AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, March 30, 2010

~*rezeki...rezeki...rezeki*~

Alhamdulillah baru lepas makan sup tulang...bila perut sudah kenyang mulalah nak jadi ular sawa! Kalau ikut petua selepas makan tak digalakkan baring atau tidur...nanti perut buncit! Minum air pun sepatutnya setengah jam selepas makan...ermmm kalau kita makan di restoran macamana yea?? Takkan nak tunggu selama itu? 


Sedar tak sedar...separa sedar la kiranya nie...dah sampai ke penghujung bulan Mac. Apa pencapaian terbaik anda setakat 3 bulan pertama  bagi tahun 2010 nie? Tentunya ada yang sudah melakar kejayaan sulung kan...tahniah diucapkan! Moga kejayaan pertama itu menjadi pembakar semangat untuk merentap (kasar sikit!) kejayaan demi kejayaan. Opppsss! ada yang sudah menemui jalan buntu? Jangan begitu...perjalanan baru jer bermula...baru suku jer nie...anda semestinya punya banyak simpang...sila pilih mana2 simpang yang ada...dan pastikan simpang yang dipilih bukan simpang yang membawa anda ke dalam gaung ok! (bersastera kita hari nie ya..hehe)


Bagi saya, permulaan yang agak baik dalam laluan rezeki kerjaya saya. Bermula dengan panggilan untuk menduduki peperiksaan khas Pegawai Hal Ehwal Islam (S41) pada 12 Januari lalu. Alhamdulillah saya berjaya melepasi peperiksaan tersebut dan dipanggil untuk mengikuti Program Penilaian JAKIM pada 10-11 April depan sebelum dipanggil untuk peringkat temuduga. Secara peribadi, saya berasa tidak yakin untuk mengikuti sesi penilaian ini. Namun, sedaya upaya untuk melawan dan membuang jauh2 perasaan gundah gulana ini agar semuanya berjalan lancar. Semalam saya telah menerima satu lagi panggilan untuk menduduki peperiksaan khas bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41) dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41). Akan tetapi....tarikhnya pula bertindan dengan tarikh penilaian JAKIM, iaitu pada 10 April depan. Aduhai...hajat di hati memang nak cuba semua namun saya harus membuat pilihan.

Harap2 peluang kerjaya saya terbuka luas untuk tahun 2010. Saya memang sudah bersedia untuk kembali menggalas tugas walaupun masih terdengar2 bisikan2 manja yang berkata.."sampai hati ker nak tinggalkan anak2?"..."duduk kat rumah kan bagus..dapat didik anak sendiri..dapat tengok anak membesar depan mata"..."bukankah cita2 asal nak jadi suri rumah sepenuh masa?"....huh! itulah antara godaan emosi yang kerap mengganggu gugat keputusan saya untuk kembali bekerja. Harap2 dapat bertahan....



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

2 comments:

etomyam said...

wah..tahniah..pasti yg terbaik hehe

aufazanki said...

thanx en jaz..insha Allah..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...