*sila baca tajuk di atas dalam tonasi Upin Ipin*
~>_<~
Kisah semalam la ni
Pasal budak bertuah berdua tu la
Hari ketiga berpuasa
Meaning to say...akan ada 30 cerita la ni
Adoiiii
*adakah anak anda juga begitu?*
AUFA QISTINA
Bila tiba waktu saya nak suap Aufa Kashfina makan...
Secara automatik Qistina akan berubah watak
Dari 'happy go lucky' menjadi 'happy go cranky'
"Adik taknak puasa la macam ni!"
"Laaa kenapa pulak?"...saya dah boleh agak dah ni
"Kakak tu...taknak main dengan Adik!"
Time tu Aufa Irdina tengah main game...of course la dia taknak!
Aufa Qistina pun mula la merengek..menangis..membentak
Aduhaiiii....jam pun dah pukul 2 petang
Bagi jer la dia berbuka puasa
Senyap terus!
Emosi pun serta merta bertukar!
**saqqqqitttt hati!!!!**
Baru jer plan nak drag sampai jam 3 or jam 4
Failed!
Anyway...congrats Adik!
Alhamdulillah...
AUFA IRDINA
Bila Adik dah dapat berbuka
Dia pulak buat muka
Terpaksa la saya gunakan ayat penawar ni...
"Aufa kan nak dapat banyak pahala...semalam Aufa dah dapat kan...hari ni kena la puasa penuh lagi"
Memang mujarab!
"Aufa dapat banyak pahala kan Ma...Adik dapat sikit jer"
"Ma...petang ni kita nak berbuka dekat mana pulak?"
Wah!..
Dalam jam 5 Aufa2 request nak main dekat luar rumah
Mula2 tu saya memang tak bagi...
Takut Aufa Irdina excited berlari-lari nanti...terus nak berbuka puasa pulak!
Aufa Irdina beria yakinkan saya yg perkara itu takkan terjadi
So...saya pun benarkan la diorang main
Tak lama lepas tu
Adik masuk nak minum air...
Aufa pun masuk sekali dan tanya
"Mama...pukul berapa kita nak berbuka ni? Aufa dah haus"
Kannn...instinct saya tak lagi fail setakat ni!
Jenuh pulak nak explain
"Mama...Aufa nak berbuka pukul 6 nanti tau..Aufa dah haus ni"
Terus saya ajak dia solat Asar
Saya pun time tu agak longlai juga la
Masing-masing dah brgelimpangan
Telena la juga sekejap
Bila saya tersedar...saya tengok Aufa takde
Tengok jam dah pukul 6:15
Saya terus bangun n pergi ke dapur
Kantoiiii!!!!
Aufa Irdina tengah mengadap peti ais sambil pegang botol twister oren!
"Aufa dah minum ke?"
"Aufa haus...tak tahan..."
Selamba jer dia jawab...
Errmmmm takpelah gitu!
Nak buat macamana kan..
Hari ni...taknak bagi dia main dekat luar lagi!
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment