Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
AufaZanKi
Tuesday, February 23, 2010
~*emosi*~
Tuesday, February 9, 2010
~*boboy or gegirl*~
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)
(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)
2. Banyakkan makan yg berasid
3. Amalan minuman kurang manis
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
~*suatu masa*~
SUATU MASA
Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya
Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
Saturday, February 6, 2010
~*jiwang*~
Entah kenapa..lately aku kembali kepada minat yg dah lama aku tinggalkan. Bukan kerana merajuk atau bosan dengan minat itu...cuma keadaan dan ketika yang tidak mengizinkan...maklum sajalah...status bertukar setiap tahun...sejak 2005-2006-2007.
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
Friday, February 5, 2010
~*bateri tv*~
"Anak2 aku nie tak reti nak tidur ker...aku nak layan sinar nie...macamana aku nak buat ek"
"Mak...tukar mak...tukar"
"Alamak! kenapa TV nie...takde gambar la...macamana nak buat nie...kakak tahu tak?"
" TV dah rosak...kakak tak tahu"
"Adik tahu tak nak buat macamana?"
"Adik tak tahu..."
"Kalau TV dah rosak...tak dapatlah nak tengok cartoon"
"Nanti bapak beli bateri. Bateri TV dah rosak. Esok bapak beli bateri baru"
"Bateri tu nak letak kat mana yea kakak?"
" Letak kat belakang TV...bateri besar"
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
Thursday, February 4, 2010
*~rasa*~
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
Wednesday, February 3, 2010
~*rindu padanya*~
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
Friday, January 29, 2010
*~malu*~

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
Tuesday, January 26, 2010
~*ombak laut china selatan*~
Langit Petang by Broery Marantika
Aku masih sukar melenakan diri
Sudah jam 1:43 pagi
Ingatanku terbang ke Melaka
Mak abah di kampung
Harap2 lena tidur mereka
Jua mak abah di Kedah
Yang hanya tinggal berdua
Hanya doa yang mampu dikirimkan
Sebagai pengganti diri
Sebagai pengubat rindu
Moga mereka beroleh rahmat
Moga mereka beroleh sihat
Moga mereka beroleh berkat
********************************************************
Sebenarnya
Aku baru lepas menonton telefilem
"Ombak Laut China Selatan"
Lakonan mantap Eman Manan, Zulhuzaimi, Fauziah Nawi, Jalil Hamid
Dengan suasana hening malam
Diiringi lagu Langit Petang
Membuatkan rindu semakin dalam
Pada mereka
*********************************************************
Mak Abah
Anakmu amat merinduimu
Anakmu amat menyayangimu
Anakmu amat memerlukanmu
Anakmu amat mengasihimu
**********************************************************
~*terkesan dengan telefilem ini...amat terkesan...
~*aku bukan tulis sajak...harap maklum...
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
Friday, January 22, 2010
*tarbiyyah*
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.
Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.
Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
Thursday, January 21, 2010
*lesung batu*
Masa aku tgh sibuk menumbuk bahan2 soto..suddenly aku terfikir..~kalau hari2 aku dok menumbuk guna lesung batu nie...boleh kurus ni~~*wink*

Cubalah kamu tenangkan diri dan bayangkan...aku tgh menumbuk ketumbar,jintan manis,serai,lengkuas,halia
Kamu pernah ker tumbuk bahan2 rempah guna lesung batu? sapa2 yg pernah merasa tu sure memahami apa yg aku rasa...tp kan seronok tau coz itu tandanya kita ni bukan mudah mengalah dan sanggup hadapi cabaran!!! hahahaha boleh gitu???
Aku ada satu lg pengalaman berharga berkenaan dgn lesung batu. Pada suatu hari, aku teringin sgt nak mkn rendang ayam. Bahan2 semuanya ada...cuma satu jer yg takde..kira penting jugalah benda tu...malas nak cakap apa bendanya..kamu teka sendiri yea...:))
Bila benda tu takde...dan tahap mengidam aku terhadap rendang ayam semakin membuak2..so aku pun tekad..aku tetap nak buat rendang ayam tanpa dia!!!
Aku pun ambil lesung batu dan tumbuk segala bahan2 yg diperlukan utk buat rendang. ~~FUHHH mula2 tu rasa mcm fed up sgt2 coz bahan2 x hancur..aku pun tumbuk jer sampai rasa mcm nak terbelah dua pulak lesung tu...tp still x lumat...mmg la cik izzan oii...lain la kalau ada benda tu...
Aku pun mengalah dan berhenti menumbuk. Aku kaut bahan2 tu letak dalam bekas, aku isi air, then aku perah2 mcm perah santan...pastu aku tapis. Aku juz ambil airnya sahaja..n finally masak juga rendang ayam yg aku idam2kan sgt tuh!!
Wa cakap sama lu...menjadi usaha aku tuh! rasa pun mmg rasa rendang tau...xde apa2 yg kurang pun...maybe aku perah bahan2 rempah tu dgn sekuat hati...sampai betul2 jadi hampas!
In conlusion, kalau nak seribu daya kita usahakan..kalau taknak seribu dalih kita utarakan..betul tak??
Aku nak ucapkan terima kasih byk2 kpd lesung batu yg byk berjasa pd aku....hahahahaha..tanpa dia tidak berseri dapur aku..tidak berirama rumah aku....
Untuk kamu...sekali sekala gunakanlah lesung batu yea....sure boleh kurus!!
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
Tuesday, January 19, 2010
*9 vs 1*
"org lelaki ni kalau bab gie keja, bab gie blajo ke, mmg selalu nak on time ke kak? zaki macam tu tak?"
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
Saturday, January 16, 2010
*yang arif lagi memahami*
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
Wednesday, January 6, 2010
*sweet memory 091205*
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
Friday, January 1, 2010
*fresh*
Alhamdulillah...Allah masih izinkan kita berkelana dan mengecap nikmat hidup di alam fana ini bg tahun 2010. Moga perjalanan kita sepanjang tahun ini mendapat hidayah dan inayah Yg Maha Esa...amiin...
Anyway...cantik tak theme baru blog ni?? Tapi i'm still not satisfied la dgn theme baru ni...tak menepati piawaian aku sbg insan yg sukakan kelainan...but its not a big deal...ada masa nanti aku tukar theme lain...
Petang nanti kami nak balik melaka...esok kak shida (my sis) nak bertunang. And i'm so glad to hear that..n x sabar nak tunggu hari esok. Syukur sgt2..finally sampai juga jodoh dia pd umur yg dah nak mencecah 32 tahun.
kak shida...yg paling rajin dlm family
yg sebelah dia tu la bakal tunang dia
kat mata dia ada "duit"...;p
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?































