Ariff Fahmi...anak yang sangat bertuah. Siapakah Ariff Fahmi? Saya pernah ceritakan tentang Ariff Fahmi setahun yang lalu. Dan hari ini saya bertekad akan memasukkan dia dalam label blog ini...sebagai kenangan untuk dia kelak.
Ariff Fahmi umpama abang kepada Aufa3, jua umpama abang kepada Nufail2 (anak Azwa..my cousin). Baru-baru ni kakak saya yang merupakan Ummi kepada Ariff Fahmi (Ummi Aufa3 jg...) telah mem-publish-kan status ini di facebook :
tengok la tu...berani sungguh hero ni! :) |
Ariff Fahmi....dia masih terlalu kecil untuk memahami kenyataan sebenar. Dia yang sejak dilahirkan kurang mendapat kasih sayang dan perhatian seorang ayah. Sedih kan...bila dia tanya paada Ummi dia soalan tu. Itu baru dia..yang baru berusia 6 tahun, bagaimana pula dengan Along, Kakngah, Bangcik dan Adik besar (nickname kakak sorang lg)...semuanya sudah tersurat...kerana apa jua perancangan kita adalah bersandarkan kepada ketentuan Dia. Dugaan yang dilalui oleh anak2 ini dalam usia mereka yang masih baru mengenal dunia....insha Allah akan banyak membantu mereka nanti.
Bila berkumpul ramai-ramai, semua geng dia ada ayah untuk bermanja dan bermain. Tapi dia.....hanya mampu menumpang kasih kepada yang sudi memberikan rasa kasih sayang seorang ayah kepada dia. Saya selalu membayangkan keadaan dia di sekolah, bila member2 dia semuanya dihantar dan dijemput oleh ayah...Ya Allah sedihnya...teringat ada satu ketika bila ayahnya datang menjenguk dan bertanya khabar setelah usia Ariff menjangkau 5 tahun, maybe dia terlalu excited..dia luahkan pada sepupu dia.."Iman, aku ada ayah la..".
inilah dia ummi ariff fahmi..kakak saya, kak pah |
Hidup tanpa suami dan sendirian membesarkan lima orang anak sangat memeritkan. Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul beban. Alhamdulillah...kakak saya sangat tabah mengharungi jalanan hidup yang telah tersurat untuknya. Saya amat yakin yang dia sangat redha dan lebih bahagia dengan kehidupannya sekarang. Dan saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia...
Ariff sangat rapat dengan Uda dia..sampaikan Uda dia naik pelamin pun dia taknak berenggang..so terpaksalah pengantin posing dengan anak...;p |
Kami dah lama tak bertemu. Aufa2 pun asyik menyebut nama abang diorang. Kami berkesempatan berbual melalui telefon, dia minta saya sampaikan pesan pada Baba..."Nanti Mama cakap kat Baba...suruh Baba bawa Mama balik kg tau!". Saya pun saja nak test line..."Kenapa nak suruh Mama balik?". Dia jawab.."Adik rindu...jangan lupa tau cakap dekat Baba". Hehehe how sweet he is!
p/s : Adik...raya nanti kita jumpa tau!!!! Miss you so much!!!
***Gambar-gambar di atas adalah diambil tanpa meminta izin tuannya, tapi saya tau diorg mesti bagi punya....hehehe (entry ini ditulis pada tengah malam yang hening...korang semua dah tidur kan! )
***Gambar-gambar di atas adalah diambil tanpa meminta izin tuannya, tapi saya tau diorg mesti bagi punya....hehehe (entry ini ditulis pada tengah malam yang hening...korang semua dah tidur kan! )
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
2 comments:
:')
Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita sekalipun pada pandangan kita ia menghancurkan..
adik munchkut..ya betul tu, kerana itu kita harus redha..kan..
Post a Comment