AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Sunday, March 21, 2010

Zaki & Izzan VS BroFramestone & Khaizarien

"Pertemuan sekali ini bagi diriku amat beerti...tetapi ku bimbang untuk menyatakan...bimbangkan berulang kesilapan" - Suratan atau Kebetulan

Begitulah boleh diungkapkan pertemuan antara Zaki dan Izzan. Masing2 masih dalam kebingungan kerana perlu bangkit dari kekecewaan masa lalu. Pertemuan bermula di dalam satu program anjuran Nadi al-lughah (Arabic Club) di UIA pada tahun 2002. Ketika itu Zaki bersama kumpulan nasyid Marjaan (popular di UIA) telah dijemput untuk memeriahkan majlis, sementara Izzan merupakan AJK untuk majlis tersebut. Maka bermulalah episod 'pandang2 jeling2'. Satu perasaan sudah mula berputik antara teruna dan dara ini...namun masih ingin disembunyikan atas dasar profesional...hikhik...Dan episod 'pandang2 jeling2' ini telah diwarnai dengan kemerduan suara Zaki yang mendendangkan lagu ini...
'Senyum seindah suria yang membawa cahaya...senyumlah dari hati duniamu berseri'
Hebat kan...ada lagu tema! Zaki merenung Izzan sambil menyanyikan lagu itu...seolah2 mengambil peluang untuk meluahkan rasa hati. Izzan merasakan yang dia perlu mengontrol keayuan...lalu tunduk menahan rasa malu. Macam drama pulak! Izzan sebenarnya tidak ingin mengharapkan apa2 daripada pertemuan itu..kerana bimbang akan berulang kesilapan. Namun Zaki telah memberi sedikit keyakinan dengan mendapatkan nombor telefon Izzan (macho la konon!)

Dan bermulalah episod 'tak kenal maka tak cinta'. Dalam episod ini mereka saling mengenali hati budi masing2 walaupun pernah satu ketika mereka tersilap umur. Huahuahua....Zaki menyangkakan Izzan seusia dengannya...realiti sebenar adalah umur Izzan terlebih satu angka (lebih tua dari Zaki!). Selama lebih 2 tahun menyemai benih menyulam rasa (benih cinta yea!)...mereka cukup tegar melawan, menepis, menangkis dan mengelak setiap onak dan duri yang merintangi perjalanan episod ini. Dan boleh juga ditamsilkan seperti lautan gamaknya...adakala tenang membuai rasa, adakala gelora menggegar dada. Namun begitu, Zaki dan Izzan merasakan mereka cukup serasi bersama dan tiada apa yang mampu memisahkan mereka lagi.

Pernah di suatu ketika, ada insan lain cuba untuk menyulam kata dan ingin meminang Izzan. Namun Zaki amat pantas merebut peluang dan akhirnya, pada 19 Disember 2004 keluarga Zaki bertandang ke Melaka untuk meminang Izzan. Alangkah gembiranya hati Izzan kerana ada juga yang sudi meminangnya..(sengal!). Episod 'darah manis' pun bertamu. Izzan merasakan wujudnya keserasian yang jitu antara dia dan Zaki kerana dua cintanya sebelum ini dia yang dengan beraninya memutuskan hubungan itu (dengan alasan...tidak serasi!..dan Zaki cintanya yang ke 3! ok tak? ). Zaki juga seorang yang sangat romantik dan penyayang...sehinggakan Izzan boleh 'lebur' dengan sikap semulajadi Zaki itu. (huahuahua!). Bila melihat Zaki, Izzan merasakan Zaki mempunyai satu karisma dan aura yang sukar untuk dicari pada mana2 lelaki. Mungkin sebab itulah dia menjadi kegilaan ramai semasa di Universiti. Dan Izzan sungguh berbangga dan bersyukur kerana dapat menakluk cinta Zaki biarpun berjuta dugaan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi (serius! dugaan yang sungguh hebat!). Yang paling penting, Zaki dikatakan mampu membimbing Izzan dalam apa jua keadaan samada urusan dunia mahupun akhirat. Itu yang amat diperlukan oleh Izzan dalam hidupnya. Dan pastinya Izzan merasakan bahawa Zaki mempunyai pakej yang redup mata memandang...(kalau tak..takkanlah sampai sekarang pun ada yang masih minat pada dia! issshhh!!).


Setelah setahun berdarah manis...mereka diijabkabulkan menjadi 'kekasih halal' dengan cop JAIM pada 9 Disember 2005. Maka tamatlah sudah episod 'darah manis' dan bermula pula episod 'anugerah cinta'. Mereka berdua memadu kasih memetrai janji sebagai suami isteri sehingga ke hari ini. Pahit manis, suka duka semuanya dikongsi bersama. Berkat perkahwinan itu, mereka telah dihadiahkan dengan dua puteri comel yang menjadi penyeri kehidupan mereka setelah hampir lapan tahun menyulam kasih. Alhamdulillah...inilah yang dinamakan 'anugerah cinta'.....


~*TAMAT dan akan bersiaran secara langsung setiap hari tanpa SIARAN ULANGAN*~

Voila!!! Ada macam telenovela tak cerita kat atas tu??? Apa??? Tele-boleh-blah??? Hahahaha...actually aku join contest yang dianjurkan oleh Bro Framestone di blognya. Juz for fun n aku teringin nak memeriahkan suasana setelah mendapat 'green light' daripada mr zorro. Bro Framestone buat contest 'sweet couple' even aku rasakan kami bukanlah sweet sgt pun...kami hot!!!!weeeeee~~


Kalah menang bukan ukuran...sebab hadiah pun tak tau apa kan...terimalah slogan wajib untuk contest ini...



BroFramestone & Khaizarien merupakan pasangan serasi yang sungguh sweet dan da boom! namun status masih 'pending' kerana belum diijabkabulkan, sedangkan kami sudah 4 tahun serasi dan hot menjadi kekasih halal dengan cop JAIM. Dan mereka tidak boleh mengalahkan pasangan Zaki & Izzan.
Dengan ini Kami ingin mengistiharkan perang ke atas pasangan BroFramestone & Khaizarien. Undilah kami pada 01 - 04 April 2010.


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

11 comments:

desperate mama said...

yeah... mesti undi!!!!

AufaZanKi said...

oh fiza.....hahaha...malu nie...cam budak2 kan join contest nie...but it's fun!! boleh mengimbau memori...hehehe
credit to bro framestone...:))

suri said...

yeah! satu storey yang dek bOM ..suri suke..

Perempuan Kalis Peluru said...

saye nak kahwen!

suri said...

wacakai..semoga kak ku berjaya..eheh..tpi suri suka anak2 akak je sb comei sgt2..

AufaZanKi said...

adik: kawin la cepat! best tau! hehe

AufaZanKi said...

suri: thanx...mama diorg comey tak? hehe

Khaizarien said...

good luck kak...muehehehe muge bahagi ake akhir hayat ;)

Khaizarien @ atie Blog

Bro Framestone said...

Undi akan bermula tetap pukul 12.01Am 1th April 2010

Apa yang anda perlu pastikan pengundi anda lakukan:-

1. Pilih 5 blogger dari yang tercalon
2. Nyatakan No calon blogger di dalam ruangan komen
3. Anda mesti merupakan blogger
4. Pastikan anda menggunakan email yang sah
5. Pastikan anda menggunakan URL blog anda (satu pengundi boleh gunakan satu blog sahaja, 2-3 blog automatik jd pengundi hantu)

Cara mengomen:-

1- Sweet Couple 01
2- Sweet Couple 02
3- Sweet Couple 03

Contoh je nie…. Undi yang tiada dalam senarai akan di anggap undi rosak

Undi xcukup untuk 5 pasangan pun dianggap undi rosak

Tolong jangan rosakan suasana & kebahagiaan mereka.

Undi akan mula di kira dari 01-04 April 2010

Pastikan undi mereka adalah tulus & bukannya April Fool.

BroFramestone Blog

Amalina Omar said...

haha slogan tak tahan.. hehe.. neway best baca cerita kamu.. smoga berkekalan ye.. n good luck 4 this contest..^^

AufaZanKi said...

atie & amalina...

thanx a lot for da wish...mudah2an dgn izinNya...;))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...