Insan atau manusia dicipta berpasangan...adam dan hawa...untuk saling melengkapi. Antara lelaki dan wanita ada banyak perbezaan. Namun perbezaan itulah yg akan melengkapi kehidupan masing2.
Lelaki dikurniakan 9 akal...sedangkan wanita hanya memiliki 1 akal. Lelaki dikurniakan 1 nafsu...sedangkan wanita memiliki 9 nafsu. Gabungan akal dan nafsu antara lelaki dan wanita akan menjadikan kehidupan manusia seolah2 sempurna...kerana akal lelaki mampu mengawal nafsu wanita dan akal wanita mampu meredakan nafsu lelaki.
Asal kejadian wanita adalah daripada rusuk kiri lelaki...kerana Hawa telah dicipta daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam 'alaihissalam dan ianya amat hampir dengan hati. Hawa dicipta oleh Allah Taala untuk menemani Nabi Adam a.s yang kesunyian... jua sebagai tempat untuk meluahkan rasa kasih dan sayang. Maka benarlah wanita memang dicipta untuk menjadi peneman kepada lelaki...kerana lelaki akan sunyi tanpa wanita di sisi...dan wanita akan merasa terancam tanpa lelaki sebagai pelindung.
Rusuk kiri...sifatnya adalah bengkok dan rapuh. Begitulah juga sifat wanita...akan selama2nya bengkok andai tiada siapa yang mampu meluruskannya. Andai dikasari hatinya yang rapuh...akan hancur berderai umpama kaca yang terhempas. Lelaki lah yang bertanggungjawab meluruskan rusuk yang bengkok itu...dan perlu berhati2 kerana ianya agak rapuh...perlu diperkuatkan dengan limpahan ilmu dan iman.
Manusia pertama yang dicipta oleh Allah Taala adalah dari golongan lelaki. Yang pertama akan menjadi ketua, pembimbing dan pelindung. Wanita adalah golongan manusia yang kedua telah Allah ciptakan. Yang kedua pula akan menjadi pembantu, pengikut dan peneman kepada yang pertama. Jelas sekali menunjukkan lelaki dan wanita perlu seiring dan sejalan kerana fitrahnya begitu.
Antara lelaki dan wanita tidak perlu dibanding2kan...kerana kedua2nya akan bergabung membentuk satu jalan dan acuan. Jika hilang salah seorang daripadanya akan pincanglah jalan yang ada...akan rosaklah acuan yang direka. Lelaki umpama perwira...wanita adalah sayap kirinya...sayap kanannya adalah gabungan ilmu dan iman. Jika tiada sayap kanan...akan patahlah sayap kiri kerana tidak mampu terbang sendirian. Jika tiada sayap kiri...akan lemahlah sayap kanan kerana tiada pembantu dan peneman.
Hebat sungguh ciptaan Ilahi. Kerana itulah tiada manusia yang sempurna...perlukan kpd pendukung dan peneman. Lelaki sebagai pendukung...wanita sebagai peneman. Tiada yang kurang dan tiada yang lebih...masing2 perlu melengkapi dan menutupi... :)
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment