Hari ni dah 28 Syaaban 1432 Hijriah. Lagi 2 hari akan tibanya bulan yang penuh barakah...Ramadhan al-Mubarak. Bulan Ramadhan ni special sikit becoz pada bulan ni kita semua bebas dari godaan Syaitan laknatullah 'alaih, dan di bulan ini juga pintu syurga akan sentiasa terbuka manakala pintu neraka akan ditutup. Maha Suci Allah yang amat mengasihani hamba2Nya...kita sentiasa diberi peluang demi peluang untuk menjadi hamba yang sebenar2 hamba..bukan hamba yang berlagak diva dengan yang telah mencipta kita...faham kan maksud saya? No need explanation on that.
Abu Hurairah R.A menyatakan, telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan". -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaq.
Dah pasang azam? Azam untuk kumpul pahala sebanyak mungkin. Penting juga azam nie...umpama kita berniat la..kalau kita berniat nak buat kebaikan apatah lagi nak beribadat...awal2 lagi kita dah dapat advance...PAHALA. Sayangnya Allah pada kita kan...Terima kasih Tuhanku...
Azam saya sempena Ramadhan kali ni :
- Nak puasa penuh (penuh ala wanita) - for this time being, Kashfina still fully breastfeeding, kuat menyusu pulak tu! Badan besar...perlukan tenaga lebih kot...hopefully saya tak collapse nanti...
- Nak khatam al-Quran - last year tak sempat nak khatam...tinggal sikit jer lagi...aduh! sangat berharap tahun ni dapat khatam at least sekali...
- Nak makan kurma - last year hanya boleh makan beberapa biji saja. This year berazam nak makan 2 biji sehari..so sebulan dah 60 biji...banyak tu! ;)
- Nak slim - Alamak! boleh ker azam macam gini??? Heee boleh kot...niat baik tu...untuk suami tercinta...;p
- Nak kurangkan aktiviti lagha - errrrrr aktiviti lagha apakah yang dimaksudkan tu ye??? macam-macam...;p
- Nak cari ilmu sebanyak mungkin - kurangkan lagha lebihkan manfaat
- Nak ajar Aufa Irdina membaca - Kenyataannya Aufa Irdina banyak belajar sendiri. Ilmu yang dia ada pun lebih kurang sama dengan kanak2 sebaya dia yang dah pergi sekolah. Really..bukan nak puji, itulah hakikatnya. Saya kena bayar hutang tu pada Aufa..so termasuk la dalam azam Ramadhan tahun ni. Maafkan Mama&Baba ye Aufa...
Rasanya itu saja azam untuk Ramadhan nanti. Bulan2 lain pun berazam juga..tapi Ramadhan ni special sikit. Betul tak? Syaitan pun kena ikat...so kurang banyak la godaan dan gangguan. Yang ada cuma godaan nafsu sendiri yang perlu dikawal.
For every single one of you..readers dearly, moga hidup kita lebih diberkati, dilindungi, dikurniakan hidayah dan rezeki...oleh Yang Maha Satu...Allah SWT. Sama-sama kita saling memaafkan segala khilaf yang tidak disengajakan atau mungkin sengaja dicipta. Kita hanyalah insan biasa yang tidak sempurna..namun berusaha untuk menjadi lebih sempurna pada pandangan mata insan lain.
One more, tolong doakan saya...6-7 Ogos nanti saya akan dinilai lagi dalam Pusat Penilaian JAKIM untuk jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam. Tak pergi pun exam..tapi dipanggil untuk 2nd stage pulak...rezeki... Last year gagal...
-googled- |
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment