AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, February 21, 2012

Donut Gebooo : Menu dinner

Dah lama tak buat donut...and dah berminggu-minggu teringin nak makan donut. Finally berjaya juga merajinkan diri yang makin membuyung ni...

Sebelum Maghrib tadi...saya start buat dough. This time saya tiru resepi dari internet. Before this, saya buat donut yang simple jer...kakak ipar yg ajar. But then, bila dah lama tak buat...terus terlupa resepinya...hehehe.

So, since last night dok meng-google resepi donut. Tertarik nak tiru resepi dari My Resepi...tengok macam senang jer nak buat. 


Inilah donut gebooo itu....


Resepi donut gebooo ini adalah :

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit  ((saya gantikan dengan susu formula yg Aufa2 minum...hehehe...sebab takde stok susu segar kat rumah))
  • 1/2 cawan gula halus  ((saya kurangkan jadi 1/4 cawan...))
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter  ((saya guna shortening))
  • 5 cawan tepung gandum  ((rasanya macam lebih dari 5 cawan jer yg saya guna... ))
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah dengan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut dengan icing semasa donut itu masih panas.





Tak sia-sia tiru resepi ni...memang berbaloi-baloi!!!! Geeeeboooo sangat! Cer tengok gambar...terasa tak kegeeeboooan donut itu???? Kikikiki...

So, menu for dinner malam ni adalah donut gebooo...kenyangnya...minum pulak dengan nescafe O...fuhhhh!!! *tapi...dah minum nescafe pun...mata tetap mengantuk! mau tidur...*

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...