Tadi tengok ulangan program Semanis Kurma @ TV9. Tajuk kali ni "ISTERI UMPAMA BIDADARI". Banyak input yg dikongsikan oleh pasangan suami isteri, ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Nurbahyah. Sweet jer tengok kemesraan ustaz & ustazah...pasangan contoh.
Macam biasa...ustaz&ustazah mesti bagi pantun :
"Minum kopi pekat-pekat, Isteri hebat suami terpikat"
Walaupun kita tak pernah tengok bidadari, tapi kita telah diberi gambaran tentang rupa bentuk bidadari syurga. Menurut apa yg Ustazah kongsikan tadi, bidadari syurga ni sangat indah, wajahnya bercahaya, kulitnya putih bersih...dikatakan putihnya bidadari ni hingga menembusi 70 helai kain putih...(macam tu la kot yg ustazah cakap tadi)...Masha Allah! That's why selalu diumpamakan yg cantik dengan bidadari.
Ada satu hadith yg ingin saya kongsikan di sini, ustazah pun ada cerita tentang hadith ni:
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi Muhammad SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
*googled* |
Sebagai seorang wanita Muslimah, teruja sungguh bila membaca hadith ini. Mampukah diri ini menjadi isteri seperti bidadari...hanya saya sahaja yang mampu merealisasikannya (dengan bantuan & sokongan). Inilah yang dimaksudkan dengan Islam itu mudah. Mudah sungguh nak menjadi seperti itu...tak perlukan wang ringgit berjuta2, tak perlu memerah keringat dan tenaga...begitulah indahnya Islam.
Untuk saya, untuk puteri kesayangan...Aufa Irdina, Aufa Qistina, Aufa Kashfina...dan untuk semua yang bergelar wanita, didiklah diri kita semampu mungkin agar menjadi insan yang lebih baik...bukan untuk diri sendiri sahaja...malah untuk manfaat insan2 disekeliling kita. Moga kita mampu menjadi wanita seperti bidadari syurga.....ameen
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment