AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Wednesday, March 24, 2010

~*facebook : apa jua tafsiran anda...let's be positive!*~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pastinya kamu dah tengok image kat sebelah nie kan??? Hmmm itulah gambaran profile facebook aku...ada yang belum add aku? Silakanlah add yea...hehehe. Kali nie profile picture aku tempek sekali gambar anak2...biar orang tahu yang aku nie dah beranak-pinak..so takde la ada unsur2 mengayat or usha line kan...(bukan nak perasan tapi pernah terkena...silap aku juga...tempek gambar yang cun melecun...ahaks!!) Aku tahu ramai jer yang single-mingle cari pasangan via facebook nie..kalau dulu via chatting coz ramai jg member2 aku yang bertemu jodoh melalui chatting...alhamdulillah bahagia sampai sekarang....:))

Aku start layan facebook nie since last year...bulan Ogos kot! Time tu baru ada broadband disebabkan kebosanan tahap melampau!! So, inilah antara rutin harian aku...layan facebook. Setakat nie aku belum rasa bosan, meluat dan jemu lagi mengadap facebook. Menurut pendapat aku, facebook nie banyak kebaikannya jika betul niat, matlamat dan cara. Contohnya, NIAT  kita join facebook sebab nak contact sahabat2 lama. MATLAMATnya kita nak mengeratkan lagi silaturrahim yang telah terbina sejak bertahun2 malah  yang sudah terjalin selama berpuluh2 tahun. CARAnya dengan bertanya khabar, berkongsi pendapat dan pengalaman, memberi nasihat dan motivasi dan sebagainya. Melalui facebook juga kita akan dapat menambah kenalan baru. Macam aku kan, sejak join facebook nie..makin bertambah sahabat2 aku dan walaupun tak pernah bertemu...we can get along as a good friends.

Ada juga yang join facebook and then kemaruk nak main pelbagai jenis application yang ada especially game n quiz. Malah ada juga application yang berbentuk ramalan...juz for fun ok la...jangan sampai percaya dan bersandar harapan pulak dengan ramalan2 tu...kalaupun kena pada diri sendiri perlu diingat bahawa itu hanya satu kebetulan. Dan aku antara kelompok yang kurang menggemari application yang ada di facebook. Aku suka baca status or posting berkenaan idea, emosi, luahan sahabat2...dan aku suka komen! Hehehe....

Tapi kan...aku kurang bersetuju jika ada yang menganggap facebook nie tak bagus dan melalaikan. Sahih!!! Pastinya facebook nie akan membawa kita ke arah 'lagha' or kelalaian jika kita tidak bijak menguruskannya. Ada juga yang menganggap sahabat2 mereka join facebook kerana nak menunjuk2 kehebatan dan kegemilangan diri sendiri.  No!!!! Please don't ever judge a book from its cover!!! Belajarlah untuk menerima dan menghargai apa yang mereka buat. Kalau tak suka...juz ignore or tengok jer n jangan cakap apa2. kalau suka...juz click like button...n kalau berminat nak komen..juz do it. So simple!!! Setiap orang punya hak untuk buat apa yang mereka suka dan kita tiada hak untuk melarang or say no! Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menghargai sahabat2 lain dan bersedia untuk menegur, menasihat dan memotivasi. Sekian...:))

Ishhh berbaur emosi pulak entry nie kan...hehehe..aku belum pernah kena 'sound' lagi...tapi aku pernah terdengar n terbaca tentang anggapan sesetengah orang tentang facebook nie. Bagi aku, biaq pie kat depa la...asalkan depa tak buat salah...coz kadang2 aku pun buat juga...hehehe...bukan nak menunjuk2 or mempamerkan kehebatan, juz rasa macam nak share kegembiraan dengan sahabat2. Emosi nie tak kira emosi suka atau duka...kena luahkan. Betul tak??? Kamu rasa macamana??? Whatever it is...let's be positive..let's think positive..let's act positive.....:)))

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

9 comments:

desperate mama said...

facebook ni ok... cuma ngeri sket kalau terjebak ngan games kat dlm tu... so far, tak terjebak lg... hehehe...

AufaZanKi said...

itulah..sy pun belum terjebak lg...n x berminat pun...

suri said...

salam ptg..
fb sesekali layan ok gak nak2 time boring..
dlmmasa terdekat ni dapat gak jejak kwn lama masa study kt kolej dulu..bst sb dpt tukar storey dgn mrka2..


pic..hehe
wat masa ni ok lagi..semu tahi den dah kawin..so takder maslh.sesekli tukar gmbr bby dgn sidia..baru cun skit.

suri said...

opss salah taip...semua dah tahu suri dah berkahwin...hope kak tolog adjustkan yer. bukan perkataan "tahi"..tu..

nak blik sb takut terkantoi dgn bos layan tenet ni..

AufaZanKi said...

hahahaha lawak la ayat tu suri...akak x tau macamana nak adjust...

etomyam said...

masa awal2 dulu seronok jugak..lama2 naik boring, lebih2 lagi bila FB dah tukar ke format yg baru jadi pening sket...FB ada baik ada buruk, setakat ni secara peribadi saya banyak berpihak kpd yg baik...

dan ada jugak yg over2 bila gunakan FB utk upload gambar2 hebat...contoh, gambar pegang anjing dan tayang kat semua kawan2...then bila ada kawan2 lain yg tegur marah dan melenting, in the first place buat apa upload gambar pelik2 tu lepas tu open utk kawan2 tengok....motif?

bukan kawan saya, tapi contoh paling dekat dengan saya....hahaha

AeMcSketch said...

facebook. dpt cari orang serata dunia. lps main facebook, ak bejaya jejaki kawan2 masa kecik kt Scotland. :))

AufaZanKi said...

en jaz...oleh itu kenalah bersederhana kan...:))

AufaZanKi said...

ayie...kecik2 dulu stay di scotland yea...diorg ingat n kenal lg tak? hehe...best kan dpt contact member2 lama..

salam taaruf...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...