AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, March 5, 2010

~*kontraksi**epidural**episiotomi*~

Pernah merasai pengalaman bersalin? Opppsss yang lelaki pastinya tidak pernah...mungkin hanya memerhati dari kejauhan...atau punya pengalaman menyaksikan/menemani isteri dalam labour room? Fuhhh!!! hebatnya wanita...Maha Suci Allah...perut/rahim yg asalkan flat,slim n steady boleh meregang, mengembang untuk menampung janin yang boleh mencapai berat lebih daripada 4kg. Laluan yang asalnya sempit, yang kurang daripada 1cm (agaknya...;p) boleh membuka sehingga 10cm demi untuk memberi laluan kepada janin yang telah bergelar juara. Hebatnya wanita kerana sanggup bertarung nyawa demi menyambung zuriat keturunan Bani Adam. BRAVO!!!!


4 tahun lepas...aku bertarung nyawa untuk melahirkan anugerah cinta yang sulung. Selama hampir 12 jam aku berperang dengan kontraksi yang berperingkat. Bermula pada jam 8:30 pagi berakhir pada jam 8:30 malam. Maklum sajalah...anak sulung...laluan belum ada...jadi ambil masa jugalah untuk kontraktor2 kontraksi untuk membina lebuhraya yang mantap dengan berlantaikan karpet merah (darah) bagi menyambut kemunculan puteri harapan bangsa....hehehe. Bercampur-baur perasaan aku masa tu...takut, sakit, cemas, risau, resah, gelisah...namun aku tenangkan dengan ayat2 cinta yang sentiasa menjadi penawar. Sakit yang sukar untuk digambarkan...atau aku boleh umpamakan sakitnya seperti sakit senggugut...tapi gandakan dengan 100 atau 1000. Bayangkan....betapa sakitnya kontraksi itu! Itu yang menyebabkan menjelang tengahari aku memohon daripada doktor untuk mengambil ubat tahan sakit yang bernama Epidural. Aku dapat tahu tentang ubat tahan sakit nie melalui pembacaan. Epidural ini melibatkan suntikan khas ubat bius setempat ke dalam lapisan lemak epidural (epidural space) yang mengelilingi cecair saraf tunjang (cereberospinal fluid) melalui celahan tulang belakang pada bahagian pinggang pesakit. Sejenis tiub halus turut dimasukkan ke dalam lapisan lemak epidural pesakit untuk memboleh ubat bius di masukkan secara berterusan ke sehinggalah ibu selesai bersalin. Ubat bius ini akan bertindak menghalang penghantaran isyarat kesakitan daripada bahagian rahim dan vagina daripada sampai ke otak. Kesannya ialah kesakitan di bahagian pinggang dan ke bawah tidak di rasai oleh pesakit.Ingin tahu lebih lanjut sila klik di sini. Dan alhamdulillah...derita kontraksi berkurang dengan adanya Epidural...tapi masih lagi sakit!!! Dalam masa menahan rasa sakit, aku terpaksa menebalkan muka untuk berdepan dengan doktor lelaki yang juga merupakan kawan mr zorro....aduhai...malunya aku...kenapalah dia diamanahkan untuk menguruskan proses bersalin aku...takkanlah takde doktor perempuan...malu!!!!! Tapi aku patut berterima kasih pada doktor Nik...disebabkan dia...akhirnya dapat jg mr zorro masuk ke labour room tanpa pernah memasuki apa2 kelas yang berkaitan. Kata kawan kan.....;p

Bermula dengan kontraksi 1:10...sebutannya (one in ten)...maksudnya sekali kontraksi dalam masa 10 minit. Masa tu laluan baru membuka 3cm. Kontraksi pun tak kuat n sakit...juz rasa sengal2 jer. Best juga mengira kontraksi nie...aku bekerjasama dengan nurse mengira kontraksi sambil menemuramah dia. Hahaha...sempat lagi kan...tapi berbaloi la juga usaha temuramah aku tu...lupa sekejap rasa sakit n dapat macam2 info kesihatan. Bila laluan membuka 5-6cm,  kontraksi  menjadi 4:10....dalam masa 10 minit lebih kurang 4 kali kontraksi menyerang. Walaupun aku mengambil Epidural...kontraksi yang dialami amat menyengalkan. Aku tak dapat bayangkan orang yang tak ambil apa2 ubat tahan sakit...ohhhh kiranya aku nie tak aci la ek....time nie mr zorro dibenarkan masuk menemani aku. Aku ingat lagi macamana kuatnya aku genggam tangan dia bila kontraksi mencengkam...nasib baik tulang tangan dia tak remuk!! Bila laluan sudah membuka 10cm...doktor Nik n beberapa orang nurse  sudah mengelilingi aku...mr zorro berada dekat di sebelah aku...aku diminta untuk menarik nafas n push!! Mula2 tu macam tak berapa pandai nak push..takut benda lain pulak yang keluar nanti! Hehehe...usaha pertama tak berhasil. Aku tarik nafas dan push sekali lagi...masih tidak berhasil. Lalu aku nampak nurse dah ambil gunting untuk melakukan episiotomi atau dalam bahasa kampungnya kita sebut 'gunting'. Aku rasa episiotomi dilakukan coz baby aku besar or cuba baca di sini

Lepas tu baru aku rasa mudah jer nak push...terus keluar kepala baby. Nurse tak bagi push lagi coz nak betulkan kedudukan kepala baby. Then bila kedudukan kepala baby dah ready...baru boleh push for the last. Time nie baby meluncur keluar dengan mudahnya...ALHAMDULILLAH...aku tak tahu berapa puluh or ratus ucapan syukur itu aku lafazkan bila semuanya selesai...maksud aku bila baby selamat dilahirkan. Gembira dan amat terharu!! Mr zorro yg juga gembira dan teruja sampai tersasul diazan dan diiqamatkan puteri sulung kami...hahaha...sepatutnya iqamat saja kan...tapi takpe...at least puteri itu awal2 lagi dah dengar azan.Jam 8:30 malam Aufa Irdina selamat dilahirkan. Proses menjahit luka episiotomi pun bermula..opppss sebelum tu nurse bersihkan rahim dulu...takut ada sisa2 yang tertinggal yang boleh membawa maut! Then baru boleh jahit tanpa rasa sakit pun...lupa ker...kan aku ambil epidural...hehehe. Bila selesai proses jahitan dan pembersihan...doktor Nik datang lagi untuk memeriksa tahap kesihatan aku. Arggghhhh...aku tak boleh nak pandang dia time tu...malu yang teramat malu!!! Yealah kan...kawan suami sendiri tu....then dia nak cabut semula epidural...lega rasanya...dalam jam 10 malam selesai urusan di labour room. Aku dan Aufa dimasukkan semula ke ward.

1st day of her born...lovely!

Sujud dan tahmid hanya layak diucapkan Pada Yang Maha Esa. Pengalaman yang amat berharga dalam hidup aku selepas 26 tahun. Aku bercerita tentang pengalaman bersalin nie...coz adik ipar aku sekarang ni sedang bertarung nyawa untuk melahirkan baby sulung. Tu yang teringat pengalaman sendiri...mula2 rasa taknak mengandung n bersalin lagi...serik rasanya...tup tap tup tap...keluar lagi yang kedua. Tapi pengalaman kedua agak berbeza dengan pengalaman pertama. Ada rezeki, ada ketika...insha Allah akan dikongsikan pengalaman itu.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

3 comments:

arin said...

eeiii... terasa takut lak.... takut tak leh tahan sakit tuh... kalau blh tak nak amik epidural...

AufaZanKi said...

insha Allah...kalau rasa yakin n kuat semangat x perlu ambil ubat tahan sakit...no worries okay....:))

LynaSakura said...

Sy x ambil pn epidural,mmg sakit sgt time nk tggu bukaan ke 10 cm smpi nurse bg bantuan oksigen. Baru 7cm dh terteran,bebel nurse hihihi...tp doktor ok jer. Alhamdulillah dpt doktor perempuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...