AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Monday, December 31, 2012

Yang terbaik untukmu Aufa Irdina...

Blur sikit gambar ni..tapi suka la pulak tengok..Aufa nampak comey... ;)
 
 
 
Dah besar dah dia...

Dah nak masuk tahun satu...

Kira dah besar la kan...

Dah boleh faham banyak perkara

Dah boleh buat macam-macam kerja

Dan yang paling penting...

Dah boleh beza banyak perkara yang baik dan buruk




Bermula pada 2 Januari 2013 / Rabu / 19 safar 1434H

Aufa Irdina akan memasuki fasa baru dalam sejarah hidupnya

Pertama kali dalam sejarah hidupnya selama 6 tahun
 
Aufa Irdina akan memulakan zaman sekolah rendah di Islamic Primary School Indera Mahkota, Kuantan
 
Atau dalam longat Melayunya...
 
SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA

Sekolah swasta...



Ya...memang pengalaman pertama untuk Aufa

Sebab Aufa tak pernah pergi sekolah tadika

Sama macam Mama dia dulu...

Dulu...Mama dia takut nak pergi sekolah

Tapi...Aufa...tak takut pun

Cuma...ada masalah teknikal yang tak dapat nak dielakkan

Mula2 tu ada la juga terpalit rasa sedih dan kecewa

Yelah kan...bila tengok anak2 lain yang sebaya dengan Aufa...happy jer pergi sekolah

Ehhh betul ke...diorang happy ke???

I guess so la...dislike negative thought!

So, untuk mengubat rasa negatif yang ada

Saya ambil keputusan untuk menjadi guru kepada Aufa Irdina

Dengan bantuan dan motivasi daripada Baba




Alhamdulillah

Disetiap apa yang berlaku pasti akan terbit hikmah

Selayaknya kita sebagai hamba untuk bersabar dan berusaha

Apa yang boleh saya banggakan

Itu adalah hasil usaha saya sendiri sebagai Mama

Mengasuh dan mendidik anak sendiri

Tentunya lebih berkat
 
Bukan calang-calang orang yang dapat peluang sepertimana yang saya dapat
 
Disaat saya lepaskan dan tinggalkan segala cita-cita dan impian saya dalam dunia kerjaya
 
Allah gantikan dengan anugerah berharga ini
 
MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
 
Dah termaktub dalam al-Quran kan...
 
Ya Rabbi...alangkah indahnya jika saya dapat sentiasa berfikiran positif begini
 
Tanpa perlu melalui ruang2 negatif dalam diri




Dengan bimbingan dan tunjuk ajar saya

Aufa Irdina mampu mengenal dan membaca

Rumi mahupun jawi

Mungkin tidaklah sesempurna mana...

Tapi ianya cukup membanggakan

Syukur Alhamdulillah
 
 
 
 
 
Terima kasih Aufa...sebab sudi jadi murid Mama
 
Terima kasih sebab berjaya merungkaikan kerisauan Mama
 
Mama takut kalau2 Aufa tertinggal dari kawan2 Aufa yang sekolah

Insha Allah...kita sama-sama belajar yea


 
 
 
Dan yang sebenar2nya

Aufa banyak usaha sendiri

Aufa banyak ambil inisiatif sendiri

Di saat saya give up bila dia lambat nak catch up apa yang saya ajar

Di saat dia lambat nak dapat baca

Di saat dia tak tahu macamana nak mengira
 
Minda dia sentiasa aktif berfikir
 
Sebab dia pun nak sangat pandai macam orang lain
 



Best friend...lepas ni Adik pulak jadi assistant Mama bila kakak pergi sekolah...



Segala kelengkapan sekolah Aufa dah pun settle

Uniform sekolah purple in color

Suka sangat dia! Favorite color dia tu...

Kasut hitam, stokin hitam...beg pun hitam!

Mama Baba berkenan beg tinker bell...dah la purple...saya pun minat purple...heheee
 
Tapi saya prefer brand Swan

Sebab...berdasarkan pengalaman kakak saya, katanya beg Swan paling tahan lasak

Kami berkenan beg Swan color pink..Aufa pulak dah berkenan yg hitam!

Sebab..beg hitam tu ada gambar Barbie Musketeer

Bagus la...jimat seratus ringgit!
 




Yang paling membuatkan saya terharu

Bila Aufa kata...

"Terima kasih yea Mama belikan barang sekolah Aufa..."

Aufa Irdina...always being thankful

That's my girl!



Orite! Done!

Bertambah satu lagi label dalam blog ni

School!


:)


ALL THE BEST AUFA IRDINA!
 
I KNOW YOU CAN DO THE BEST!
 
I LOVE YOU VERY MUCH!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, December 26, 2012

7-8 bulan

Dah dua bulan tak update Amnina's progress

Kesian dia...

Mamanya takde mood nak mengadap laptop lelama

Nak update via phone...macam leceh la sikit

Pulak tu...phone kesayangan buat hal

Aduiiiiiiiiiii




First of all...jom layan gambar2 Amnina

Masa ni baru 6 bulan

On the way nak masuk 7 bulan

Budak geboooooooooooo!

Masa ni juz tahu meniarap jer

Belum lasak sangat





beramah mesra dengan cik tiger kepunyaan Wan n Tok Aa Kedah..buat halau monyet time musim durian, Amnina tak takut pun...Kashfina pulak yg takut! Tapi lama2 ok jer dia...hehee macam real tiger!






Video ni pulak...actually dah lama upload

Masa ni Amnina 6 bulan

Kalau teruja nak tengok aksi Amnina

Klik play button!



Kisah budak baru bangun tidur...




Okay!!!

Sekarang cerita pasal Amnina 7 bulan

Cerita versi gambar yea...

Heheeeeeee



Gambar kenangan di Teluk Gorek, Mersing...masa ni genap 7 bulan dah...

Masa umur Amnina 7 bulan

Dia baru nak belajar angkat badan

Nak merangkak la pulak

Meniarap pun statik ajer...yg dia tahu bergolek2 n berpusing2






 Kadang2 belajar nak duduk

Tapi...mission failed!

Kadang2 belajar nak berdiri...sambil berpaut pada Mama

Mission failed!

;D





Yg ni kerja kakak2 dia..hehee...glamor you! ;p




Jom layan video lagi

Amnina memang suka buat muka macam dalam video ni

Aduyaiiiiiiiii

Sangat menggeramkan Mama la!!














   



25 Disember 2012

Genap usia Amnina lapan bulan

Memang happy sangat dapat tengok perkembangan anak sendiri

Biasa la kan...makin meningkat usia makin banyak perkara yang dipelajari

Muka pun makin lama makin terserlah ke-Amnina-an dia!

Hahaa
 





Amnina dah pandai merangkak a.k.a berjalan dengan tangan

I mean...dia tak statik je la

So...memang dia explore la satu rumah







Makanan kegemaran Amnina setakat ni adalah kentang yg dicampur dengan breast milk

Kalau buat bubur...hmmm memang tak habis

Pastu...sekarang ni kalau bagi dia makan pisang...mesti dia nak termuntah

Padahal...itulah antara makanan awal yg saya bagi dia rasa

Mengada sangat!

Minuman kegemaran Amnina pulak

Tak lain tak bukan....susu Mama dia la...

Mana ada minuman lain lagi yang Amnina pernah rasa

Air kosong/suam pun Mama dia belum bagi lagi

Takpe...susu Mama dia dah memadai




suka buat muka macam ni!

feeding time...

mutiara ke..hujan ni???

Kamu kesayangan semua...




Babai semua...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, December 21, 2012

TAHNIAH dan TAKZIAH

 
Dalam tempoh sehari..family kami telah diduga dengan perkhabaran tahniah dan takziah

Tiada yang mustahil jika Dia berkehendakkan yang demikian

Tugas kita sebagai hamba adalah sentiasa bersyukur dengan nikmat dan redha dengan ujian





Begini kisahnya....

Hari Rabu lepas...keputusan PMR telahpun keluar

Dalam family saya..ada 4 orang anak saudara yang ambil PMR

Keempat-empat mereka adalah lelaki

Dan keempat-empat mereka..nama mereka bermula dengan huruf A
 
Amir, Amin, Aziz & Asyraf

Alhamdulillah..

 Aziz cemerlang dengan 8A
 
Amin cemerlang dengan 7A..katanya menjadi pelajar terbaik sekolah

Amir dan Asyraf...alhamdulillah lulus walaupun tidak secemerlang sepupu2 diorg

Tahniah diucapkan kepada mereka

Jauh lagi perjalanan mereka...
 
Lepas ni fokus pada SPM pulak





Di hari yang sama juga

Kami dikejutkan dengan berita pemergian bapa saudara kami..yg kami gelarkan Pak Induk or Pak Uda

Didoakan semoga roh Pak Induk sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Ilahi...semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman...aameen

Mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada semua insan yang kita sayang..,samada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia

AL-FATIHAH






Di hari yang sama juga

Kami dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa anak saudara saya, Asyraf dan juga bekas anak murid saya, Fateh
 
Masa tu diorang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil result PMR
 
Hmmmm malang tak berbau...tidak seperti durian
 
So..diorg sekarang dirawat di Hospital Melaka
 
Katanya teruk jg...Asyraf retak tempurung kepala, muka bengkak

Fateh pulak patah hidung..

Ya Rahman Ya Raheem...berikanlah kesembuhan kepada mereka berdua...lindungilah mereka...aameen






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, December 20, 2012

Alhamdulillah...

Alhamdulillah

Baba selamat tiba ke UMP dari Thailand 11 malam semalam

Setelah lima hari berada di sana


Alhamdulillah

Baba bertolak ke Riau, Indonesia jam 7 pagi tadi

Dan  telah selamat sampai ke sana petang tadi



His educational visit to Rajamangala University of Technology of Srivijaya....menurut apa yg Baba state dalam FB dia...gambar pun curi dari FB Baba..heee



Alhamdulillah...

Walaupun Baba takde...berjaya juga saya melonjak-lonjakkan hati AUFAs yang asyik merengek nak pergi jenjalan

Saya buat rutin biasa yang Baba selalu buat untuk kami

Pergi beli KFC di Teluk Cempedak

*drive-thru jer..senang*

Then lepak di tepi pantai di belakang Mini Zoo Taman Teruntum

*sampai sekarang tak tau apa nama tempat tu..yang pastinya ia adalah tepi pantai*




Hmmmmmmmmmm

Memang masing2 akan menyebut2 nama Baba

Sabarkan diriku ini....

 
Sedih....

Sebab tak dapat nak snap gambar pantai

Battery handphone drain





Alhamdulillah...

Menjelang Maghrib baru sampai ke rumah

Berjaya melepasi ujian driving dalam hujan lebat

Bukan apa...mata saya ni ada problem sikit la

Susah nak fokus kalau ada gangguan macam silau or hujan

Aufa Irdina siap request nak pergi jenjalan lagi esok

Katanya...."Best la Mama bawa kereta...Aufa tak pening pun"

Hmmmm memang la tak pening...dah Mama bawa kereta ala2 Miss Universe...wahhh perumpamaan taknak kalah! ;p



Tapi....

Kita tak boleh pergi mana2 dah...

Sebab...

Roadtax akan expired tepat jam 12 malam kejap lagi...

Kita tunggu Baba balik la yea hari Sabtu ni...




Alhamdulillah...

Ternyata chemistry antara kami sangat kuat

Pergilah sejauh mana pun...

Bilamana hati saya mengomel berkata..."mana la baba ni..tak ingat dekat aku ke? dah sampai ke belum ni?"..dan macam2 lagi la...

Tiba2 ada notification di FB via my S II

Ohhhh Baba update staatus rupanya...kata dah sampai Riau n beruntung sebab dapat hotel 4 stars dengan bayaran yg murah

*Baba close friend saya dalam FB..so saya akan dapat notification everytime dia update status or apa2 jer laa yg dia buat dekat FB*

Hati saya mengomel lagi..."hmmm takpe la..Baba taknak update dekat aku...siapalah aku ni..."

*konon2 nak merajuk la tu...*

Saya pun dengaan sedihnya buka FB n baca semula status update Baba

Ehhh...ada notification la pulak...sejak dua menjak ni ntah apa2 FB for android ni...asyik la delay...semuanya nak delay..tak on time dah...nyampah!

Tengok notification...

 Laaaaaaa....Baba post dekat wall saya dulu..then baru la dia update status dia sendiri

Fuhhhh...lega...berbunga2 rasa hati!

*elllehhh..itupun nak berkira...alaaaaa..sumer pompuan memang macam ni kan...sentiasa inginkan keutamaan..kerana diri kami begitu berharga...wah!*








Sorry la yea

Bukan nak jadi joyah

Or nak menunjuk-nunjuk

Tapi...

Apa jua tentang Baba n AUFAs sangat berharga buat saya

Apa yang membuatkan saya rasa gembira, bahagia n bermakna

Akan saya abadikan di blog ini

Kenangan terindah...bak kata siapa ek...




Alhamdulillah...

Untuk hari ini...saya rasa sangat bersyukur







Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, December 16, 2012

*poyo semua ni!!!*

Sambungan post semalam




Menjelang malam... makin bertambah teruk mainan emosi rindu

Duduk bersandar tepi sofa

Buka gallery dalam phone

Cari gambar Baba

Belek2 gambar Baba

Automatically bergenang air mata

*wahhh! memang poyo semua ni!!!!*





Pastu curi2 buka FB Baba

*jangan marah yea Baba*
*saya tak buka notifacation n inbox tau*

Sebab member2 dia yang pergi Thailand ada update kisah dekat sana

So, at least saya tahu la juga pergerakan Baba di sana




AUFAs nampaknya belum parah macam Mama dia lagi

Maybe bila Mama diorang yang out station..barulah parah kot hati diorang...heee




air mata rindu...sobsobsob



Issshhhh bukannya nak jadi queen control or what so ever

Yang faham...faham la kan...

*malas nak explain*




Around 10:40 pm

Tetiba ada call daripada number +66

Bila dengar jer suara Baba

Makin berderai la air mata saya

 *lagi la poyo!!!*

Macam dah bertahun2 tak jumpa n tak dengar suara

Padahal baru 2 hari...

Baba terkejut n cemas bila dengar saya menangis

*tau pun...lain kali jangan buat lagi!*

AUFAs pun...apa lagi...

Done2 urut kaki saya...ala2 nak memujuk gitu

Selalunya bila minta tolong urut kemain liat lg kan...





Fuhhhh punya lega lepas tu

Tenang setenang tenangnya

*sampai 3x ulang perkataan tenang...memang tenang sangat la tu*





Yang membuatkan saya rasa lawak sangat

Bila Aufa Irdina n Aufa Qistina pulak yang cuba memujuk saya

Terbalik sudaaaa

"Mama...lepas ni jangan nangis lagi tau...kitaorang kan ada..."

"Tengok tadi...kan Adik dah pujuk Mama..Adik dah urut kaki Mama"

Alangkah beruntungnya saya!

*Alhamdulillah*

Sebelum tidur pun diorang pesan benda yang sama

Aufa Irdina kata.."Baba kan dah pesan dengan Aufa..suruh jaga Mama n adik2 Aufa"

Okay la..okay la...lepas ni Mama tak nangis lagi

*Sayang anak2 Mama!*

*haaa yang ini serious tak poyo! ;p*




Aufa Irdina meluahkan rasa...boleh sampai ke Thailand tak kapal terbang kertas ni? heee



Hmmmmmmmmm

Saya rasa la kan

Yang membuatkan saya jadi emosi sangat

Sebab dekat sini kami takde sesiapa

Kalau jadi apa2..memang saya tak tahu nak refer pada siapa

Kami kan perantau warrior...

Pulak tu...manja tak habis2

Lagi la rasa mengada2 tu terlebih2

*padan muka..poyo sangat!*



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, December 15, 2012

Bila resah...*ala2 lagu Anuar Zain*

Cukup lemah nak layan rasa rindu ni

Lemah betul!

Sebab sakit sangat rasanya

Perit..Pedih..Pahit..Pizza...ehhh silap channel! ;p

*..that's me..sedih2 pun tetap boleh ketawa...*



Baba pergi Thailand tengah malam/awal pagi 14hb hari tu...hari Jumaat la kiranya

Ada khidmat komuniti di perkampungan Muslim di sana n ada lawatan ke beberapa tempat..ntah tak tahu la pulak nama tempat2 tu

Saya ni dah kenal Zaki a.k.a Baba 10 tahun..3 tahun bencinta 7 tahun berumahtangga

Dalam tempoh 3 tahun bencinta tu..Baba dah memang busy dengan perwakilan pelajar yg di UIA disebut SRC..

Dalam tempoh 7 tahun berumahtangga..*walaupun rumah takde tangga*..Baba busy dengan kerja sebagai Pegawai Kebudayaan di universiti

Sibuk sesibuknya...program silih berganti...yang bertindan pun ada...bukan setempat jer..satu Malaysia programnya...ada juga yang melibatkan internationale...

Belum lagi meeting yang boleh dikatakan setiap hari...tugas sebagai Fellow/warden lagi

Fuhhhh...cara saya menulis ni menggambarkan betapa saya faham dan sebati dengan tugas n kerja Baba

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hmmmmmmm
 
Banyak kali saya tekan space bar
 
So...faham tak apa yang saya rasa?
 
Actually..nak tekan lagi banyak sebenarnya...barulah sama dengan rasanya
 
Tapi takpelah....faham2 sendiri la yea...
 
 
 
Entahlah.....*kan dah mengeluh*
 
Saya faham semuanya...saya tahu itu adalah amanah dan tanggungjawab Baba
 
Sumber rezeki Baba untuk disalurkan kepada kami dalam erti kata...nafkah
 
Haaaaa NAFKAH???
 
*ada cerita lucu disebalik perkataan nafkah itu...biarlah menjadi rahsia saya dan Baba*
*saja jer kan...dah tahu rahsia...tak payah la mention dekat sini*
*saya dengar suara hati anda...it's ok..I allow it..saja nak bagi suspend*
*oklah..sambung semula cerita*
 
 
Kalau program Baba sekitar UMP jer...or sekitar Kuantan jer
 
Saya okay la sikit...*ada juga sebenarnya rasa tu*
 
Bila Baba kena out station yang jauh2...macam ke Thailand ni
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*space bar lagi*
 
Susah saya nak rumuskan rasa yang ada ni
 
Ya...saya rindu
 
Giler ke apa tak rindu dekat suami sendiri
 
Sedangkan orang lain pun rindu dekat suami saya...apatah lagi saya....kaaaaaaaaaan?
 
 Tapi..saya taknak layan sangat rasa rindu ni
 
Sebab dah tua...*walaupun belum lagi..tapi sebab ikut cakap orang jer ni...orang tua tak boleh rindu pada suami/isteri..wakakaka*
 
Actually..saya kena kuat demi AUFAs
 
Sebab AUFAs pun keadaannya lebih kurang sama dengan saya
 
Bila Baba takde...suasana memang suram jer...macam ada yang tak kena...tak lengkap
 
Boleh nampak bila Baba tak pergi mana2 pun..juz pergi kerja...sepanjang hari suasananya biasa jer...bila Baba balik dari kerja...automatically suasana jadi meriah! serius!
 
*kalau tak percaya...boleh datang rumah saya n saksikan sendiri*
*nonsense*
 
AUFAs ni pulak jenis suka meluahkan
 
Bila asyik bertanya...bila Baba nak balik, rindu Baba
 
Itu yang menduga emosi saya
 
 
 
 
Balik daripada Thailand hari Selasa ni
 
Esoknya terus berangkat ke Riau, Indonesia
 
Mau tak jammed!!!!
 
First time kami tinggal di sini bila Baba out station lama
 
Selalunya kami akan balik kampung Melaka or stay dekat rumah kakak di KL
 
This time saya yang decide taknak pergi mana2
 
Saja nak survive
 
At last...baru 2 hari Baba takde
 
Dah tak keruan!!!!
 
Sebabnya...Baba langsung tak contact
 
:(
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
rindu nak berebut tidur atas pangku Baba...sambil buat muka *ingat-comel-sangat*...
 
 
 
 
 
*Ba....call la kami...sms ke..on FB ke...takkan takde line dekat sana.....*

 
 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, December 14, 2012

121212 vs 131112

What a unique n special date!

Special di mata saya la kan...

Sebab kedua2nya adalah tarikh birthday Aufa2

121212 adalah birthday aufa Qistina yang kelima tahun

131112 adalah birthday Aufa Irdina yang keenam tahun
 
 
 
 

HAPPY BIRTHDAY ANAK2 MAMA YANG TERSAYANG
 
...belated birthday wish

Mama sentiasa doakan semoga anak2 Mama terus membesar dengan kesihatan yang baik, terus berusaha memperbaiki diri samada dari segi ilmu mahupun akhlak...jadi anak2 yang solehah n genius yea sayang...

Moga segala doa Mama untuk kalian mendapat restu Ilahi...aameen


salah satu hobi Aufa2..buat khemah...habis segala selimut n bantal jadi bahan utama untuk buat khemah...dah lama minta khemah princess tak dapat2 lg...dah takde ruang dah dekat rumah ni...hmmmm oh ya! mcm da dapat idea nak bagi hadiah apa sempena birthday diorg...ok set!



Aufa Irdina sepanjang usianya 6 tahun...



Aufa Qistina sepanjang 5 tahun berada di dunia..






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, December 9, 2012

7 tahun : Masih baru tapi bukan pengantin baru..

9 Disember 2012

Genap 7 tahun saya memegang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang isteri

Masih baru...

Tapi bukan pengantin baru la kan...of cozez!



AufaZanKi at 7th years journey of marriage


Banyak yang telah saya pelajari

Banyak juga yang telah saya lalui

Banyak lagi yang perlu diperbaiki

Banyak lagi yang perlu diterokai






Untuk tahun ini..terlalu banyak dugaan yang terpaksa saya hadap

Ya...memang semuanya adalah TERPAKSA

Saya paksa diri saya untuk tabah dan sabar mengharunginya

Walaupun..terkadang memang goyah sangat

Belum cukup kuat untuk berdiri tegak dan gagah

Perkahwinan bukanlah sekadar perkahwinan

Ianya lebih daripada apa yang sepatutnya kita fikirkan

Ia memerlukan kepada perlaksanaan

Ia menuntut kepada sebuah kejujuran, kesetiaan dan tanggungjawab






Bilamana aqad sudah termetri

Terpikul satu amanah yang paling besar dalam hidup

Bukan untuk dikhianati

Bukan untuk dimungkiri

Bukan untuk dicemari




Untuk kamu...suamiku...

Terima kasih di atas apa yang telah diberikan selama 7 tahun ikatan halal ini terjalin

Teruskan meneroka ilmu rumahtangga dan praktikkan

Mohon dimaafkan atas segala kesilapan dan kekhilafan isterimu

Isterimu ini masih dan sentiasa mengharapkan bimbingan kamu...

Sama-sama kita hargai ikatan halal ini

Fokus pada keutamaan keluarga

Moga syurga menanti kita...





As you said...I'M YOUR LOVE FOREVER

And I wanna tell you that...

YOU'RE MY HEART FOREVER


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...