AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, July 1, 2011

untuk suami dan isteri

UNTUK SUAMI....RENUNGKANLAH :

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.  Isteri menjadi tanah....kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman...kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan...kamu gembalanya. Isteri adalah murid...kamu mursyidnya. Isteri bagaikan anak kecil...kamu tempat bermanjanya. Saat isteri menjadi madu...kamu teguklah sepuasnya. Ketika isteri menjadi racun...kamulah penawar bisanya. Seandainya isteri tulang yg bengkok...berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita...betapa perlunya iman dan taqwa...untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru,. kamu akan tersentak dari alpa.. Kamu bukanlah Rasulullah saw......Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Kamu....Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin


UNTUK ISTERI...RENUNGKANLAH :


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.. Tidaklah setaqwa Ibrahim... Pun tidak setabah Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Suami menjadi pelindung...kamu penghuninya. Suami adalah nahkoda kapal...kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal ...kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja...kamu nikmati anggur singgahsananya. Seketika suami menjadi bisa...kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita...betapa perlunya iman dan taqwa...untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga,...pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.

Kamu cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin... 

Justeru itu wahai para suami dan isteri....Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.

DAN

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.


**GOOGLED**

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...