Video nie Aufa berlakon ala2 bercerita...ala2 pengacara pun ada gak! tapi kena faham2 sendiri la yea coz time nie Aufa speaking London tapi bunyi cina....Tengok jer la kalau nak tau apa yg Aufa buat... ;p
Next, Aufa jadi duta BabyTV.com...heheheeeee. Good training for her, to built her self confidence. Kami sentiasa menggalakkan anak2 untuk explore apa yg mereka minat but still under our observations.
Di sebalik apa yg telah saya ceritakan di blog ini, terutamanya berkenaan anak2...hanyalah ingin berkongsi pengalaman mendidik dan membesarkan anak2...cabaran dan dugaannya. Malah ingin berkongsi betapa seronoknya melihat anak2 mmbesar di depan mata...(pujuk diri sendiri yg kepingin bekerja..huhu). Inilah kelebihan yang saya miliki berbanding ibu2 lain yg bekerja.
1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.
2. Dorongan
Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.
3. Interaksi
Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.
4. Luahan perasaan
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.
5. Berdikari
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment