Hurmmm...
Patut la tergerak hati nak buat kek coklat semalam...
Baba pulak tetiba je teringin nak makan kek secret recipe pagi semalam...
Rupa-rupanya...ada special day hari ni
Hampir terlupa...
Lepas maghrib semalam baru teringat...
So...apa kait dengan kek???
Heheee...kek kan sinonim dengan celebration...begitulah kekdahnya...
Ok...tanya sendiri jawab sendiri...macam tak biasa...hahaaa
|
inilah kek itu...extra moist chocolate cake...fuhhh!! melelehhh!! |
Alhamdulillah 'ala kulli haal...
Dah lapan tahun kami menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai suami isteri dan Baba Mama
Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari
Suka duka silih berganti
Semua itu pelajaran dan ada ibrah
Untuk Baba...
Perkahwinan kita adalah amanah dari Dia
Sama-sama kita jaga, sama-sama kita pelihara
Berilah rasa hormat kepada ikatan suci ini
Agar ianya sentiasa dilingkari oleh redha Yang Esa
Sama-sama kita wujudkan mawaddah dan rahmah dalam hubungan ini
Agar bahagianya melimpah ruah kepada anugerah cinta terindah milik kita
Terima kasih atas segalanya setakat lapan tahun bersama dan setakat sebelas tahun saling mengenali
Mohon kemaafan di atas segala khilaf
Semoga Allah meredhai kehidupan rumahtangga kita
Aameen Ya Rabbal 'alameen
Kebetulan juga...di facebook saya pagi ni...Ustaz Sarhan ada post tentang petua bagi pasangan yang berumahtangga
Sesuai sangat kan..
63 petua yang boleh diamalkan menurut Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah :
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
Mental, pendidikan dan ilmu
EmosiFizikal dan ekonomiSosial
Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
Pendapat atau pandangan
HobiKegemaran
MakananCita rasa
Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Dear friends....please pray the best for us okay...thank you... ;)
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?