AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, February 23, 2012

"Kita kan orang Islam..."

Nak cerita pasal puteri berdua tu...Aufa Irdina & Aufa Qistina. Sekarang ni kan...ehhhh dah lama dah sebenarnya...modal diorang dalam bercakap adalah... "kita kan orang Islam...". Memang saya dah mula kenalkan Aufa2 dengan Islam...perbezaan antara orang Islam dan orang bukan Islam.  Sebab...pengaruh TV sangat kuat la sekarang...dengan pengaruh persekitaran lagi...takut sangat! So saya ambil pendekatan untuk memberi kefahaman kpd Aufa2 bermula dari diorang kecil lg. Mudah-mudahan Aufa2 akan faham sedikit demi sedikit....

Aufa2 akan gunakan frasa "kita kan orang Islam..." dalam situasi2 tertentu...contohnya....


***Bila berkaitan dengan haiwan. Aufa2 kan fanatic Barbie...dalam movie Barbie mesti ada anjing. Mengikut hukum Islam, anjing adalah dalam kategori najis mughallazah/najis berat. Begitu juga dengan khinzir...or Aufa2 sebut 'oink-oink'. Majoriti siri kartun yg ditayangkan di TV untuk kanak-kanak mesti ada watak khinzir. Untuk memudahkan mereka faham tentang dua haiwan ini...saya menggunakan pendekatan macam ni..."Kita orang Islam...orang Islam tak boleh pegang dog/puppy...kalau pegang cat...boleh". Sebenarnya bukanlah hukumnya 'tak boleh' langsung pegang anjing dan khinzir...hukum yg sebenarnya adalah harus. Tapi, jika kita tiada niat khusus atau tujuan tertentu...adalah lebih baik kita elakkan daripada memegang kedua-dua haiwan ini...kerana bila kita dah pegang anjing atau khinzir, kita wajib melakukan samak (cuci dengan 1 gayung air tanah dan 6 gayung air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa). Islam kan tidak menggalakkan kita melakukan perkara yg sia-sia. Insha Allah...bila Aufa2 dah besar dan dah sampai tahap untuk mereka belajar tentang hukum..mudah-mudahan mereka akan faham. Pernah la juga Aufa2 minta kami belikan puppy (anak anjing) bila mereka tengok di kedai haiwan...yelah...tidak dinafikan memang ada la juga comelnya puppy ni...that's why saya cepat2 twist minda mereka n beralih kepada haiwan lain seperti kucing, arnab dan hamster. Saya sangat suka bila dengar Aufa2 cakap.."Mama...kita tak boleh pegang dog kan..kita boleh pegang cat kan? Kita kan orang Islam...". How sweet they are! Alhamdulillah...at least they learned something from her Mama...


***Masih lagi bab Barbie. As we know...fesyen2 omputih ni kan semuanya jenis yang 'tak cukup kain'...hatta di Malaysia ni pun dah ramai yang terikut-terikut fesyen ala-ala 'tak cukup kain' ni...orang Islam pulak tu! Sadis...sungguh sadis! Setiapkali Aufa2 tengok cerita Barbie or whatever movie yg ala-ala macam tu..saya memang kena selalu ingatkan diorang. " Kita tak boleh pakai macam tu...tak tutup aurat...kita kan orang Islam...kena tutup aurat ". Bila kita dah selalu ulang...Alhamdulillah Aufa2 semakin faham nampaknya...dan akan ulang apa yang saya cakap. Saya perhatikan Aufa2 macam faham jer aurat tu apa..sebab bila nak keluar pergi jalan-jalan diorang mesti nak pakai tudung dengan alasan..."Aufa/Adik  kan dah besar...kena tutup aurat ". Alhamdulillah...moga berkekalan sampai bila-bila...ameen. One more thing...tentang mewarnakan rambut. Aufa2 tak pernah la minta nak warnakan rambut...cuma diorang sebok nak warnakan rambut Barbie sebab diorang pernah tengok dalam you tube. Adoii la...dugaan sungguh bila anak2 fanatic Barbie nie...sampaikan Aufa pernah cakap macam ni... " Tengok Barbie tu...kenapa rambut dia color macam tu? Aufa nak color rambut dia jadi color pink.." So, saya cuba jelaskan pada Aufa2..." Rambut Barbie memang macam tu...kita orang Islam...tak boleh color rambut...berdosa...Barbie tu bukan orang Islam..." Hopefully Aufa2 faham....

Actually, ada juga ketikanya Aufa2 gunakan frasa "kita kan orang Islam..." pada situasi yg kurang sesuai. Contohnya, kalau Aufa2 tengok haiwan yg ganas or merbahaya seperti ular sawa...diorang akan cakap "Mama...orang Islam mana boleh pegang snake kan?"...So, di situ saya kena explain sehingga mereka faham..."Orang Islam boleh pegang snake..tapi snake tu kan bahaya...so jangan la pegang...".


Pada peringkat anak-anak yang sedang giat menggunakan minda mereka...peranan ibu bapa sangat penting lantaran pendidikan awal adalah bermula dari rumah. Pimpinlah anak-anak mengikut landasan yg betul agar mereka tidak tersilap langkah. Bak kata pepatah...'melentur buluh biarlah dari rebung'. Dan sebenarnya...selagi hayat dikandung badan, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi pendidikan yg sempurna kepada anak-anak tidak kiralah berapa usia anak sekalipun. Kata-kata nasihat dan motivasi daripada ibu bapa juga merupakan pendidikan yg tidak akan putus kecuali apabila maut datang menjemput.


Banyak lagi yg saya perlu pelajari sebenarnya....moga dipermudahkan oleh Nya...ameen


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

2 comments:

Rekta Maya said...

~Sweet~ Thanks for sharing

AufaZanKi said...

Thank you Cik Mira... :)

Seronok layan telatah anak2...hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...