AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Monday, March 29, 2010

~*anda romantik???*~

Romantik??? Wah! I like!!! weeee**

 Romantik merupakan gambaran menyeluruh tentang cara dan sikap individu dalam meluahkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu terhadap individu lain. Cara dan sikap ini boleh diterjemahkan melalui perbuatan seperti ciuman, pelukan, belaian sebagainya. Ianya boleh juga ditamsilkan dalam bentuk perkataan atau ucapan seperti "Saya cintakan awak", "Saya rindukan awak", dan lain-lain.

So, adakah anda seorang yang berjiwa romantik? Adakah pasangan anda juga seorang yang romantik? Atau anda "geli" beraksi romantik? Saya yakin semua yang mempunyai rasa dan perasaan sudah pasti sukakan romantik, bezanya samada ianya jelas dipamerkan dalam bentuk perbuatan dan perkataan, atau hanya melalui perbuatan dan mungkin melalui percakapan sahaja. Atau lebih dahsyat lagi, sifat romantik ini hanya akan dipamerkan ketika hendak menggoda pasangan untuk "gitu-gitu"........oppppsss!

Orait!!! Mari kita check the list...jika anda selalu mengamalkan 13 perkara di bawah, bermakna anda sememangnya seorang yang romantik. Oh, bertuahnya pasangan anda! Hehehe....

1. Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu. 

2. Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali. Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.

3. Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.

4. Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.

5. Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya adan begitu juga sebaliknya. 

6. Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.

7. Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.

8. Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat. 

9. Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.

10. Sentiasa cari masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap  hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua. 

11. “Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.

12. Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.

13. Ucap terima kasih. Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya.


 Ok! Saya dah check tahap romantik saya....ehem2... :)
Sekarang giliran anda pula...kalau gagal, masih banyak masa untuk berubah...hidup perlukan perubahan ke arah yang lebih baik!!! Don't give up!!! Learn from mistakes!!! Sure u can!!! Chaiyok!!! weeweewee**

info : majalah Pa&Ma

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

6 comments:

Khaizarien said...

mueheheh atie x romantik pd percakapan dan pebuatan.. tp romantik pd ppenulisan....mueheheheh alhamdulillah si dia romantik ;)

Khaizarien @ atie Blog

etomyam said...

sudah check semua 13 benda tu..ada jugak yg bautada jugak yg tak buat..hehehe, nak kena improve diri ni..tima kasih bagi panduan ni hehe

suri said...

waduh..masyuk..layan...suka2 suka..cam pertama kali bertemu pula..terus jatuh cinta...hik..hik..

thnks kak atas petua diatas..
maka dgn ini akn suri perkasakannya demi kebahagian rumahtanggaku..
cewah!!

AufaZanKi said...

atie : dah kawin nanti romantik dgn perbuatan pulak ...hehehe

en jaz: samalah...byk yg kena improve...:))

suri: bagus la mcm tu...romantik membawa bahagia...hehehe

suri said...

kak bsok harijadi si dia..nak bagi apa ek? heheh..kak ada idea??

AufaZanKi said...

suri : ooo ic...ermm bagilah jam tangan ker...perfume ker...or bagi baby...hehehe, kalau dia keja di ofis..bagi pen pun ok...takpun buat suprise birthday party...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...