AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, November 12, 2009

*luka yg tinggal*

"Wanita mudah memaafkan namun sukar melupakan"

Aku sudah memaafkan dia atas segala kesilapan yg sebenarnya dia sedari. Jika aku tidak memaafkan sudah tentu aku tidak akan menerimanya lagi..apatah lagi ingin berteman dgnnya. Aku mmg mudah memberi kemaafan kpd sesiapa saja..namun untuk melupakan sebuah kelukaan amat sukar dilakukan. Luka yg telah meninggalkan parut...parut yg amat besar.

Sebenarnya aku cuba melupakan kelukaan dan kepedihan itu...namun apakan daya. Memang aku telah bertemu bahagia...entah mengapa parut yg tinggal begitu mengusik jiwa. Hingga adakalanya aku ingin lari jauh dari parut yg ada...dan itu yg aku belum mampu lakukan...dan aku takkan boleh lakukan kerana dia sentiasa ada denganku...sentiasa bersama aku...mengiringi perjalanan hidupku.

Aku hanya mampu berdoa agar dia sentiasa diberi kesejahteraan hidup...dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarganya. Dia sudah maklum yg aku telah memaafkan dia...sentiasa mendoakan dia...dan dia mungkin akur yg aku sukar melupakan luka yg dia tinggalkan...

Aku pasrah...aku redha...aku tabah...aku kuat...demi dia...maafkan aku...aku sudah lama memaafkan dia...cuma kesannya masih ada...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...