Aufa Irdina berjaya melepasi cabaran semalam
Alhamdulillah...
Hari kelima sudah....
Rasa macam sekejap jer kan?
Hari ni bangun tidur jer Aufa Qistina terus makan chocolate
Hmmmm...malas nak bertikam lidah dengan dia
Biarkan ajer la...walaupun dia bangun sahur pagi tadi
0_0
Aufa Irdina tanya saya
"Mama...puasa tu untuk apa? Kenapa kita kena puasa?"
Saya pun mula la explain...
"Kita kena puasa sebab kita kena belajar bersabar. Kalau puasa kita kan tak boleh makan tak boleh minum sampai waktu Maghrib...kita kena sabar kan? Haaa...sebab tu kita kena puasa...supaya kita sabar"
"Masa puasa kita tak boleh marah..."
"Kalau kita puasa nanti kita dapat banyak pahala...nanti Allah sayang kita"
Bila Aufa dah faham...apa lagi...ada saja point dia nak kenakan saya semula
"Mama tak boleh marah tau! Mama kan puasa..."
*bertuah punya budak!*...dalam tonasi Kak Rose Upin Ipin... ;p
Dan....bila Aufa Irdina dah start bertanya....
"Mama...pahala tu shape dia macamana? Circle ke?"
Pulak dah!!!
"Pahala tu mana ada bentuk...kita tak boleh nampak pahala..."
Aufa Qistina pun mencelah....
"Oooo pahala tu ada kat atas ei?"...sambil tunjuk langit
Errrr...tolong jawabkan boleh?
;D
"Mama...pahala Aufa dah ada berapa ye? Ada 40 ke?"
Pening saya nak cari jawapan...aduhai!
"Kita tak tahu...Allah jer yang tahu berapa banyak pahala kita"
"Oooooooooo"
Anak-anak yang lain macam ni ke haa?
I really wanna know...
Aufa2 ni laaaaa.....jenuh Mama nak menjawab soalan kamu!
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
2 comments:
hahahahha.... bernas bernas soalan....
tak dapat bayangkan macam mana ijan melayan soalan soalan dan keramahan 3 orang anak dara... fidza nak layan sumayyah yang sorang ni pon dah letih sangat rasa...
Baba diorang kata...kuat bertanya ni ikut Mama diorang..hahaa, tp naturally..anak2 kecil mmg macam tu kan...semua benda nak tanya...
Post a Comment