa yang kakak2 buat...kalau kakak2 berlakon mekap..dia pun sama naik! Hahaha...yang paling best dia dah pandai urut Mama! Semuanya hasil pemerhatian daripada aktiviti kakak2 dia...hehehe...maklum la...umur pun dah setahun kan...otak pun makin aktif...one more...bila kita sebut "aa" (alif baris atas)...dia akan sebut "baa"...then dia ketawa...aduh! so sweet la budak dobot ni...gerammm!!! hari-hari kena uli dengan Mama...hehehe





Sekarang ni Kashfina dah tak minum susu soya lagi...means dia dah boleh tolerate dengan susu lembu. So, sekarang ni Kashfina minum susu Anmum langkah 3. Alhamdulillah setakat ni perkembangannya sangat positif. Selera makan pun ok...tak memilih makanan. Pantang nampak makanan jer dia tu...hehehe...




Moga Kashfina terus membesar dengan sihat. Mama sentiasa doakan yang terbaik buat puteri-puteri kesayangan Mama...love & hug...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, March 11, 2012

Mama Baru vs Mama Lama

Cerita lawak hujung minggu....

Tengah menggosok baju melayu Baba untuk program malam ni...tiba-tiba ada la sorang budak tu kan...kejap-kejap dia jenguk...kejap-kejap dia jenguk. Finally, agaknya dah tak tahan la tu...terus dia tanya :

"Nak kahwin lagi ke....?"
Saya senyap jer....dah tahu dah apa statement2 dia yang seterusnya. Still tak puas hati selagi saya tak respon...dia ulang lagi soalan yang sama :
"Nak kahwin lagi ke...?"

Saya pun dapat idea...apa lagi kan...idea nak menyakat la....barulah ceria sikit rumah ni...so kami pun berdialog :

"Bukan Mama yang nak kahwin...Baba yang nak kahwin..." 
"Tak boleh! Baba tak boleh kahwin!"
"Biarlah Baba nak kahwin...nanti Adik dapat Mama Baru..." ( Dalam hati....membara jer rasa! )
"Adik taknak Mama Baru! Adik nak Mama Lama jer!"
"Mama Lama??? Siapa Mama Lama tu?" ( Rasa nak tersembur gelak ni tapi ku tahan jua! hahaha )
"Mama yang ada baby tu la! Adik tak bagi Baba kahwin!" ( Sebab kena provoke kan...so semua statement dia ada tanda seruan...;p )
"Mama yang ada baby? Yang mana satu?" ( Ceh! Saja jer saya buat-buat tak faham )
"Mama yang ni laa.." (sambil tersenyum dia cakap...malu la tu! )

Then, sorang lagi masuk bilik...soalan yang sama ditanya...dan jawapan yang sama saya berikan. Dan ini jawapan dia :
"Baba tak boleh kahwin! Aufa tak bagi!!"
"Biarlah Baba nak kahwin...nanti Aufa ada Mama Baru"
"Aufa taknak! Nanti Mama Baru tak boleh masuk dalam rumah! Duduk kat luar jer!"
"Adik tak bagi Baba kahwin!!!" ( This time keras sikit suara dia...notty I kan! kikiki )
"Nanti Aufa ada dua Mama...kan best..." (provoke lagi... )
"Aufa taknak! Mama Baru tak sama muka dengan Mama! Aufa taknak Mama dua...Aufa nak Mama ni jer!"



Kesian la pulak kat Aufa2...saya dah bagi gangguan emosi pulak kat anak2...cepat-cepat saya perbetulkan keadaan...
"Takdelah...Baba ada program malam ni la..."
"Baba pakai baju raya ke?" ( Adik ingat kalau pakai baju Melayu nak raya jer la...)
"Kenapa Baba pakai baju ni? Macam sama jer dengan baju kahwin?" 

Kesian kat Aufa2...kena provoke dengan Mama..hehehe...kecik2 lagi diorang dah faham kepahitan "madu" ni kan...diorang pun tak nak berkongsi kasih sayang Baba dengan orang lain...apatah lagi Mama! Ingat senang nak bagi Baba kahwin lagi? Tersiksa jiwa Mama tau! 

Baju melayu ni la yang saya gosokkan untuk Baba pakai malam ni...that's why Aufa sangka Baba diorang nak pergi kahwin! Kikiki...



 
 
 
 
 
 
 
 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, March 10, 2012

Sabtu...Ahad...

Hari Sabtu ek hari ni...

Hari yg mana semua kaki & tangan kerajaan bercuti

Esok Ahad kan????

Ooooo cuti juga tu.....

Errrrrmmmmmm

Sabtu atau Ahad

Dah macam tak penting bagi saya

Sebab...........................

Istilah cuti bagi saya sekarang

Adalah........................

Setiapkali Baba free dari sebarang program universiti

Tak kiralah

Isnin ke...Selasa ke...Rabu ke...Khamis ke...Jumaat ke...

Kalau free hari Sabtu ATAU Ahad

Itu adalah berita gembira

Dan kalau free hari Sabtu DAN Ahad

ITU ADALAH BONUS!

Anyway, jom la tengok gambar!


kuih karipap & kuih keria yg berjaya dibuat semalam...yg dalam bekas biru tu khas untuk Kashfina..karipap takde inti...ntah kenapa pregnant kali ni suka sgt makan kuih...tak makan nasi pun takpe..janji dapat makan kuih! kuih keria tu...tak rata la pulak siraan gula..kalau makan kena buang dulu gula..tak suka manis sgt


Anugerah Cinta Terindah


Hobi baru Kashfina...belek buku...


Opppssss censored! ;p ...suka main air dah sekarang...tengok kakak2 main air, dia pun nak join jugak!


Tak lama lagi...tambah lagi seorang Aufa... :)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, March 8, 2012

Baba asyik busy....

Again...weekend yg membosankan becoz Baba ada program lagi. Naik jer semester baru berderet2 program yg nak kena handle...aduyai! Dah tahap wajib bersabar dah saya ni....rasanya sampai la waktu saya bersalin nanti pun Baba still busy lagi.... :(

But luckily petang tadi Baba sudi juga luangkan his ample time and bring us out...walaupun sekadar bersiar-siar dalam kereta jer..ambil angin laut di Pantai Balok. Then, terus ke Teluk Cempedak...teringin nak makan cheesy wedges. Thanks a lot Baba....its really appriciated! Mmmmuaahhhhhsss!!!!




-----------------------------------------------------------------------


Sambung entri minggu lepas..hehehe...actually sekarang ni saya tengah bersengkang mata menahan mengantuk yang teramat! Sambil menaip entah berapa puluh kali menguap! Malam semalam melayan Kashfina yg segar bugar sampai 3 pagi...itupun saya yg tidur dulu dari dia yang tengah khusyuk menekan-nekan handphone. Saya ni pulak bukan jenis yang suka tidur di waktu siang...itulah pasalnya...elok-elok saya nak lelap tadi Aufa pulak tak bagi tidur...suruh teman dia sampai Baba balik. Aduhai....dengan relahati  pijak-pijakkan kaki saya yg sedia ada lenguh ni..bijak memang bijak!


Entri ni khas untuk Baba  yang sebenar-benarnya. Nak cerita betapa busy-nya Baba sejak bulan Februari. Every weekend ada jer pogram & bengkel. Weekdays pulak...tengah malam barulah Baba betul-betul ada kat rumah. Selebihnya banyak dihabiskan masa di office, studio & merata tempat lg la...

Kami ni terpaksa la menahan sabar dengan terperap jer kat rumah...buat macam-macam aktiviti untuk menghilangkan rasa bosan. Selalu juga la merajuk bila Baba langsung tak ingat kat kami...kot yea pun busy...jangan la sampai ignore jer kami kat rumah ni...itu yg merajuk tu. Tapi, Baba ni pandai pulak nak memujuk...umpan kami dengan bawa kami keluar makan la...jalan-jalan la...done2 jer terlupa tengah merajuk! Hahaaa...bijak memang bijak! ;p

That's why la sometimes Aufa2 selalu jer tak bagi Baba pergi kerja especially waktu malam. Boleh dikatakan setiap malam Baba ke studio. Memang kesian n tersentuh juga la hati ni everytime they asked Baba not to go out for work. Itu yg terkeluar statement.."klau Baba ada Aufa happy, kalau Baba takde Aufa tak happy". Ni haa baru jer sekejap tadi Aufa merungut.."Issshhh Baba ni lambatnya nak balik!"...see...macaamana la hati saya ni tak luluh...kesian sangat kat Aufa3...

Inilah gambar-gambar Baba yg sentiasa busy dengan program...seorang jer pegawai kebudayaan di UMP yg nak handle semua event yg berkaitan dgn seni & budaya...n cuma ada 2 staff yg memang core dalam bidang ni...tak ke pengsan nak handle semua program student, program staff & program universiti. Itu belum lagi peringkat IPT seluruh Malaysia yg under MAKUM tu...giler lah!!



Bermula dengan bengkel orkestra pd 18 Februari 2012...yg pakai t-shirt putih tu la org yg bertanggungjawab melatih bebudak erkestra UMP 

Sekarang ni Aufa Irdina request nak main flute...dulu sibuk nak main violin...

masa show @ 27 Februari 2012...debat integriti nasional peringkat IPT

After that, Baba busy dengan kelas drum pulak! Every night training kat studio...


Tengok la tu...gugurl pun terer main drum tau...salute la student2 yg ada bakat dalam bidang muzik ni..at least waktu terluang tu terisi la juga...

Bengkel teater pulak...on 3rd - 4th March (on weekend uolzs...)...Baba pun dah macam student pulak! ;p

Nak pentaskan teater "Ustaz Zapin"...around April kot! isshhh dah la time tu nak bersalin dah... 

Malam Puisi Riung - program hari Jumaat ni...Baba main gitar macam kat dalam gambar tu...katanya instrumental lagu ombak rindu...suka! hehee

Ahad ni pulak ada program Pertukaran budaya Malaysia-Indonesia-Bangladesh. Next week katanya nak buat bengkel dikir barat. Aiyoooo...memang 'hancussss' weekend kami!! and even weekdays!!!


Baba baru jer sampai rumah ni...jam 1 pagi! rest sekejap n terus pegang gitar...cari ilham ke....?

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, March 6, 2012

32-33 minggu

Dah nak masuk 33 minggu usia kandungan saya ni...berbaki lagi 6-7 minggu (+-).  Berat badan pun dah lebih 70 kg! Nak jalan lama-lama pun dah tak larat dah...heeee


Muka still ada shape lagi...tapi memang dah kembang..esp tang hidung!

Tapi takpe...Kashfina lagi tembam! kikiki...luv you sayang!

Last check up...last week...saya dah pun ambil Vaksin Tetanus Toxoid (TT) . Aduhaiii...selepas beberapa jam sengal2 jadinya tangan kiri saya ni. Seharian juga la dok menahan rasa sengal ni.

Baby...alhamdulillah kepala dah berada di bawah. Uri ok...air ketuban banyak...jantung baby pun ok...estimated weight baby around 1.6-1.7kg...kecil sedikit berbanding usianya sekarang...sepatutnya dah cecah 2kg...tapi takpe...doktor kata around 36 weeks and above, baby akan  membesar dengan cepat. So, time tu memang kena kontrol makan la jawabnya...tapi kan..time tu saya dah pun berada di Melaka...macamana nak kontrol diet ni...

Doctor had advised me...dah tiba masanya untuk duduk diam-diam di rumah...tak payah nak travel...tak payah nak jalan-jalan...sebab saya ada history of prematured delivery. So, doctor takut if I'm too active...berjalan sana sini...baby akan terkeluar awal. Itulah yang teramat susah saya nak buat. Baru sehari duduk kat rumah dah resah gelisah...inikan pula nak menunggu lagi 2 bulan..huuuu tak sanggup! Tapi kan...lepas check up tu boleh pulak saya ajak Baba pergi meround shopping complex! Kikiki...baru berjalan sikit dah mengah! P.A.D.A.N.M.U.K.A.!.!

Next check up doctor nak check hb...hopefully ok la kan...


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, March 4, 2012

Saat yang memilukan...

Beberapa jam yg lalu...kami dikejutkan dengan berita kematian isteri kepada staff UMP yg juga merupakan member Baba. Selalu juga Baba bercerita tentang member dia ni...becoz anak dia seusia dengan Aufa Irdina. Bila ajal datang menjemput...tiada apa pun yang boleh menghalang kerana kita semua datangnya dari Dia dan kepada Dia juga tempat kita kembali. Al-fatihah...dan takziah buat keluarga Rizam.

Apa yang saya tahu..anak-anak mereka masih kecil lagi...Allahu Rabbi...bagaimanalah situasi anak-anak itu sekarang ye? Yang paling kecil berusia setahun...Ya Rabbana...bagai di siat-siat hati ini bila menerima SMS Baba sebentar tadi...menyatakan yang keempat-empat anak kecil itu tidur di tepi jenazah ibu mereka. Serta-merta air mata ini mengalir dan sukarnya untuk menahan rasa sebak atas apa yang telah menimpa mereka. Sesungguhnya mereka telah dipilih oleh Allah Taala untuk berhadapan dengan ujian kematian ibu di saat usia mereka masih baru di dunia ini. Dan ingatlah...Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..dan Dia juga sehebat-hebat Perancang. Insha Allah...dengan izinNya semoga anak-anak itu dan juga bapanya cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan hebat ini. Hikmahnya tidak kita ketahui melainkan dengan bersabar.

Saya secara jujurnya amat terkesan dengan berita begini. Serta-merta doa yang tidak putus-putus saya pohon dari Ilahi...agar dipanjangkan usia saya, Baba & Aufa4...moga Aufa4 diizinkan olehNya untuk mendapat kasih sayang dan didikan yang secukupnya daripada Mama&Baba mereka...sehingga mereka dewasa nanti. Ya Rahman Ya Raheem...Kau perkenankanlah permintaanku ini...ameen Ya Rabbal 'Alameen...

Ya Allah.....sedih dan sayunya hati ini bila mengenangkan anak-anak itu....

Buat puteri-puteri kesayangan dan kebanggaan Mama & Baba...selagi hayat dikandung badan selagi itulah yang terbaik sahaja akan kami persembahkan buat kalian. Yang paling utama...doa adalah senjata utuh buat kita...semoga Allah memberkati usia kita..dipanjangkan usia kita...supaya kita sama-sama dapat merasai kasih sayang yang secukupnya. Kepada Dialah tempat kita meminta...ameen...


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, March 1, 2012

Imaginasi yang mengharukan!

Spaghetti Olio sebagai hidangan malam tadi...menu ringkas

Semalam saya ada beli buah mata kucing dan pisang yang sememangnya antara buah-buahan favorite Aufa2...sambil diorang makan buah mata kucing, sambil berborak dengan saya yang sedang sibuk masak spaghetti olio. Ada dua topik perbualan kami yang saya nak share di blog ini..yang sememangnya agak mengharukanlah!


Topik 1 : Mata kucing

A.I   : Mama...kesian kucing kan....
M     : Kesian? Kenapa?
A.I   : Kesian kucing...mata dia kena kopek (kupas).
A.Q : Kucing tu nangis tak?
M    : Hahahahahaha...(actually itu jer la reaction Mama bila dah tak tahu nak respond apa! )

**** Innocent jer diorang bila bercerita. Aduhai...Before this, Aufa2 panggil buah mata kucing ni 'buah round-round'..sebab bentuk dia kan bulat....;p 


Topik 2 : Tak happy...

A.I : AUFA IRDINA
A.I  : Mama..bila Baba takde kan.. Aufa tak happy...bila Baba ada baru Aufa happy...

(Automatically saya tersentak...berdebar pun ada juga...)

M    : Iye ke...Kalau Mama takde? 
A.I  : Kalau Mama takde pun Aufa tak happy...Aufa nak Baba dengan Mama duduk kat rumah jer...tak payah pergi mana-mana...haaaa baru la Aufa happy...
M    : Baba pergi kerja...kalau tak kerja macamana nak ada duit...
A.I  : Ala...tak pyah la kerja...nanti ambil jer duit dekat bank... (wah! kalaulah duit kat bank tu kepunyaan kita Fa...Mama pun tak bagi Baba kerja... ;p )
M    : Baba garang tak?
A.I   : Baba tak garang...Mama jer yang garang...macam harimau! 
M    : Ye la... kalau Aufa buat silap memang la Mama marah...

**** Perbualan terhenti di situ...sebab Aufa dah tukar topik lain. Actually Mama pun felt the same way as you did Aufa...kalau boleh Mama nak Baba sentiasa ada bersama kita...barulah Mama rasa happy sangat2. And that's why bila Baba ada..Mama jarang marah...bila Baba takde jer Mama selalu marah....kikiki...tapi Aufa sendiri dah faham kan...kenapa Mama marah...but actually memang tak elok marah-marah ni kan Aufa...I try my best not to be like a 'tiger' anymore ya....


Topik 3 : Kurus

Aufa2 suka sangat komen bila Mama diorang pakai apa-apa yang di mata diorag nampak lain. So, bila dah pregnant ni..takde la saya pakai t-shirt lg. Nak dijadikan cerita...ntah macamana tiba-tiba jer semalam nak pakai  t-shirt...so bila dah pakai tu saja jer tanya Aufa...

M   : Aufa...tengok Mama pakai baju ni...ketat tak?
A.I : Taklah...tak ketat pun...Mama kan kurus...baby kecik lagi....

**** Mak aih...what a compliment! Hahahaha..padahal memang sendat jer pun...Aufa memang macam tu...sangat pandai jaga hati orang lain...tapi...bila time dia marah or merajuk...done2 jer dia cakap Mama gemuk! ;p


Topik 4 : Siang-malam

Setiapkali Baba out station, kami akan tidur lebih awal dari biasa. Masing-masing takut sebenarnya...tapi tak tunjuk...especially Mama diorang la kan...kena la tunjuk berani depan Aufa3. Bila dah bukan masanya untuk tidur...mata pun terkebil-kebil...Aufa Irdina mula berceloteh...

A.I   : Mama...kenapa sekejap malam sekejap siang? (Sekali soalan sains daaa ) Aufa tak suka malam...Aufa suka siang jer...(takut la tu...)
M     : Memang la...bila siang ada sun...bila malam ada moon...
A.I    : Oooo...moon ada dekat space ker? Dekat space ada popo dengan pipip kan? (termasuk cerita kartun pororo la pulak!)
A.I   : Mama...bila malam sun tidur kan...bila siang moon pulak tidur...
M     : Mama....bird tidur macamana? 

**** Bertalu-talu soalan Aufa...aduhai...jenuh nak menjawab! Tapi saya try juga jawab..cuma dah lupa apa yg saya jawab..ini pun cedok dari status FB...hehehe


Aufa Qistina pun sama dengan kakaknya...banyak sangat imaginasi yang mengharukan. Dah la Mama ni mudah sangat nak ketawa....senak perut ni tau! ;p

Topik 1 : Poo poo

Malam tadi terdengr Aufa2 kecoh panggil Baba datang ke bilik air time diorang tengah mandi. Rupa-rupanya poo poo Adik terjatuh atas lantai bilik air....hahahaha...tak sempat nak duduk kat toilet bowl kot! bila diorang dah siap mandi & pakai baju...saya pun tanya la...

M     : Macamana b*r*k Adik boleh jatuh kat lantai?
A.Q  : Adik tak tahan... 'Mama dia' jer masuk dalam jamban...'anak dia' tak masuk!

****Sampaikan benda alah tu pun ada family...dah tu...macamana? Hahahahaha...


Topik 2 : Suara

Sambil bersantai-santai, berbaring-baring malam tadi...tiba-tiba Aufa Qistina bertanya :

A.Q  : Mama...kenapa suara duduk kat dalam ni? (sambil tunjuk dalam mulut...aduhai...jenuh la pulak Mama nak explain..but I tried to make her clear about that )
M      : Sebab...suara tu datangnya dari tekak (sambil tunjuk kat mana letaknya tekak ). Cuba adik letak jari Adik kat tekak bila Adik cakap...ada getar tak? Haaa.... kat situ la suara tu datang dan keluar ikut mulut.
A.Q   : Haah la Mama... (meaning that dia dah faham la tu...alhamdulillah)


Topik 3 : Owl

Aufa3 ni suka tidur lewat. Satu hari tu...saya saja jer cakap macam gini...

M     : Siapa tak tidur lagi kan...dia jadi macam owl! (dengan niat diorag akan cepat2 tutup mata & tidur)
A.Q  : Owl??? Dia tengok TV ke? ( Adik...Adik...ada-ada jer dia ni...)
A.I    : Ooooo owl kan tidur waktu siang...sama dengan moon....




Aufa Kashfina...walaupun baru jer berusia setahun...kena la ada cerita dia juga...barulah adil dan saksama kan! Tapi...nak cerita apa yea pasal Kashfina???? Hehehehe....

Aufa Kashfina ni dah pandai tengok you tube...walaupun belum pandai cakap lg tapi bila dia nampak handphone or laptop terus jer cakap.."Nak..nak...nak baa"...means di nak tengok "Baa Baa Black Sheep". ITulah antara lagu favorite dia sekarang...so sekarang ni bila nampak apa-apa haiwan kat TV yg alal-ala sheep..dia akan sebut "baa"...walaupun hakikatnya haiwan itu adalah dog! ;p





Seronok sangat layan imaginasi Aufa3 ni...hilang segala stress...lupa sekejap rasa sakit...terubat rasa rindu pada semua yang jauh di mata...including Baba yg always busy itu...


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...