AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, November 20, 2009

*Aku...Dia...Kamu*

Aku sebagai hamba Rabb al-'alamin...


"Selama 29 tahun aku dipinjamkan nafas dan roh..untuk aku menikmati keindahan dan kemewahan yg ada di alam fana ni. Aku sedar...hubungan aku dgn DIA tidaklah serapat isi dan kulit..jadi aku harus sedar ruang. Aku sering meminta daripada DIA...minta dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari bala bencana, dikurniakan kesihatan yg baik....dan DIA sentiasa mendengar malah memakbulkan permintaan aku. Maka seharusnya aku bersikap adil dengan diriku sendiri. Jangan ketika susah barulah bersesak2 mencari DIA...bila senang dan tiada masalah DIA ditinggalkan jauh....walaupun DIA tidak pernah meninggalkan hamba2Nya. Aku harus berubah!!! Aku harus istiqamah!!! Aku harus beringat!!! Kerana usia semakin bertambah...adakah amalan aku juga bertambah? Kerana dunia semakin tua...adakah aku sudah layak bertemu DIA? Fikir2kan IZZAN...menyesal di kemudian hari tiada siapa yg akan membantu..."


Aku sebagai permata ayah bonda...

" Mak abah adalah permulaan aku. Selama-lamanya aku adalah milik mereka walaupun aku kini bergelar isteri. Yesss aku perlu mengutamakan suami kemudian barulah mak abah aku. Namun tidak sekali-kali aku akan mengabaikan mereka apatah lagi melupakan mereka. Tanggungjawab aku sebagai anak masih banyak yg tergendala. Selama hayat aku..tidak pernah mereka membiarkan aku terkapai2 tanpa arah..meskipun aku sudah mempunyai pelindung. Aku tidak pernah menghadapi saat2 kehilangan insan tersayang....andai ditakdirkan mereka pergi meninggalkan aku untuk selama2nya...bagaimana harus aku menerimanya dgn tabah?? Doa lah yg akan sentiasa aku kirimkan setiap kali selepas fatihah dlm solat...ini yg diajar oleh abah kedah...jgn lupa baca doa ibu bapa setiap kali lepas fatihah dlm solat. Dan aku akan sentiasa melakukannya...kerana aku tahu doa adalah penghubung yg erat antara anak dan ibu bapa. Mak abah...maafkan segala kesilapan anakmu ini..jua restuilah perjalanan hidupku..aku amat mengharapkan restu kalian.."


Aku sebagai sayap kiri suami...

" 9 Disember 2005...tarikh keramat yg telah menukarkan status aku kepada yg lebih besar erti dan tanggungjawabnya. ISTERI...aku sudah bergelar isteri dan sudah hampir 4 tahun aku menyandang gelaran itu. Bagaimana pula peranan aku sebagai sayap kiri suamiku?? Bagi isteri..syurga itu terletak di bawah tapak kaki suami...andai murka suami terhadap isteri...neraka yg menanti. Dalam tempoh 4 tahun..banyak yg aku perlu ubah dan perbaiki. Tutur kata...adakalanya kata2 aku telah melukakan hati suami. Tingkah laku...ada ketikanya aku berkasar dgn suami. Mmg tiada manusia yg sempurna dan tidak ada seorang pun yg akan lepas dari melakukan kesilapan. Namun...aku tidak berpegang pd kata2 itu. Bagi aku...perubahan itu perlu. Aku ingin berubah..aku ingin menjadi sayap yg sentiasa ada dan berguna untuk di bawa ke mana2...sayap yg sedia ada untuk membantu sayap kanan. Untuk suamiku...maafkan aku atas segala keterlanjuran kata dan tingkah laku yg kurang menyenangkan kamu. Aku ingin berubah...bantulah aku..bimbinglah aku. Aku sangat sayangkan kamu."

Aku sebagai ratu hati kepada puteri2ku...

" Anak adalah anugerah Allah yg tidak ternilai. Setiap insan yg mempunyai anak pastinya memiliki satu perasaan yg tidak dapat digambarkan dgn kata2. Anak ibarat nyawa dan nadi...yg perlu dipelihara dan dibelai dgn baik. Begitulah jua aku dan puteri2ku. Kami mmg tidak boleh dipisahkan...kerana naluri yg erat antara kami. Namun aku sedar dan akur..suatu hari nanti mereka bukan lg milikku sepenuhnya. Oleh itu aku ingin manfaatkan sebaik2nya masa yg ada ini dgn mencurahkan sepenuh kasih sayang dan tunjuk ajar aku terhadap puteri2ku. Aku ingin mendidik mereka sepertimana mak abah mendidik aku dahulu. Doa juga sentiasa mengiringi hidup mereka..kerana doa ibarat pedang yg akan melindungi  manusia sepanjang hayat. Untuk Aufa Irdina dan Aufa Qistina...kamu adalah mutiara hati mama...kamu jg lambang kasih sayang mama dan baba...kami berjanji akan menjaga dan mendidik kamu dgn seluruh qudrat yg dipinjamkan kpd kami...kamulah permata kami."

Aku sebagai insan yang kamu kenali...

" Aku ingin tahu apa pandangan kamu terhadap diriku. Aku juga ingin tahu sejauh mana kamu mengenali aku. Aku ingin kamu tahu yg aku amat menghargai kamu...baik yg sudah lama mengenali mahupun yg baru mengenali. Aku akan sentiasa ada bersama kamu di saat susah dan senang kamu...kongsilah apa saja dgnku. Cuma..andai ada yg pernah terluka dgnku...sila berterus terang..dan aku mohon ampun dan maaf atas kesilapan yg mungkin aku tidak sedar. Sahabat adalah antara insan2 penting dalam hidupku. Aku tidak pernah melupakan kamu yg telah menjadi sahabatku...terima kasih atas doa dan kebaikan kamu. Moga kehidupan kamu sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah...amiin...luv u alls." 

 
 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

4 comments:

♥chentatiku♥ said...

i like this entry...
"Ya Allah hanya kepadamu aku berserah diri ,beriman, bertawakkal, kembali dan hanya bersandar kepadaMu aku mengambil keputusan. Kerana itu perkenanlah Engkau mengampuni dosaku yang telah lampau dan dosa yang akan terjadi, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku tampilkan .Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengakhirkan, tiada Tuhan selain Engkau, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Mu Allah."

love u, kak!

IZZAN AUFA said...

amiin ya rabbal 'alamin...


luv u too!!!!

cahayahatiku said...

i like ur article sis...
boleh membantu i teruskan kehidupan sbg hamba allah, anak , isteri
( insyaallah )

IZZAN AUFA said...

insyaAllah...mana yg baik jadikan ikhtibar, yg buruk sama2 mengingatkan...:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...