AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, March 16, 2010

~*antara tragedi dan fakta : suratan atau kebetulan*~


 Info ini saya ambil daripada diari lama saya...tahun 2003. Ianya berkenaan tragedi 11 September 2001 di World Trade centre (WTC) New York. Fakta ini ditemui oleh Dr Zaghlul Najjar, seorang ulama' Mesir yang bijak dan arif dalam bidang sains dan pernah mengajar di Amerika.Menurut kajian yang telah dibuat, beliau mendapati terdapat satu ayat di dalam al-Quran  yang seolah-olah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini. Namun hanya Allah Taala yang Maha Mengetahui samada ianya memang benar2 tersurat atau hanya satu kebetulan. Maha Suci Allah....

Fakta Tradegi :
  • Ketinggian bangunan WTC : 110 tingkat
  • Hari  kejadian : 11 haribulan
  • Bulan kejadian : 9 (September) 
  • Tahun : 2001
Fakta al-Quran :
  • Ayat : 110
  • Juzu' : 11
  • Surah : 9 (surah at-taubah)
  • Huruf terakhir dalam ayat ini adalah huruf ke : 2001

Firman Allah Taala :
(Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ini adalah satu perbandingan yang tepat. Tetapi sejauh mana persamaannya hanya Yang Maha Esa yang layak untuk menetapkan kesahihan perbandingan itu. Sebagai Muslim, kita wajib percaya dengan qada dan qadar Allah Taala. Apa pun yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah yang tersembunyi. Sekiranya Dia mengkehendaki sesuatu perkara itu terjadi...tiada apa yang mampu menghalang dan menidakkan qudrat 'azza wa jalla...



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

2 comments:

etomyam said...

saya lebih berat kepada suratan, kerana setiap ayat dalam quran tu mempunyai makna yang tersendiri..bagus sekali info ni

AufaZanKi said...

sy pun mcm tu...hanya Dia yg benar2 mengetahui...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...