AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Sunday, February 28, 2010

~*jahil & kejam*~

Sebelum nie..aku akan mengelak untuk membaca mahupun melihat sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan terhadap insan yang masih kecil samada bayi mahupun kanak-kanak. Pun aku tak boleh tengok penderitaan yang dialami oleh mereka akibat penyakit, kesusahan, mangsa peperangan dan sebagainya. Teramat pedih hati nie bila mengetahui kesengsaraan mereka akibat kejahilan dan kekhilafan manusia yang bertopengkan syaitan dan bernafsukan iblis!!!

Actually bila berkumpul dgn adik-beradik...tetiba jer diorg dok bercerita tentang Syafia Humaira, kanak2 berumur 3 tahun mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya. Argghhhh!!!! kenapa????kenapa????kenapa???? aku terlalu kecewa bila dengar cerita macam nie. Kanak2 yang baru membesar, belum pun mumayyiz, masih perlukan pemerhatian dan pengawasan ibu bapa....disepak, ditendang, diperlakukan seperti bola. Bila aku dengar cerita2 macam nie...hati aku sangat tidak tenteram...pedih dan sedih sangat mengenangkan penderitaan kanak2 yg bernama Syafia Humaira ini. Jika ingin menyelami kisah sebenarnya...sila baca di sini, di sini dan di sini.


Manusia makin hilang keperimanusiaan, makin pudar rasa kasih dan belas sesama insan, makin membenarkan amarah iblis dan syaitan menguasai diri hingga sanggup merampas hak insan lain untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Jika di zaman Firaun hanya bayi lelaki yang akan dibunuh kerana bimbangkan kelahiran Nabi Musa yang akan mengganggu-gugat kedudukan Firaun. Jika di zaman jahiliyyah, mereka akan menanam hidup2 bayi perempuan kerana bimbang bayi itu akan mendatangkan aib kepada keluarga. Di zaman ini, bayi akan ditamatkan riwayat hidupnya tanpa mengira jantina kerana malu dengan perbuatan mungkar mereka sendiri. Bayi bukannya ditanam, tetapi dicampakkan ditempat yang kotor seperti tong sampah, lubang tandas  dan di merata2 tempat agar perbuatan mereka tidak dapat dikesan oleh orang lain.

SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM???

SIAPAKAH YANG LEBIH JAHIL???

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, February 24, 2010

~*...........*~

Pendam bukan beerti akan berdendam

Rajuk bukan bermakna ingin dipujuk

Tangis bukan bermaksud harus mengemis

Marah bukan tanda beralih arah


"SEPI...SEDIH...SENDIRI"




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*herba chenta*~


Kamu...biasa tengok tak buah yang dalam gambar nie?? Rasanya kaum hawa mmg familiar dgn buah nie...tapi sejujurnya aku mmg tak kenal sgt pun...hehe...

Nama buah nie adalah MANJAKANI. Biasa dengar kan...dan begitu sinonim dengan wanita. Buah manjakani sangat keras dan perlu diasah atau ditumbuk terlebih dahulu sebelum digunakan. Ada juga yang merebus buah ini untuk dijadikan minuman terutamanya bagi wanita dalam pantang. Berdasarkan pembacaan aku, ada yang menggelarkan manjakani sebagai herba cinta.....mungkin kerana kesaktian buah nie dalam menangani masalah dalaman dan luaran wanita...agar tampak hebat di mata suami....hahahaha....[malu...;p]
" Pengalaman aku...masa dalam tempoh berpantang anak yang sulung, mak beria2 mengasah buah manjakani, diambil serbuknya dan dilarutkan dalam air suam. Sebenarnya aku dah pesan awal2 dgn mak yang aku taknak makan or minum apa2 ubat selain pil. Tapi mak tidak mengendahkan amaran manja aku....mak kata..."nak sihat ke tak???!!!"....so aku kena akur juga la...aku cuba minum seteguk...baru nak telan aku dah rasa semacam...apalagi...bersembur keluar air tu...fuhhhh kelat teramat kelat!!! cannot go!!! At last...aku memang tak minum langsung air manjakani tu...dan mak pun dah serik agaknya...bersalin anak yang 2nd mak tak buat dah air manjakani utk aku....hehehe...aku juz bergantung harap pada jamu sendayu tinggi yang kesemuanya berbentuk kapsul...mudah dan berselera untuk aku telan!..."

Hakikatnya, buah manjakani memang mempunyai pelbagai khasiat dan rahsia yang amat sesuai untuk kaum wanita dan juga lelaki. Wanita yang belum berkahwin juga sesuai mencuba khasiat buah manjakani....gunakan tanpa was2!! hehe


Rahsia Manjakani / herba chenta :
  • Awet Muda – Antioksida melambatkan proses penuaan sel.
  • Pencegahan Kencing Manis – Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.
  • Pencegahan barah payudara dan rahim – Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan barah rahim.
  • Pencegahan bau yang tidak diingini – Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
  • Memulih otot dalaman faraj – Tannin pada manjakani khabarnya mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar atau kendur.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj – Astringen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.
  • Mengecutkan tisu-tisu – Astringen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit – Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  • Merawat ulser - air manjakani mampu merawat ulser tahap kronik.
  • Baik untuk gigi dan tulang - kalsium yang ada dalam manjakani mampu menguatkan gigi dan tulang
  • Menyihatkan mata - Astringen mampu memperbaiki penglihatan.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, February 23, 2010

~*emosi*~

Makhluk yang bergelar manusia penuh dengan emosi. Pelbagai emosi yang mewarnai hidup manusia bermula dari saat dilahirkan hingga ke saat dimatikan. Dan emosi ini merupakan anugerah yang tidak terhingga daripada Sang Pencipta, Allah Taala. Bagaimana agaknya rupa manusia andai hanya mempunyai akal namun tiada emosi...begitulah hebat dan sempurna ciptaan Yang Maha Esa...Subhaanallah...


Dan sebenarnya...aku berada dalam situasi emosi yang bercampur baur...atau lebih senang aku ungkapkan sebagai GANGGUAN EMOSI. Adakalanya aku rasa nak marah tanpa sebab yang munasabah...kadang2 rasa nak nangis tanpa sebarang alasan yang konkrit...dan selalu saja nak merajuk tanpa segan silu. ~~Allah...biasa la tu...perempuan kan....dah nak sampai masa 'tu' la agaknya  tu...((aku rasa mungkin ini yang sedang berbisik di minda kamu kan...i know...))  *sigh*....actually aku sungguh tidak selesa beremosi seperti ini...aku tidak mahu menjadi orang yang gagal..kerana orang yang cemerlang atau berjaya adalah orang yang berjaya mengawal emosinya sendiri.

Alhamdulillah...setiap kali GANGGUAN EMOSI ini menerjah ruang fikiran dan perasaan...aku sering mengamalkan beberapa  cara/tips untuk menenangkan diri sendiri...secara tidak langsung orang2 tersayang pun tidak menjadi mangsa...hehe...

1. Aku akan tarik nafas dalam2....tahan sekejap...then lepaskan....

2. Aku akan beristighfar...kalaupun tidak terlafaz di bibir...aku akan beristighfar dalam hati...sambil buat kerja...

3. Aku berdiam diri...coz kalau banyak bicara kan boleh mengundang kemarahan...

4. Aku bayangkan yang aku berada di tepi pantai...menyaksikan langit merah di saat matahari mahu menenggelamkan dirinya...kemudian kelihatan kapal terbang merintangi lautan...oh alangkah tenangnya hati ini....

      





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, February 9, 2010

~*boboy or gegirl*~

Ini adalah antara hidden agenda aku...sebagai rujukan aku...untuk mempermudahkan urusan aku...dalam mencari maklumat....berkenaan...............nak anak lelaki ke......perempuan lagi??? weeeee~~~~

Semoga info yg aku dapat nie...memberi manfaat buat kamu juga....yg belum kahwin pun boleh belajar....;))

"ALL FOR ONE..ONE FOR ALL"....kamu tau tak tagline sape tu??? Hehehehe....malam tadi aku join Aufa2 tengok movie "Barbie & The Three Musketeers".....nampaknya aku pulak yg lebih concentrate tengok drpd Aufa2........[aku jatuh cinta dgn Barbie....macamana nie...hehehe]

Orait...back to our main topic...hmmm kamu bacalah dgn teliti yea petua2 yg ada tu...n kalau ada addition...share la dgn aku yea.....[kak nita saaaayang semua..].....;p

****************************************************

info : http://alkiram.net/salam/2007/03/20/petua-mendapatkan-anak-lelaki-perempuan/


Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.


Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)


Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.


Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin
(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.


Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging

2. Banyakkan makan yg berasid

3. Amalan minuman kurang manis


Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama  “Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)


Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.


 

Tips ini hanya untuk kaum wanita yang mempunyai kitaran period yang tetap, kalau berubah-ubah tu mungkin susah nak apply. OK tengok calender di atas ni.
OK katakan period isteri tu bermula pada 7hb setiap bulan, dan biasanya haid akan stop selepas 7-8 hari, kebiasaanya lah. Jadi persetubuhan seawal habis period kebarangkalian untuk mendapatkan anak perempuan adalah lebih besar kerana di waktu ini ovum isteri hanya menerima kromosom X, iaitu perempuan. So, ini lah masa yang sesuai untuk mendapatkan anak perempuan,  masa ini juga lah kalau bersetubuh isteri tu shoot , jangan tersasar . Kalau tidak bercita untuk dapatkan anak or anak perempuan shoot to luar ok, nop elaborate lebih-lebih kan….pandai2lahh

OK selepas hari yang ke 15, masuk hari yang ke 16 lakukan hubungan kelamin di waktu ini lebih besar kebarangkalian untuk mendapatkan anak lelaki sebab selepas hari ke 16 ovum isteri hanya menerima kromosom Y, iaitu lelaki.

****************************************************************************************
info : http://www.hamidarshat.com/merancang-jantina-informasi-75.html


Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.


Merancang anak perempuan


Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;
 
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’

      3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam     sebelum persetubuhan dilakukan.

**************************************************************

PESANAN PENAJA :

Kita hanya mampu merancang....kuasa untuk merealisasikan perancangan itu hanya ada pada Yang Esa

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*suatu masa*~


SUATU MASA

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu

Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, February 6, 2010

~*jiwang*~



Entah kenapa..lately aku kembali kepada minat yg dah lama aku tinggalkan. Bukan kerana merajuk atau bosan dengan minat itu...cuma keadaan dan ketika yang tidak mengizinkan...maklum sajalah...status bertukar setiap tahun...sejak 2005-2006-2007. 

Kini aku rasa minat itu kembali bertaut...anak2 pun makin mudah untuk diuruskan dan tidur dgn lena setiap malam...so aku pun boleh la layan minat aku nie......jika berkesempatan dan tiada gangguan daripada pihak penaja....;p

Kalau dulu..aku juz layan begitu jer..sambil baring dan akhirnya lena. Sekarang....sambil layan sambil menyembang di facebook...sambil membaca menambah ilmu...sambil mencari ruang untuk memuhasabah diri.


Apakah minat aku tu yea....???
Hehehe.........................aku suka layan lagu2 jiwang......lagu2 zaman remaja dulu.......era 80an-90an......
Best la lagu2 retro nie.....rasa melayang2...terawang2...terkenang2....terimbas2....segala kenangan masa lalu. Lagu yang paling aku suka adalah lagu2 M Nasir dan Jamal Abdillah....esp lagu 'suatu masa' dan 'sepi seorang perindu'. Lagu2 lain pun layan juga...asalkan sesuai dengan citarasa jiwang aku........:)))



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, February 5, 2010

~*bateri tv*~

Pada satu malam yang sungguh hening...si panjang sudah menyinggah di angka 11...manakala si pendek semakin menghampiri angka 12.........seorang mak yang kelihatan sungguh layu matanya membebel sendirian di dalam hati,
 "Anak2 aku nie tak reti nak tidur ker...aku nak layan sinar nie...macamana aku nak buat ek"

Si kakak dan si adik sedang asyik menonton rancangan 'Venom Er' di Animal Planet...sambil si kakak menutup kedua2 telinganya kerana takut melihat aksi ular yg hendak mematuk tupai. Tiba2 si kakak bersuara, 
"Mak...tukar mak...tukar"
Si emak dengan gembiranya terus menekan channel 857...dan cuba mengadu domba dengan si kakak dan si adik,
"Alamak! kenapa TV nie...takde gambar la...macamana nak buat nie...kakak tahu tak?"
 Si kakak pun berkata,
" TV dah rosak...kakak tak tahu"
Si emak meneruskan misi mengadu dombanya,
"Adik tahu tak nak buat macamana?"
Si adik yang sebenarnya tak faham dan tak tahu apa2 dengan pelatnya berkata,
"Adik tak tahu..."
Si emak cuba mengawal keadaan yang agak konfius itu dengan berkata,
"Kalau TV dah rosak...tak dapatlah nak tengok cartoon"
Nampaknya...hati emak berbunga2 keriangan kerana dapat melayan Sinar.fm sampai ke pagi. Tiba2 si kakak mencelah,
"Nanti bapak beli bateri. Bateri TV dah rosak. Esok bapak beli bateri baru"
Si emak rasa hendak tersembur gelak bila mendengar kata2 si kakak. Bila masa pulak TV guna bateri....takpe2...layan jer imaginasi dia. Rupa2nya si kakak cuba mencari jalan penyelesaian. Si emak cuba menduga akal si kakak,
"Bateri tu nak letak kat mana yea kakak?"
" Letak kat belakang TV...bateri besar"
Ha ha ha ha.......emak  menahan gelak...takut si kakak terasa hati.Akhirnya...mereka sama2 melayan alunan lagu di Sinar.fm.

 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, February 4, 2010

*~rasa*~

 
Oh sang rasa
Bantu aku 
Aku ingin kamu
Pergi dari sini
 Pergi jauh-jauh
Dan
Tolong jangan kembali
 
*~*
Aku bukan membenci kamu
Wahai sang rasa
Aku hanya
Ingin sendiri tanpa kamu
Yang selalu sudi
Menjadi teman hidupku
 
*~*
Maafkan aku
Kerna aku harus katakan ini
Kamu
Telah melukai aku
Dengan 
Rasa yang kamu ada
 
*~* 
 
Maafkan aku
Dan 
Silakan
Pergi dari hidupku
Terima kasih
Jangan datang lagi

*~*

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, February 3, 2010

~*rindu padanya*~

Aku rindu kat mak abah....teramat rindu....:((

Pagi tadi aku call mak...bercampur baur perasaan nie...aku tahu mak pun cuba menahan rasa sebak...terdengar ada getar pada suara mak. Aku macam biasalah...cuba nak create happy mood..walaupun....aku pun sedih sgt2 time tu....Alhamdulillah mak abah sihat..tangan mak yg patah tu pun bertambah baik. Yelah kan..kalau tak baik..macam mana mak nak siang ikan..(time aku call mak tengah menyiang ikan..katanya). Abah takde kat rumah...pergi menyabit rumput untuk lembu2 kesayangan abah tu...bulan julai 2010 nie abah sudah menjangkau usia 71 tahun..tapi kudrat abah masih lagi teguh...still nak mengembala lembu. Kesian tengok abah..tapi nak buat macam mana lagi..abah taknak berehat. Mak pulak bakal berusia 68 tahun julai 2010 nie. 

Walaupun aku dah berkahwin..tapi tahap manja dan mengada2 aku nie masih tak berubah. Aku still nak kan perhatian mak abah...bila dah lama tak jumpa mak abah automatik aku akan rasa sepi..kosong..sedih....macam yang aku sedang lalui lately. Kalau boleh aku nak tinggal sekali dengan mak abah. Tapi aku harus utamakan suami...coz syurga aku sekarang terletak di bawah telapak kaki suamiku. 

Sekadar luahan untuk menghilangkan rasa rindu terhadap mak abah. Kadang2 rindu nak tengok reaksi mak bila diusik/disakat oleh kudik..adik bongsu aku. Dia mmg suka usik mak...n aku happy sgt bila tengok mak happy.

 mak & kudik

Mak bahasakan diri dengan gelaran "elah"...nama asal mak Hazizah, tapi orang panggil Leha...jauh betul beza!! Hehe...sampaikan ada anak sedara yang panggil mak..."nenek elah"...Walaupun mak orang pantai..tapi bahasa mak tak seperti orang pantai. Maksud aku...biasanya orang melaka yang tinggal di kawasan pantai..bahasanya agak kasar...kamu sure tahu kan macam mana orang melaka cakap...kasar la sikit berbanding orang negeri lain. Mak tak pernah bercakap kasar...dan melarang keras anak2nya dari  bercakap kasar...hatta perkataan bodoh pun tak boleh cakap...nanti kena cili!! Hehe.....how I really miss my mak....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...