AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, March 18, 2010

~*nota untuk suami isteri*~

Entri ini diinspirasikan oleh siti hasliza a.k.a kak za. Beliau merupakan sahabat saya semasa di UIA. Terima kasih buat kak za di atas entri yang sungguh memberi kesan mendalam bagi sesiapa saja yang membaca entri ini. Antara petikan entri yang menarik perhatian saya adalah :
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."

Ya, suami merupakan tunggak utama dan terpenting dalam rumahtangga. Suami perlu memikul tanggungjawab besar dalam membimbing isteri dan anak2 ke arah mencari restu dan redha Ilahi. Dalam masa yang sama suami wajib melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa. Suami perlu bijak menawan dan mengambil hati isteri dalam apa jua keadaan kerana hati wanita akan mudah tewas dengan pujukan dan belaian sang suami. Percayalah!!! (hehehe) Bak kata pepatah..“hati wanita sekeras kerak nasi, bila di sirami air, maka ia pasti lembut juga”. Sebenarnya, di saat kedua2 hati dengan rasminya disatukan menjadi suami isteri, secara automatik status suami/isteri akan bertambah menjadi sahabat, teman, kakak, abang, adik kepada pasangan masing2. Dan itulah sebenarnya fungsi suami dan isteri. Masing2 pasti ingin meluahkan perasaan samada marah, kecewa, sedih, gembira, teruja dan macam2 jenis perasaan. Maka, silalah jadi pendengar yang terbaik terutamanya suami...jadilah pendengar setia kepada isteri, kerana wanita secara semulajadi akan memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan mereka. Bila sudah berkahwin, sudah pasti wanita mendambakan suami yang sudi menjadi pendengar setia mereka.

Antara coretan kak za yang amat menarik perhatian aku lagi adalah :
"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan."

Selalunya kekurangan yang ada begitu dominan sehinggakan ianya lebih menonjol menutupi segala kebaikan.  Walaupun kekurangan tidaklah banyak...tapi itu juga yang selalu menjadi isu sehingga menerbitkan rasa tidak puas hati, menjeruk rasa dan akhirnya pasti akan mengeruhkan keadaan. Dalam apa jua keadaan, suami isteri harus pandai memainkan peranan masing2. Saling bekerjasama, sedia bertoleransi, bijak berkomunikasi adalah ciri2 yang perlu ada dalam rumahangga. Dan yang paling penting, suami isteri menjaga hubungan dengan sang Pencipta dan hubungan sesama makhluk. 

Mudah untuk berkata2...perlu kuat untuk melaksanakannya...insha Allah rumahtangga pasti bahagia dan dalam redha Ilahi. Terima kasih kepada kak za sekali lagi di atas ilmu yang sangat berguna. Banyak pengajaran yang saya perolehi melalui entri tersebut.



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

4 comments:

etomyam said...

apa yg penting..kerjasama...heheh, ikut lagu wonderpets

AufaZanKi said...

:) kerjasama itu penting...

suri said...

salam ceria..

huhu..benarlah justeru itu kita terimalah pasagan kita dgn seadanya..

hargailah dia..belailah dia, jagailah dia dgn sebaik2 layanan..Insyaalah pasti kita akan mendpt phla yg tdk terhingga dr Yang Maha Esa :)

AufaZanKi said...

wsalam.. :)

thanx suri sudi terjah blog ini...

belai-membelai itu kan bagus...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...